Time waktu makan saja kita pun dah terjerit panggil anak makan. Bila diajak, anak geleng, katanya nak makan depan tv. Kalau tak bagi dia tak nak makan.
Amboi banyak cantik muka dia! Kita sebagai mama mestilah risau anak kurang makan. Kalau nak ajak makan pun kena pasang tv dulu. Makanan kadang-kadang tak luak pun, mana taknya, asyik sangat menonton tv.
Jadi, kita nak buat macam mana? Mama Siti ada tips dari Dietitian Fizah Sobri untuk ibubapa yang ada masalah nak tingkatkan selera anak walaupun anak nak makan depan televisyen sepanjang masa.
Kena Pasang TV Baru Nak Makan?
“Selalu tak habis makan lagi part sayur..”
“Kalau pasang tv baru habis makan”
“Susah nak suruh anak makan..”
Masalah ini bukan sahaja kepada anak anak yang kurang berat tapi juga yang berlebihan berat ada mengalami masalah ini. Anak kurang berat akibat kurang pengambilan zat yang memenuhi keperluannya. Anak lebihan berat akibat pengambilan zat yang berlebihan. Dua dua boleh berlaku apabila tidak mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Contoh:
Bagi kes kurang berat:
Anak saya makan sikit sangat, nak habiskan 1 senduk tu kadang kadang ambil masa 30 minit.
Bagi kes berlebihan berat:
Anak saya selalu makan nasi dengan lauk je, kalau nampak sayur akan asingkan. Bawang pun letak tepi..
Adakah anak anda salah satu dari di atas?
Tips Untuk Naikkan Selera Anak Sebelum Makan
1. Beri appetizer
- Appetizer adalah pembuka selera dan selalu adalah benda manis atau sup
- Makanan yang sesuai untuk kanak-kanak untuk dibuat appetizer ialah buah buahan, puding buah, dadih buah atau sup berkrim (homemade) seperti chicken soup, mushroom soup dan lain-lain (ikut kepada menu yang dibuat)
2. Gunakan perkakas yang berwarna warni serta sesuai dengan size anak
- Ramai ibubapa lupa, size anak tak sama dengan dewasa maka bila guna perkakas yang sama dengan dewasa ini akan membuat anak rasa susah nak habis makan
3. Lebihkan finger foods bukan makanan perlu disuap
- Contoh: Dari beri nasi dan lauk sahaja, mama boleh buat bebola nasi (ada sayur dan protein sekali ye)
- Boleh juga potong buah dan sayur panjang-panjang.
4. Jadual makanan yang tetap
- Tetapkan masa yang SAMA untuk sarapan, lunch, dinner automatic anak akan lapar
5. No Gadgets 15-20 Minit Sebelum Makan
- Gadget sebenarnya menarik perhatian anak dari focus apa yang depan mata.
- Jika mereka tak focus kepada makanan, susah untuk enjoy dan habiskan.
- Jika anak makan lebih sambil tengok tv, anda sedang mengajar anak untuk menjadi couch potato. Makan depan tv dan ini membahayakan kesihatan.
6. Jarakkan waktu ambil susu
- Jika anak masih menghisap susu dalam botol, pastikan jarak antara waktu makan berat dan waktu minum susu adalah 2 jam.
7. Cari ikon
- Omar& Hana, Upin & Ipin, semua ini boleh menjadi ikon kepada anak anak. Cari episod yang tidak membazirkan makanan, atau episod makan sayur & buah dan sentiasa tunjuk kepada anak.
Sumber : Dietitian Fizah Sobri
BACA JUGA CARA ATASI ANAK KURANG SELERA MAKAN
Pesan Mama Siti:
Mama Siti pernah dengar orang kata, “Baik dia minum susu dari tak makan langsung!”. Kat sini yang mama silap. Buat pengetahuan mama, anak yang berusia 2 tahun hanya memerlukan 2 gelas susu sehari. Pengambilan susu berlebihan boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi bagi anak yang tidak menyusu badan. Sebab tu lah, mama jangan asyik sangat bagi susu bila anak tak mahu makan. Cuba ikhtiar benda lain atau mama boleh ikut saja tips yang Mama Siti kongsikan ni!