KelabMama

Anak Mama Lambat Cakap? Ketahui Tanda-tanda, Punca & Cara Mengatasinya

Dah jadi kebiasaan hari ini kita lihat anak-anak mencecah umur tiga tahun belum pandai bercakap. Biasalah tu para Mama yang nampak dulu kalau anak lambat bercakap. Ayah biasa cool aja kan. Sekarang ni Mama Siti pun perasan, banyak sangat dah sumber maklumat perkembangan anak kecil yang ramai kongsi di social media. Ini yang menyebabkan ramai Mama mudah peka ada masalah komunikasi pada anak.

Pertama sekali, Mama Siti akui isu anak speech delay ni banyak menyebabkan timbulnya keadaan mengecewakan antara ibu bapa dan anak-anak. Ya lah, Mama dan Papa selalu salah faham apa anak nak sampaikan, manakala anak pulak rasa tak ada sesiapa cuba nak memahami bahasa mereka. Sedih kan?

Tanda-Tanda Anak Lambat Bercakap

Biasanya anak usia 6 ke 11 bulan menyebut perkataan pertama, Mama, sebab lebih mesra bunyi huruf m tu bagi mereka. Namun selepas beberapa ketika, ada anak kecil yang mungkin mengalami speech delay. Mama dan Papa boleh perhatikan tanda-tanda ini pada anak usia 2 hingga 3 tahun:

Bagaimana Speech Delay Ini Boleh Terjadi?

Sumber: my.webtech360.com

Biasa kan kita dengar pendedahan gadget dan skrin kepada anak kecil menyebabkan masalah lambat bercakap. Sebenarnya, banyak juga faktor lain yang kita terlepas pandang. Antaranya perkembangan dunia hari ini menyebabkan anak kurang terdedah kepada persekitaran dan gaya hidup sihat. Mama Siti akui memang nampak amalan pemakanan anak kita zaman ini rendah mineral dan zat, malah tinggi bahan toksik yang mengganggu sistem biokimia badan serta reseptor bertutur pada otak.

Jadi, ini juga memberi kesan kepada pergerakan motor pertuturan secara tidak langsung. Contoh tanda lain adalah picky eater. Biasa kan nampak? Atau anak sendiri pernah melalui fasa picky eater ini? Namun Mama dan Papa jangan cepat sedih dan menyalahkan diri sendiri. Semua yang terjadi ada hikmah sebagai pengajaran dan kebaikan dalam kehidupan kita.

Adakah Anak Lambat Bercakap Dikategorikan Sebagai Autisme?

Jawapannya adalah ya dan tidak. Anak yang mengalami Autistic Syndrome Disorder (ASD) ada yang lambat bercakap, namun majoriti anak yang mempunyai isu pertuturan ini tiada ciri-ciri ASD. Selain berjumpa pakar untuk mengesahkan tanda Autisme, ibu bapa memainkan peranan penting untuk observe sendiri anak-anak kat rumah.

Sebabnya, bila kita bawa anak kepada pakar, mereka dapat tengok anak kita ni sekejap sahaja, bukan sepenuhnya. Memang ibu ayah yang lebih banyak masa bersama anak, dan lebih faham situasi keperluan anak ini berbanding orang luar. Setuju tak?

Pernah tak, kita tengok anak kita tiada eye contact, kita terus risau eh anak kita ni Autisme ke? Cuba kita perhatikan masa tu apa situasi yang sebenarnya berlaku. Ramai juga merujuk kepada Mama Siti dengan menghantar video anak mereka dan komen, anak ‘tak dengar’ Mama Papa panggil, ‘tak tengok’ pun mata kata mereka.

Tapi mungkin anak tak ada eye contact dengan Mama Papa sebab mereka ni sibuk fokus bermain. Memang fitrah anak usia 3 hingga 6 tahun untuk fokus pada ‘perkerjaan’ semasa yang membuatkan mereka tak mahu berpaling pun kepada panggilan kita. Bila anak sedang melakukan sesuatu dengan penuh konsentrasi, contohnya bermain, memang sukar Mama Papa nak mendapat respon daripada mereka.

Bila Mama Papa sedang ralit buat kerja, kadang tak perasan anak tengah panggil. Anak tanya semua, tak dengar atau jawapan yang diberikan tidak memandang wajah mereka. Fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan, yang membawa kepada tiada eye contact.

Begitu juga keadaannya buat si manja kita.

Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

1. Perhatikan tindak-tanduk anak di rumah

Observe anak di rumah sekurang-kurangnya 15 minit sehari selama seminggu, tanpa sebarang prejudis. Jangan buat assumption awal dulu. Ini adalah asas untuk Mama mengenal pasti masalah, keperluan sebenar dan juga halangan dalam persekitaran anak-anak kita.

Rekodkan hasil pemerhatian berterusan Mama ini dalam sebuah buku, untuk rujukan konsultasi kemudian nanti. Kita bertindak macam pengulas berita tu, tapi tanpa sebarang analisa.

2. Berjumpa pakar

Mama Papa boleh berjumpa pakar perunding perubatan seperti pakar perkembangan kanak-kanak atau pakar neurologi kanak-kanak. Pakar-pakar ini akan bertanyakan pelbagai soalan dan akan melihat anak kita seimbas lalu dengan masa terhad, maka rekod observation kita tadi akan menjadi sumber yang sangat penting untuk mengelakkan berlaku diagnosis salah.

Ia juga akan memudahkan kita untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Ya lah, kita pun kadang kala ingat ingat lupa secara details tindak-tanduk anak-anak di rumah.

3. Cara rawatan terapi pertuturan

Ahli speech therapy akan membuat latihan motor percakapan di kawasan mulut. Mereka juga akan memberi cadangan jika ujian pendengaran diperlukan.

Ini hanyalah kaedah untuk membuang segala kemungkinan masalah pendengaran yang menyumbang kepada isu speech delay anak Mama. Memang biasa sangat otot kawasan mulut ini lemah, maka kita akan cuba latih supaya ia kuat kembali dan dapat berfungsi pada tahap optimum.

4. Terapi cara kerja (Occupational Therapy)

OT adalah sangat penting untuk membantu masalah lain yang menyumbang kepada speech delay seperti masalah sensori (geli dengan pasir, sensitif pada bunyi), masalah daya keseimbangan motor badan dan sebagainya.

Ahli terapi cara kerja akan menilai dan membantu perkembangan anak supaya anak dapat berkomunikasi dengan efektif. Mama boleh juga ajak anak bermain secara aktif seperti bergayut, memanjat, bermain buaian dan berlari di kawasan taman di rumah. Aktiviti-aktiviti ini sangat bagus untuk perkembangan otak bagi speech delay ni.

5. Luangkan masa bersama anak-anak

Mama juga harus luangkan masa-masa yang berkualiti bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku. Sekejap sahaja pun okay Mama. Dalam 5 hingga 10 minit setiap malam sebelum tidur sudah memadai.

Sumber: todaysparent.com

Ini adalah supaya, ia menjadi motivasi anak-anak untuk berbicara dan berkomunikasi dengan Mama. Selain itu, gunakan masa bersama di rumah untuk bercakap bahasa yang jelas serta baik. Pandanglah wajah anak apabila bercakap dengan mereka supaya mereka dapat melihat gerak bibir kita sekaligus mereka rasa dihargai.

6. Percaya serta bina kepercayaan dalam diri anak

Pada Mama Siti, ini tip yang paling penting. Sebagai seorang mak, kita harus sentiasa letak kepercayaan kita pada mereka sejak mereka kecil lagi. Percaya yang anak Mama sebenarnya masih belum mencapai tahap perkembangannya yang sepatutnya. Setiap tumbesaran dan perkembangan anak-anak kan lain.

Sumber: huffingtonpost.com

Bila kita tunjukkan rasa percaya kepada mereka, anak-anak tahu yang kita mahu mendengar, dan kita juga sebenarnya memahami apa yang mereka ingin katakan. Elakkan menyebut yang kita tak faham. Walaupun sebenarnya, sukar untuk kita memahami apa yang cuba disampaikan.

Perkara ni penting, supaya anak juga cuba bersabar dan berusaha untuk terus bercakap dengan kita. Perlahan-lahan cubalah lihat mata anak, fokus dan fahami dengan hati apa yang anak kita nak sampaikan. Perlahan-lahan Tuhan akan membuka kefahaman kepada kita dan juga anak kita.

Doa Anak Mudah Bercakap

Mama Siti kongsikan doa Nabi Musa a.s memohon bantuan Allah ketika berurusan dakwahnya berhadapan Firaun. Bait-bait maksud indah ni boleh dibacakan bersama anak-anak berulang ulang kali setiap hari. Sekaligus memohon kepada Allah dipermudahkan segala urusan kerana doa ibu bapa tiada hijab.

Hanya Allah dapat melapangkan dada anak-anak kita dan melorongkan jalan untuk kita dalam membesarkan anak-anak. Terus tabah, Mama!