Bila nak berak je menangis, bila menangis je mesti nak berak. Trauma mama yang mempunyai anak-anak yang mengalami masalah sembelit. Bukan si anak je trauma setiap kali nak membuang, si mama pun trauma. Mama mana je yang boleh tahan untuk dengar anak menangis berejam jam semata-mata nak membuang. Kita tengok pun rasa kesian, apatah lagi si anak yang menanggung keperitan nak membuang. Sembelit bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Sembelit berlaku apabila pengecutan otot kolon menjadi perlahan atau lembap, menyebabkan najis melalui kolon secara terlalu perlahan, atau apabila kolon menyerap terlalu banyak air. Akibatnya, najis menjadi terlalu kering dan keras.
Sembelit di kalangan kanak-kanak
Sembelit bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak didiagnosekan dengan mengira bilangan hari anak-anak tidak membuang air besar. Kanak-kanak yang tidak membuang air besar selama 3 hari adalah sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak jika tiada tanda-tanda kanak-kanak tersebut mengalami sembelit. Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk kanak-kanak adalah sekali setiap 2-3 hari. Sentiasa menekankan kepentingan penjagaan sistem penghadaman sebagai langkah utama untuk memastikan kesihatan perut dan menjamin tumbesaran si manja.
Sistem penghadaman
Cuba gambarkan visual sistem penghadaman sebagai satu saluran atau tiub sepanjang 25 hingga 35 kaki yang berjela dari mulut ke dubur. Sistem penghadaman manusia yang juga dirujuk sebagai gastrousus atau perut, bertanggungjawab untuk memproses makanan dan bendalir yang kita makan dan minum setiap hari.
Proses utama melibatkan menelan, menghadam, menyerap dan membuang sisa. Biasanya,
makanan melalui seluruh saluran penghadaman dalam masa 1 hingga 2 hari.
Justeru, sekiranya sistem penghadaman si manja tidak berfungsi dengan baik, kesihatannya akan
terjejas kerana pergerakan usus yang tidak baik akan menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan membuatkan dia khuatir untuk ke tandas.
Si kecil juga mula menangguhkan pemergian ke tandas selama yang boleh. Sembelit adalah salah satu masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kanak-kanak kecil, dengan kadar yang dilaporkan antara 0.3 peratus hingga 28 peratus.
Tanda-tanda kanak-kanak mengalami sembelit:
- Anak-anakmenangis dan sentiasa menunjukkan rasa resah
- Rasa tidak selesaketika membuang
- Mengadu rasa sakitketika hendak membuang dan meneran
- Najis kelihatan keras dan berbiji,
- Kentut dan najis berbau lebih busuk
Kesan Sembelit kepada kanak-kanak
Kesan sembelit kepada kanak-kanak adalah seperti berikut. Walaubagaimanapun, kesan sembelit juga akan membuatkan kanak-kanak akan menangis setiap kali membuang air besar.
- Perut kembung
- Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
- Rasa tidak selesa.
- Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
- Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
- Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Faktor Menyebabkan Sembelit
- Terlalu banyak mengambil makanan ringanmengandungi banyak garam dan bahan
- Penyahidratanyang disebabkan oleh cirit-birit atau penyakit lain
- Kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat secukupnya.
- Kurang minum air
- Kurang bersenam
- Pengambilan ubat-ubatan
- Kebiasaan menahan membuang air besar
- Semulajadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besarmereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
- Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
- Akibat menahan pembuangan najisuntuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
- Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
- Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar
- (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid
- (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Tips Mengelakkan Anak Sembelit
- Jus serta buah yang dikisarkepada kanak-kanak untuk diminum bagi melawaskan pembuangan air besar.
- Mengamalkan diet yang sihatadalah salah satu cara terbaik untuk menghindari masalah penghadaman dalam kalangan kanak-kanak.
- Minum banyak air
- Makan makananyang tinggi kandungan serat dan fiber seperti buah-buahan, kekacang, dan sayur-Sayuran segar. serat menyerap air dan mengembang dalam usus. Dengan demikian,
membantu melembut dan menyenangkan najis keluar daripada badan adalah penting. - Jangan suka menahan dari membuang air besar