“Kenapa dengan anak aku ni? Perangai macam tak semengah je?”
Mungkin zaman dahulu, kita anggapkan anak kita ni buat perangai, atau itu perangai semula jadi dia dan kita abaikan hingga bila mereka dewasa, kita rasa geram dengan tingkah laku mereka. Cumanya, personaliti narsis ni adalah gangguan mental.
Dengan kata mudah, narsis adalah keadaan kesihatan mental bila dia mempunyai perasaan yang tidak munasabah tentang kepentingan mereka sendiri.
Mereka juga perlukan dan mencari terlalu banyak perhatian serta mahukan orang mengagumi mereka. Anak-anak narsis ni mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk memahami atau mengambil berat tentang perasaan orang lain.
“Pada Umur Berapakah Anak Mula Tunjuk Personaliti Ni?”
Menurut pakar, personaliti narsisistik menjejaskan lebih ramai lelaki berbanding perempuan. Ia selalunya bermula pada usia remaja atau awal dewasa.
Sesetengah kanak-kanak mungkin menunjukkan ciri-ciri narsis, tetapi ini selalunya perkara biasa untuk umur mereka dan tidak bermaksud mereka akan terus mengalami gangguan personaliti narsis ni.
Tanda-tanda Anak Mama Seorang Narsis
Berikut adalah tanda-tanda anak Mama seorang narsis:
- Rasa mereka lebih baik daripada kanak-kanak lain.
- Susah nak berkawan atau menjaga persahabatan.
- Rasa macam perhatian tu adalah keperluan mereka.
- Tak ucap terima kasih pada ibu bapa atau orang lain yang berkelakuan baik dengan mereka.
- Pulau kawan-kawan lain pada sebab yang remeh seperti status sosial yang lebih rendah atau mereka yang kurang berkemahiran kerana rasa diri lebih bagus.
- Tidak bertanggungjawab atas kelakuan mereka sendiri.
- Rasa benci terhadap pandangan (tidak memandang ke dalam mata seseorang yang bercakap dengan mereka)
Cara Untuk Didik Mereka
1. Fahamkan Gangguan Personaliti Ini
Kalau nak tahu apa-apa, kita harus banyak membaca tentangnya. Lebih banyak baca, lebih kita memahami peangai anak Mama tu macam mana. Ia boleh tolong Mama terima mereka seadanya justeru lebih senang untuk uruskan perangai mereka.
2. Kena Ada Boundaries Yang Kuat
Kita kena hadkan perangai dia. Ini termasuklah seperti ada ruang yang munasabah. Tujuannya bukanlah untuk mengubah personaliti mereka, tetapi untuk melindungi keperluan dan tenaga Mama dan Papa sendiri.
3. Kenal Pasti Taktik Manipulasi
Narsisis menggunakan taktik manipulasi untuk dapatkan apa mereka nak dengan macam-macam cara, dan bila Mama dapat kenal pasti taktik ni, ia dapat lindungi diri dan tenaga Mama.
4. Jangan Guna Penderaan
Walau apa pun jadi, jangan gunakan penderaan sebagai alasan untuk dera anak. Penderaan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fizikal, percakapan, emosi, kewangan, dan lain-lain.
Jika Mama gunakan juga penderaan, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental kita.
5. Perlahan-lahan Tunjuk Perangai Mereka
Narsisis selalunya tak sedar perangai mereka memberi kesan pada orang sekelilingnya.
Kalau Mama tunjuk perangai mereka dengan lembut dan bila Mama rasa selamat, ia boleh bantu mereka belajar perangai yang boleh dan tidak boleh diterima bila mereka berada di sekeliling Mama.
6. Jaga Kesejahteraan Mental Mama!
Memang tak dapat dinafikan, melayan seorang narsisis boleh meletihkan dan mengecewakan kita, jadi Mama perlu menjaga keperluan emosi sendiri.
Kenapa penting? Ini dapat mengelakkan kemarahan dan keletihan ibu bapa, dan seterusnya ia akan memberi kesan kepada kesihatan mental dan diri Mama.
7. Terima Anak Mama Seadanya
Betul, ia susah malah kompleks. Gangguan personaliti narsis ialah penyakit yang selalunya kronik. Seseorang itu mungkin atau mungkin tidak boleh ubah atau kurangkannya.
Mama perlu fahami bahawa Mama tak boleh paksa mereka untuk ubah perangai mereka.
Bukan mudah untuk menjaga anak-anak yang mempunyai pelbagai personaliti yang tidak menentu ni, sebab tulah ibu bapa harus lebih banyak baca dan memerhati keadaan anak-anak mereka.
Jangan putus asa untuk mendidik anak untuk menjadi yang terbaik! Selamat mencuba.
Dapatkan lebih banyak info tentang perangai anak-anak di SINI!