KelabMama

Anak Mama Clingy atau Cemas? Ini Tips yang Mama Papa Boleh Cuba Hari Pertama Mereka ke Sekolah

anak nangis pergi ke sekolah

Anak-anak tidak mahu pergi sekolah pada hari pertama tu sebenarnya normal. Mama Siti pun pernah melalui perkara yang sama beberapa kali. Situasi ni normal terutamanya pada hari pertama mereka.

Situasi yang lebih mencabar apabila Mama Papa tidak dapat mengawal mereka yang bertindak diluar kawalan. Ada yang menangis, tidak mahu turun kereta atau berguling-guling di hadapan kelas sebagai tanda tidak mahu sekolah.

Walau bagaimanapun, Mama Papa kena faham yang itu merupakan satu perkara baharu bagi mereka. Satu keadaan dan persekitaran yang mereka sendiri tidak pernah rasai sebelum ni.

Pasti Mama Papa sudah buntu memikirkan cara untuk menarik minat anak-anak untuk pergi ke sekolah bukan? Sini Mama Siti kongsikan tips untuk Mama Papa macam mana nak handle anak-anak hari pertama sekolah nanti:

Tips Mama Papa untuk Hari Pertama Sekolah

1. Berikan Nasihat yang Positif

Dalam perjalanan menghantar anak, Mama Papa harus elakkan daripada menyebut perkataan “Jangan nangis” kerana itu adalah ayat arahan.

Anak-anak mungkin faham akan arahan tersebut tetapi fikiran mereka akan mengingati perkataan nangis sahaja.

Sebolehnya Mama Papa menggunakan perkataan yang lebih santai dan positif seperti “Adik nampak comel pakai baju sekolah” atau “Dekat sekolah nanti adik akan jumpa dengan ramai kawan, tentu adik suka”.

Ataupun Mama Papa memberikan gambaran positif yang mereka akan berseronok seperti Upin Ipin pada hari pertama mereka bersekolah.

Situasi ini akan memberikan aura yang positif serta anak-anak menjadi lebih bersemangat untuk memulakan hari pertama mereka.

2. Beredar Sejurus Menghantar Anak Masuk ke Kelas

Apabila anak mula beratur masuk ke dalam kelas, Mama Siti nasihatkan pada masa inilah Mama Papa cepat-cepat pergi tinggalkan si anak.

Mama Papa tidak perlu untuk melambai atau say bye-bye kepada anak tanda mahu meninggalkan mereka. Cukup dengan a short good bye seperti bersalam, kiss pipi dan memberi semangat.

Perkataan ini sangat merbahaya ye Mama Papa sekalian. Ini kerana, anak akan merasakan mereka akan tinggalkan sekali gus membuatkan mereka bersedih dan kemudian menangis.

Mama Papa boleh jadi spy untuk melihat anak dari jauh tanpa menonjolkan diri sebelum betul-betul meningkalkan mereka.

Ini sebagai tanda berwaspada sahaja, untuk memastikan anak-anak akan okay apabila tidak melihat Mama Papa dihadapan mereka.

3. Anak Menangis? Takpe Mama. Biarkan Sahaja

Hari pertama anak-anak pasti akan menangis dan itu normal. Bahkan ada yang sudah sekolah pun akan menangis juga pada hari pertama.

Jadi, Mama Papa jangan terus memujuk kalau anak-anak menangis nanti. Selalunya mereka akan menangis dalam 3-5 minit sahaja atau paling lama pun 15 minit je.

Biasa la mereka kan belum dapat nak adapt lagi dengan keadaan persekolahan. Lama-lama mereka juga akan menerima bahawa situasi ini yang mereka akan hadapi sepanjang persekolahan.

Lagipun, lagi senang kalau Mama Papa bagi cikgu yang handle kalau anak-anak menangis kerana cikgu lebih pro dalam handle pelajar yang menangis ini.

Mama Siti rasa kalau Mama Papa yang handle risau makin menjadi-jadi pula anak menangis nanti.

4. Pastikan Mama Papa Menjemput Anak-anak Awal

Pada peringkat awal ini Mama Siti nasihatkan Mama Papa meraikan kepulangan mereka dengan menjemput tepat pada waktu pulang.

Mama Papa perlu peka dengan waktu anak-anak pulang dari sekolah. Seeloknya sebelum anak-anak keluar dari kelas Mama Papa sudah berada di kawasan sekolah untuk menjemput mereka pulang.

Elakkan daripada anak-anak di jemput pulang bersama dengan orang lain. Walaupun dengan ahli keluarga sendiri.

Pada saat ini, Mama Papa perlu berkorban masa dan tenaga sedikit sehingga anak-anak mampu membiasakan diri mereka dengan peralihan persekitaran ini.

5. Bertanya Tentang Aktiviti yang Mereka Lakukan

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Mama Papa boleh memulakan topik perbualan dengan menanyakan apa yang telah mereka lakukan pada hari itu.

Mama Papa boleh memulakan dengan bertanyakan “adik belajar apa tadi?” atau “waktu rehat tadi makan apa?”. Pertanyaan sebegini akan membuatkan anak-anak lebih berseronok untuk bercerita tentang pengalaman pertama yang mereka alami pada hari tersebut.

Dengan itu, mereka pasti akan rasa teruja untuk ke sekolah kerana tak sabar untuk bercerita dengan mak ayah serta merasa pengalama yang lain pula.

Sekiranya anak tidak tertarik dengan soalan tersebut, mungkin Mama Papa boleh bertanya tentang “Siapa nama kawan adik?” atau “Adik duduk sebelah siapa?”.

Oh ya, yang penting, Mama Papa haruslah berikan tumpuan sepenuhnya pada anak-anak ketika mereka bercerita supaya mereka tidak merasa dipinggirkan. Lagipun anak-anak yang masih kecil ini perlukan perhatian daripada Mama Papa.

Pesan Mama Siti

Mama Papa jangan risau hari pertama selalunya anak akan meragam kerana belum biasa akan persekitaran yang baharu.

Mama Papa juga jangan bersikap tegas berlebihan kerana ini akan menyebabkan anak-anak lebih memberontak. Mama Papa chill-chill je, kalau ikut tips Mama siti ini Insya-Allah anak-anak akan okay saja pada hari pertama nanti.


Mama Papa risau anak ikut serta school trip? Mama Papa perlukan tips? Klik DI SINI.