KelabMama

“Anak Demam Boleh Mandi Air Sejuk Ke Doktor?” Pakar Jelaskan Cara Rawat Demam Kanak-Kanak

Menjadi satu norma untuk ibu bapa untuk memandikan anak yang demam dengan suhu yang tinggi, dengan air sejuk. Katanya untuk turunkan suhu badan mereka yang mencanak. Hmm, boleh ke sebenarnya?

Apa reaksi Mama jika Mama Siti bagitahu, mereka sebenarnya tidak boleh dimandikan dengan air sejuk! Mama Siti faham, mungkin Mama dan Papa belum pernah menjaga anak yang sakit dan ini kali pertama Mama laluinya.

Ikuti perkongsian daripada Dr Abdul Rahim tentang bahayanya mandikan anak dengan air sejuk sewaktu mereka demam. Tambahan pula, terdapat juga pantang larang yang harus Mama take note semasa penjagaan si manja!

Mari kita baca dengan lebih lanjut~

Jangan Mandikan Anak Demam Dengan Air Sejuk

Mungkin masih ramai lagi ibu bapa belum tahu bagaimana penjagaan bayi ketika dia dalam keadaan demam. Apabila anak demam ibu bapa harus berhati-hati menjaga baik dari segi pemakanannya serta mandian anak itu sendiri.

Jika kita tersilap langkah, berkemungkinan demam anak berkenaan mungkin akan melarat dan keadaan ini pastinya membimbangkan ibu bapa. Sebelum perkara yang tidak diingin berlaku, langkah wajar perlu diambil seperti yang disarankan doktor ini.

“Doktor, boleh tak anak saya dimandikan ketika dia demam?”

Dr Abdul Rahim juga menjelaskan,

1. Apa Itu Demam?

2. Senaraikan Cara Menurunkan Suhu Badan Ketika Demam

Cara A:

Cara B:
Menjadi kesilapan anda jika,

Jika ingin membuatkan eksperimen, kita sebagai ibu bapa cuba mandi dengan air sejuk dan pijak lantai pasti akan menggeletar apatah lagi jika mandi dengan air sejuk.

Kalau periuk yang panas jika dibasuh pasti periuk itu akan berasap. Kita mesti sejukkan periuk dulu sebelum dibasuh bukan? Kalau inginkan guna air ais atau ketulan ais, dibolehkan tetapi kasihan pada si anak akan menangis kesejukan dengan tiba-tiba. Anda boleh memilih yang mana lebih sesuai untuk anda gunakan.

3. Gunakan Selimut Semasa Demam

4. Kekerapan Meminum Air

5. Hindari Guna Air Sejuk

6. Jika Anak Masih Aktif Tak Perlu Makan ubat

Ini tanda INFEKSI KUMAN/VIRUS yang tubuh bayi atau kanak-kanak tidak dapat melawan. Segeralah bawa ke berjumpa doktor.

Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan. Nasihat saya segera rawat demam anak anda. Elakkan dari sawan panas tarik “Febrile Fit”.

Sekarang Mama dan Papa pun dah tahu macam mana nak jaga anak-anak yang demam. Menjaga orang sakit seperti kanak-kanak, semestinya berbeza dengan menjaga orang yang dewasa.

Terdapat pelbagai langkah berjaga-jaga yang harus Mama take note semasa penjagaan mereka. Mujurlah ada perkongsian daripada Dr Abdul Rahim.

Ingat Mama, sentiasa pantau keadaan dan juga suhu mereka. Semoga bermanfaat ya Mama.

Kredit: Dr Abdul Rahim


Mama cari info kesihatan untuk anak-anak? Klik di SINI sekarang!