KelabMama

ANAK PENDIAM FAKTOR GENETIK MAK AYAH?

Sering mendiamkan diri atau apabila ditanya segera tunduk tanpa sebarang jawapan! Sikap pendiam anak terutama apabila berdamping dengan orang yang tidak dikenali atau di luar kelompok keluarga pastinya membimbangkan ibu bapa apabila memikirkan apakah si kecil yang bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan boleh menyesuaikan dirinya? Kanak-kanak pendiam sering kali tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan sedangkan mereka tahu jawapannya dan hal ini berlaku disebabkan pelbagai faktor penyebab. Banyak faktor yang mempengaruhi sikap pendiam seseorang kanak-kanak antaranya genetik, pendedahan ibu bapa terhadap ilmu bersosial, persekitaran, gaya hidup dan asuhan penjaga atau pengasuh. Faktor genetik memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti kanak-kanak.

Sikap kanak kanak-kanak yang tidak mahu bercakap, enggan bergaul dan mempunyai personaliti seolah-olah tidak suka bersosial kebiasaannya disebabkan faktor genetik yang diperoleh daripada keturunannya. Kebiasaannya apabila salah seorang ibu atau bapa kurang bercakap atau pendiam, maka potensi lebih besar anaknya turut mewarisi sikap itu. Anak mungkin tidak boleh ‘lari’ daripada memiliki genetik pendiam, tetapi mereka boleh diasuh dan diberi pendedahan kepada ilmu bersosial. Namun begitu, jika tiada pendedahan diberi kepada anak, mereka akan terus menerus menjadi pendiam dan inilah sebabnya interaksi sosial sukar untuk diaplikasi apabila mereka sudah memasuki alam persekolahan. Disebabkan itu, dorongan dan didikan ibu bapa serta individu yang mempunyai kaitan rapat dengan kanak-kanak amat penting kerana ia dapat memberikan pengaruh besar dalam pembentukan keperibadiannya sekali gus menentukan sikap kanak-kanak terbabit.

 

ASUHAN DAN BIMBINGAN

 

KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MEMPENGARUHI KEMAHIRAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK

 

 

 

 

Sumber: Pakar Psikoterapi Klinikal & Pengetua Akademi Keibubapaan Asia Ko Teik Yen & Harian Metro