KelabMama

Masalah Anak ‘Picky Eater’ Yang Terlalu Memilih Makanan, Serta Tips Untuk Mengatasinya

Pernah tak Mama risau apabila anak memilih untuk makan makanan tertentu saja dan tidak mahu makan apa yang kita hidangkan? Sampai satu tahap, mungkin Mama akan hilang sabar menghadapi perangai anak yang terlalu memilih makanan.

Sabar, Mama. Dengan mengenali sebab anak yang picky eater dan terlalu berkira apabila tiba waktu makan, mungkin dapat membantu Mama untuk mengatasi masalah ini.

Apakah yang Menyebabkan Anak-anak Memilih Makanan?

Menurut kajian, perwarisan genetik antara faktor yang menyebabkan anak terlalu memilih makanan. Anak menjadi fobia pada makanan dan tidak suka mengambil risiko apabila diberi makanan yang luar daripada kebiasaannya. 

Selain daripada itu, deria rasa kanak-kanak lebih peka berbanding dengan orang dewasa. Ini menyebabkan anak-anak hanya memilih makanan yang digemari dan mengikut citarasa mereka. Sayuran hijau memberi rasa yang ‘kuat’ pada anak-anak. Oleh itu, ramai yang kurang selesa dengan sayur-sayuran.

Keadaan persekitaran dan cara anak dibesarkan juga memainkan pengaruh kepada anak picky eater. Anak yang dibiasakan dengan makanan yang sama setiap hari akan menjadi lebih memilih berbanding dengan anak yang diberi pendedahan oleh ibu bapa dan makanan pelbagai rasa. 

Apakah kesan sampingan jangka panjang yang akan Mama hadapi jika anak Mama seorang yang sangat memilih makanan yang hendak dimakan? 

Kesan untuk Anak yang Memilih Makanan

Kebanyakkan makanan yang dipilih oleh kanak-kanak picky eater bukanlah makanan yang seimbang. Ia tidak mempunyai semua zat yang diperlukan oleh badan untuk membesar. 

Ada banyak kesan sampingan yang negatif jika anak terlalu memilih makanan mereka. Antaranya termasuklah:

#1 Kurang Fokus

Tanpa zat yang mencukupi, anak akan kurang bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Ini akan membuatkan anak berasa lemah dan kurang fokus. Anak yang kurang fokus boleh menjadi tidak cenderung untuk mencuba dan meneroka perkara baru sebagai sebahagian proses tumbesaran dengan sihat.

#2 Lemah Kemahiran Kognitif 

Anak picky eater juga cenderung untuk mempunyai kemahiran kognitif yang rendah. Ini termasuklah kurang mahir dalam menelaah logik, menghafal, memberi alasan dan sebagainya. Anak juga akan menghadapi masalah untuk mengawal emosi diri.   

#3 Sistem Imunisasi Yang Rendah

Sistem imunisasi anak juga menjadi rendah dan mudah menghidapi penyakit. Pastinya, ini tidak memberi kesan yang baik untuk anak.

#4 Obesiti

Tabiat anak picky eater yang tidak dibendung boleh menyebabkan anak membesar menjadi obese, iaitu, mempunyai berat badan melebihi dari yang sepatutnya. Obesiti mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit berbahaya yang lain seperti kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. 

#5 Masalah Gigi

Jika makanan kegemaran anak hanya tertumpu pada snek tidak sihat seperti gula-gula, kek dan sebagainya, mereka akan terdedah dengan masalah gigi yang kronik. 

#6 Tekanan & Kemurungan

Dalam jangka masa panjang, anak picky eater mungkin akan menghadapi masalah sosial dan menyesuaikan diri apabila meningkat dewasa. Remaja atau orang dewasa yang terlalu memilih makanan kurang gemar berinteraksi dengan orang lain di majlis-majlis keraian dan jamuan sehingga menyebabkan mereka mungkin akan mengisolasikan diri sendiri. Ini akan menyebabkan mereka cenderung untuk berasa tertekan dan murung.  

Cara Mengatasi Masalah Anak yang Memilih Makanan

Masalah anak memilih makanan ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah ibu bapa. Ini adalah satu tanggapan yang tidak benar. 

Ia bukanlah sesuatu yang straightforward dan mudah untuk difahami. Ia melibatkan psikologi dan emosi, dan harus dibentuk sejak anak kecil lagi. 

Antara cara-cara yang boleh Mama cuba untuk mengatasi anak picky eater ini ialah dengan:

#1   Variasikan menu makanan

Mama mana yang tidak gembira bila anak yang baru belajar hendak makan menghabiskan makanan yang diberikan kepadanya. Terutama sekali apabila hanya makanan tertentu sahaja yang akan dihabiskannya. 

