KelabMama

ANAK MAMA LAMBAT BERCAKAP. NORMAL ATAU TAK?

Banyak soalan yang Mama Siti terima daripada mama berkenaan isu anak lambat bercakap. Rata-rata mama semua risau bila anak dah setahun lebih tapi masih tak pandai cakap. Ada tu tak nampak langsung tanda-tanda nak bercakap. Yelah kalau mama Siti pun risau!

Mama kena faham yang setiap anak ni perkembangannya berbeza. Ada yang cepat bercakap, ada yang lambat. Jadi tak perlu timbulnya persoalan-persoalan sebegini  sebab ia hanya buat mama bertambah runsing je.

“Normal ke tak anak saya ni? Anak saya tergolong dalam kategori lambat bercakap ke? Apa yang patut saya buat sedangkan anak-anak kawan saya dah lebih advance?”

Selalunya kanak-kanak akan mula bercakap dengan banyak apabila menjangkau 2tahun. 0 – 18 bulan merupakan tahap ‘menerima bahasa’ (receptive language). Bermula 18 bulan anak akan ‘meluahkan’ bahasa (expressive language).

MILESTONE PERKEMBANGAN BAHASA ANAK

1.Kosa kata (vocabulary) kanak-kanak 2 tahun lebih kurang 50 – 100 perkataan. Apabila menjangkau
3tahun, kosa kata mereka seolah-olah ‘meletup’. Your child’s vocabulary will increase a lot; to too many to count.

2.Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh menamakan benda-benda yang biasa dilihat dan menamakan gambar-gambar objek. Mereka boleh juga menamakan anggota badan. Mereka mula mengenali warna-warna asas. Mereka menggunakan ayat pendek ( 2-3 perkataan) untuk komunikasi.

3.Kanak-kanak 2 – 3 tahun bertutur menggunakan ayat pendek (2 -4 perkataan dalam 1 ayat).

4.Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh memahami arahan mudah. They should be able to follow two-step commands; “Tolong ambilkan buku dan bagi mama.”

Tapi seandainya mama dapati anak mama tak dapat memahami arahan mudah, lebih baik bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan telinga. Takut-takut ada masalah pendengaran atau jangkitan pada telinga.

5.Cek juga sekiranya anak kita bercakap dengan nada suara yang ‘pelik’ seperti serak, sengau atau kecil/halus. Kekadang kita parents tak perasaan anak ada masalah lidah pendek atau ada kecacatan di lelangit mulut( oral impairments). Teringat kisah anak doktor pakar kanak-kanak semasa belajar di tadika kami, gurunya notis dia ada problem sebut some sounds bila belajar membaca. So the teacher toldthe parents (both are doctors). To cut the story short they found out he had a short frenulum(lidah pendek). Masalah lidah pendek ini membatas pergerakan lidah. Alhamdulillah, after surgery he no longerhad speech problems.

6. Cek persekitaran. Siapakah yang bersama anak kita most of the time daripada umur anak 0-3 tahun. Sekiranya penjaga anak kita (termasuk juga parents) tak banyak bercakap, maka tak peliklah anak lambat bercakap. Ada juga kemungkinan penjaga terlampau garang. Jadi perkembangan bahasa dan juga emosi anak akan terganggu. Ada juga parents atau penjaga yang suka tolong cakap bagi pihak kanak-kanak! Tak bagi peluang langsung anak nak meluahkan kehendak.
So if hantar kat orang jaga anak, buatlah spot check.

APA YANG MAMA PERLU TAHU MENGENAI ANAK ‘SPEECH DELAY’

1.Anak lelaki : Perkembangan bahasa anak lelaki lebih lambat sikitdaripada anak perempuan. Ada kajian yang mengatakan pada umur 16bulan, anak lelaki menggunakan lebih kurang 30 perkataan manakalaanak perempuan 50 perkataan.

2.Anak pramatang: Bayi yang lahir tak cukup bulan agak lambat sikitbukan saja dalam perkembangan bahasa tetapi perkembangan lain juga.

3.Anak Kembar: Menurut Speech Pathologists, 50% daripada kanak-kanak kembar mengalami speech delay.

4.Sakit telinga: Kanak-kanak yang seringkali mengalami jangkitan telinga semasa kecil (0-12 bulan), mungkin lambat bercakap kerana proses penerimaan bahasa, pada tahun pertama, terganggu.

5.Faktor keturunan: Sekiranya ada mak ayah atau datuk nenek (atau close family member) yang lambat bercakap, then possibility besar, anakakan lambat bercakap juga.

6.Dwi-Bahasa: Kanak-kanak yang membesar dengan 2 bahasa juga berkemungkinan lambat bercakap.
Walaubagaimanapun, pada umur 5 tahun anak dah fasih dalam dua bahasa.

BANTU ANAK MAMA BERCAKAP

Mama dan papa lah orang yang paling rapat untuk bantu anak bercakap.

#Guna masa bermain dengan anak

Masa bermain ni lah mama boleh berkomunikasi dengan anak. Bila sambil bermain sambil tu bercakap akan motivate anak untuk bercakap.

#Tambah kemahiran komunikasi anak

Kalau anak dah pandai tunjuk bila nakkan sesuatu, ajar dia untuk sebut pula. Mungkin ada anak yang akan rasa ‘struggle’ tapi dalam sesi pembelajaran ni mama kena sabar dan lembut.

TIPS UNTUK MAMA

1)Guna bahasa yang ringkas tapi mudah difahami anak supaya anak tak susah nak sebut

2)Labelkan setiap benda dengan cara menyebut sesuatu perkataan secara berulang. Contohnya, “banyaknya BUNGA! BUNGA cantik. Jom tengok BUNGA! Bau BUNGA…”

3) Tunjuk pada anak mama yang mama sedar akan kehadirannya.

4) Berborak dengan anak guna bahasa yang selesa

5)Bercakap dengan anak tentang apa yang kalian lakukan dan apa yang sedang anak mama lakukan. Teruskan bercakap dan bercakap!

6)Masa bercakap tu tak perlu ada gangguan lain. Contohnya macam bunyi TV atau suasana yang bising sebab boleh ganggu fokus anak

7)Jadikan buku kawan baik anak. Masa mama bacakan buku pada anak create gaya dan intonasi sebagai daya penarik untuk anak sukakan buku.

Apapun setiap proses ini memerlukan masa dan tahap kesabaran yang tinggi. Sebagai ibu bapa, kita tak boleh cepat give up dan mengeluh dengan keadaan anak. Setiap anak perkembangannya berbeza. Jangan sesekali membandingkan kebolehan anak. Beri anak masa disamping mama pun sama-sama bantu anak mama. Sampai masanya pasti anak mama akan bercakap juga.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Tips Kesihatan Bayi