Anak-anak autisme mempunyai pendidikan yang khas untuk mereka dan mereka juga ditempatkan di kelas yang dikhaskan untuk mereka.
Kepada yang masih tidak tahu, anak-anak autisme sebenarnya boleh mendapatkan pendidikan sama seperti kanak-kanak yang lain.
Mereka boleh didaftarkan di kelas Murid Berkeperluan Khas (MBK). Tetapi sebelum anak-anak bersekolah, Mama Papa yang mempunyai anak istimewa ini, perlu mengajar kemahiran asas kepada dahulu supaya mereka boleh berdikari walaupun bukan sepenuhnya.
Selain itu, kemahiran asas yang diajar oleh Mama Papa dapat meringankan pengurusan oleh guru-guru juga.
Kemahiran Asas Yang Perlu Anak Autisme Kuasai
Berikut adalah perkongsian kemahiran asas daripada Dr. Hasnah Toran untuk Mama Papa sebelum menghantar anak ke sekolah.
1. Kemahiran ke Tandas
Mama Papa harus toilet train anak-anak sebelum mereka mula bersekolah. Disarankan untuk anda melatih mereka 2 atau 3 bulan lebih awal supaya mereka dapat belajar dan membiasakan diri menggunakan tandas sendiri.
Mama Papa juga harus mengajar mereka cara membersihkan diri mereka juga. Ini adalah supaya anak-anak kurang bergantung kepada guru. Kerana kalau anak-anak bersekolah di kerajaan guru akan memantau pelajar lebih kurang 6 atau 7 orang pelajar. Jadi guru tidak boleh memfokuskan kepada seorang pelajar sahaja.
Toilet train ini suatu perkara sukar sedikit bagi mereka tetapi kalau diajar lebih awal, anak-anak akan cepat belajar dan membiasakan diri. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan perasaan takut mereka apabila bersendirian di dalam tandas.
2. Kemahiran Tingkah Laku
Mama Papa perlu pastikan anak-anak tidak mempunyai tingkah laku yang negatif, terlalu agresif dan suka mengganggu orang lain. Ini akan menganggu konsentrasi kawan-kawan yang sedang belajar.
3. Kemahiran Asas Berkomunikasi
Anak-anak autisme ini akan mengalami kesukaran untuk bertutur seperti anak-anak normal. Ada juga yang boleh bertutur tetapi perkataan yang disebut tidak terlalu jelas untuk difahami.
Mama Papa boleh cuba dengan mengajar mereka menggunakan bahasa isyarat atau flash card. Ia lebih mudah untuk mereka faham dan senang untuk diingati. Mama Papa boleh mulakan dengan yang asas dahulu seperti makan dan minum.
Apabila anak-anak sudah mula mengingati dan memahami, bolehlah Mama Papa ajar yang lain pula.
Kalau anak-anak menggunakan flash card untuk mereka berkomunikasi Mama Papa mintalah kebenaran kepada guru untuk membawanya. Sekiranya anak mahukan apa-apa senanglah mereka tunjuk sahaja flash card tersebut.
4. Kemahiran Patuh Arahan
Untuk permulaan, Mama Papa berikan arahan yang simple sahaja kepada anak-anak. Jangan terus beri arahan yang sukar untuk mereka fahami. Penerimaan arahan yang diberikan tidak sama dengan anak-anak normal.
Kebanyakkan anak-anak autisme ini lebih mudah untuk mendengar arahan daripada Mama Papa atau dengan individu yang mereka rapat.
Kemahiran ini diajar supaya di dalam kelas nanti arahan yang diberikan oleh guru akan mudah diikuti. Dan guru tidak perlu untuk mengulangnya arahan yang sama banyak kali.
5. Kemahiran Fokus dalam Pembelajaran
Sebelum anak-anak masuk ke alam persekolahan, Mama Papa perlu latih mereka untuk fokus semasa Mama Papa mengajar mereka. Tidak perlu ambil masa yang lama cukup 15 atau 20 minit sudah memadai.
Mama Papa perlu banyak-banyak bersabar melayan karenah anak-anak di fasa permulaan ini. Ini kerana, anak-anak baru hendak belajar untuk fokus dalam masa yang agak lama bagi mereka.
Kalau mereka berjaya fokus dalam 10 minit pun itu sudah dikira satu kejayaan. Jangan terlalu memaksa mereka ye Mama Papa. Ajar mereka perlahan-lahan sampai mereka boleh terima situasi ini. Kemahiran ini juga dapat memudahkan tugas guru di dalam kelas nanti.
6. Kemahiran untuk Belajar dalam Kumpulan Kecil
Kemahiran ini adalah untuk melatih anak-anak supaya mampu berdikari serta dapat memberi kerjasama dengan kawan-kawan yang lain. Kemahiran ini perlu dilatih untuk mengelakkan daripada anak-anak bergantung dengan guru sepenuhnya.
Sekiranya anak-anak terlalu bergantung kepada guru, ia mungkin akan menyebabkan kesukaran dalam proses pembelajaran. Guru juga tidak boleh memberi perhatian penuh kepada anak Mama Papa sahaja kerana guru perlu pantau anak-anak yang lain.
Anak autisme atau normal sama sahaja Mama Papa, cuma untuk anak yang istimewa, mereka memerlukan masa yang sedikit lama untuk biasakan diri.
Lagipun mereka ini sebenarnya bijak. Kitalah yang harus banyakkan bersabar semasa train mereka. Lagipun kemahiran asas yang diajar sebenarnya baik untuk mereka dalam jangka masa yang panjang serta dapat meringankan beban guru ketika anak-anak di sekolah.
Jom Mama Papa ajar anak-anak mencuba pelbagai aktiviti yang baik untuk perkembangan mereka di SINI.