Sepatutnya, Mama memvariasikan menu makanan anak, walaupun anak cenderung untuk menghabiskan satu jenis makanan sahaja dan tidak yang lain. Anak akan terbiasa apabila sering diberi menu berbeza setiap hari dan tidak akan terlalu memilih makanan semasa membesar.

# 2 Ceriakan sesi pemakanan

Hidangkan makanan anak dengan cara yang unik dan menarik dengan mempelbagaikan warna makanan dan cara persembahan

Bagi anak yang sudah pun berumur 4 tahun ke atas, Mama bolehlah melibatkan si anak dalam penyediaan makanan daripada merancang, membeli bahan-bahan dan menyediakannya. Pasti anak akan teruja untuk mencuba apa saja menu yang kita cadangkan.

#3 Tidak Putus Asa dalam Mencuba

Mama kena kuat semangat dan tidak mudah berputus asa apabila anak tidak mahu makan apa yang dihidangkan. Sebaliknya, konsisten dan jangan berhenti mencuba untuk menghidangkan makanan yang berbeza untuk anak makan.

#4 Sediakan Bahagian yang Kecil

Psikologi anak mungkin akan berbeza apabila melihat hidangan yang ‘banyak’, apatah lagi yang tidak digemarinya. Dengan menyediakan bahagian makanan yang sedikit, Mama bolehlah beri semangat untuk dihabiskannya. 

#5 Hidangan Sampingan yang Berkhasiat

Mama mungkin boleh selitkan sepotong dua brokoli atau lobak dalam menghidangkan makanan kegemaran si anak. Mungkin anak tidak akan memakannya, tetapi, cubalah pujuk dengan lembut dan berhemah. 

#6 Jangan Memaksa tetapi Tegas

Anak picky eater selalunya mempunyai banyak helah untuk memakan makanan yang tidak digemarinya. Jika Mama terlalu keras dan memaksa anak untuk menghabiskan makanan mereka, ia akan memberi kesan yang buruk di jangka masa panjang. 

Sebaliknya, Mama hendaklah tegas ketika waktu makan. Mama hendaklah pastikan anak tidak terlalu asyik dengan gajet semasa makan dan tidak banyak berdalih untuk makan makanan yang terhidang.

#7 Berikan Kebaikan Multivitamin Champs 

Tabiat terlalu memilih makanan akan menyebabkan anak tidak mendapat zat-zat penting yang diperlukan oleh badan untuk membesar dengan sihat dan cerdas. 

Selain dari terus mencuba untuk memberi makanan yang sihat, Mama juga bolehlah memberi anak suplemen multivitamin seperti Multivitamin Champs untuk menyokong tumbesaran anak-anak.

Kebaikan Multivitamin Champs untuk Anak ‘Picky Eater’

Memenuhi Keperluan Zat & Vitamin Anak

Multivitamin Champs ini mengandungi banyak khasiat yang membantu anak picky eater membesar dengan sihat. 

Ia mengandungi pelbagai zat dan vitamin lengkap yang baik dan perlu untuk tumbesaran. Antara kandungan khasiat termasuklah Lysine HCI, Vitamin A, Vitamin E, Vitamin D, Vitamin B1, Vitamin B12, Vitamin C dan Asid Folik. Anak-anak yang terlalu memilih makanan mungkin tidak akan memperoleh semua zat ini di dalam makanan yang mereka gemari dan disinilah Multivitamin Champs membantu anak-anak membesar. 

Sedap dan Digemari Anak

Rasa Multivitamin Champs yang enak dan mudah untuk dikunyah menyebabkan Multivitamin Champs ini menjadi kegemaran semua kanak-kanak. Jadi, walau serumit mana pun anak Mama yang kuat memilih makanan itu, dia pasti menunggu waktu untuk Champs.

Menaikkan Selera Makan Anak

Multivitamin Champs yang didatangi dalam dua perisa – strawberi dan nenas pasti dapat menambat selera anak-anak dan sekaligus memberi zat makanan yang seimbang buat mereka. Ini dapat membantu dalam tumbesaran yang sihat dan cerdas.  

Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Suplemen Mutivitamin Champs boleh diberi kepada kanak-kanak seawal usia 1 tahun hinggalah untuk orang dewasa mengikut dos yang dinasihatkan.

Harga Berpatutan dan Mudah untuk Didapati

Dapatkan Multivitamin Champs di mana-mana farmasi yang ada atau belian secara dalam talian di Shopee dan juga di Guardian hari ini.

Mama juga boleh hiburkan anak-anak dengan pelbagai video menarik daripada Champs di YouTube rasmi Champs Vitamins. Jom Mama, ini masanya untuk kita cuba bantu anak kita yang kuat memilih makanan itu!