KelabMama

ANAK PANDAI BERBOHONG TERGOLONG DALAM ANAK BIJAK

Setiap anak mempunyai kebijaksanaan tersendiri. Bijak di sini bukan sahaja bermaksud dari segi akademik tetapi kemahiran yang pelbagai. Di sini ada beberapa senarai anak yang dikategorikan bijak mengikut kajian daripada beberapa Negara luar, jika anak anda:

                                                                                 

Ibu yang melahirkan bayi besar atau gempal mungkin gembira mendengar berita ini. Semakin berat badan bayi sewaktu lahir bermakna semakin tinggi kecerdasannya. Kajian yang melibatkan lebih 3,000 bayi ini sudah dilaporkan dalam British Medical Journal. Ia ada kaitan dengan fakta bahawa bayi yang lebih berat mendapat zat yang lebih baik.

 

Bayi kecil selalunya lebih erat dengan ibu berbanding bapa sendiri. Ini kerana dalam lingkungan umur ini mereka masih menyusu badan atau masih tidak boleh berjauhan dengan bau badan ibu. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah. Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford mengatakan bayi yang banyak berinteraksi dengan ayah mampu mempercepatkan sel-sel perhubungan menyambung. Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berinteraksi yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah apabila meningkat dewasa.

 

Jurnal Child Development menyebutkan bahawa salah satu cara untuk menggiatkan perkembangan otak pada anak kecil adalah dengan mengajarnya bahasa asing selain bahasa ibunda. Tak kira bahasa Inggeris, Perancis atau Arab. Anak yang lahir dari ibu bapa yang boleh bercakap lebih dari satu bahasa juga selalunya mempunyai IQ lebih tinggi.

 

Anak yang lebih tinggi dilihat mampu menguasai ujian dengan lebih baik, demikian kajian oleh National Bureau of Economic Research. Menurut kumpulan pengkaji, sejak usia tiga tahun sebelum bersekolah lagi anak-anak yang lebih tinggi mendapat keputusan yang jauh lebih baik dalam ujian-ujian kognitif yang diadakan.

 

Anak yang berupaya melukis gambar seorang manusia pada usia ini kemungkinan besar lebih bijak ketika remajanya. Kajian oleh King’s College di London mendapati 15,000 gambar dihasilkan anak-anak berusia empat tahun. Mereka yang mempunyai bakat seni sejak kecil ini mendapat markah lebih baik dalam ujian IQ.

 

Dengar macam lawak kan? tapi itu la hakikatnya.. Yang ini ada kesan baik dan buruknya, anda sebagai ibu bapa yang perlu mengawal. Anak yang pandai berbohong pada usia ini dikatakan lebih cerdas otaknya. Institute of Child Study, Toronto University mengkaji 1,200 anak berusia antara dua hingga lima tahun. Hasilnya anak yang sudah pandai berbohong sejak kecil biasanya lebih bijak. Alasannya, proses rumit ketika seseorang sedang berbohong menjadi petunjuk pada IQ anak. Itu bukti anak anda menggunakan akal fikiran dengan baik untuk mencari helah untuk berbohong. Sungguhpun begitu, ibu bapa harus memberi nasihat kepada mereka baik buruk berbohong.

 

Permainan alat muzik sejak dahulu dikatakan amat membantu kecerdasan emosi kanak-kanak. University of Vermont telah menguatkannya selepas membuat kajian terhadap 232 anak-anak yang sihat antara usia enam hingga 18 tahun. Mereka mendapati semakin kerap seseorang anak memainkan alat muzik, semakin baik keterampilan mereka dalam pengurusan kecemasan dan emosi. Dengan kata lain mereka lebih tenang.

 

Suka membaca pada usia ini adalah satu petunjuk anak akan memiliki kecerdasan yang lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya. Anak yang memiliki kemampuan membaca lebih baik pada usia 7 tahun dan mampu hanyut ketika membaca novel, dilihat mempunyai keputusan lebih baik dalam ujian IQ sewaktu remaja. Ia berdasarkan kajian University of Edinburgh dan King’s Collede London.

 

Kajian oleh London School of Economics menunjukkan bahawa orang dewasa yang cerdas suka berjaga hingga larut malam dan ia adalah kebiasaan rutin sejak kecil.

 

Jika seseorang anak menikmati sarapan yang sihat pada usia ini, dia mungkin mempunyai peluang dua kali ganda untuk memperoleh keputusan yang lebih baik dari ujian IQ. Kajian dari University of Cardiff terhadap 5,000 pelajar berusia 9 hingga 11 tahun menunjukkan bahawa mereka yang mengambil sarapan pagi seperti makan bijirin, roti dan produk susu pada pagi hari mencapai hasil terbaik dalam ujian peperiksaan.

 

Pada usia 10 tahun anak yang bijak biasanya petah bercakap tak kira dengan orang tua atau rakan sebaya. Malah mereka mampu membuat peraturan baru atau megapalai dalam permainan yang biasanya tidak disukai oleh rakan mereka.