KelabMama

Amalkan 3 Tips Ini Untuk Lembutkan Hati Anak

Daripada Jadi Ketam, Baik Amalkan 3 Tips Ini Untuk Lembutkan Hati Anak

Macam mana lah nak lembutkan hati si manja mama ni? Kecil-kecil dah pandai betul melawan. Ada saja yang tak kena di matanya…

Anak-anak yang masih kecil ni memang kuat betul meragam. Mama Siti dulu pun kadang-kadang rasa nak meletup kepala melayankan kerenah si kecil. Mana taknya, kalau tak kena dengan angin dia sikit, kadang-kadang barang mainan pun dilemparnya.

Nak marah tak sampai hati, nak pukul apatah lagi. Jadi, kita pun mengalah saja, ikutkan segala apa yang dia nak. Tapi tipulah kalau Mama Siti kata asyik mengalah saja. Kadang-kadang tu sikap keras kepala dan kedegilan anak tu boleh menguji kesabaran Mama Siti juga.

Tapi apa nak buat kalau anak selalu tantrum, tak nak dengar kata mama? Takkanlah kita nak angkat tangan kan? Jadi Mama Siti akan kongsikan 3 tips nak lembutkan hati anak-anak daripada Puan Salinda Sopian. Mama boleh amalkan tips ni, InshaAllah menjadi!

Lembutkan Hati Anak-Anak

Kadang-kadang saya geram dengan Syifaa ni. Mana tak nya, kadang-kadang tak nak dengar cakap langsung.

Dah cakap jangan main, nak main juga. Bila dilarang, mula lah menjerit dan menangis.

Kebiasaannya memang saya abaikan sahaja jeritan dan tangisan dia tu. Tapi kadang kala terganggu juga emosi saya.

Saya amalkan 3 tips mudah ini untuk lembutkan hati anak-anak supaya mereka mudah menerima nasihat dan perkara yang baik.

Tidur

Ya Latiff merupakan zikir pelembut hati untuk melembutkan hati yang keras.

Ketika anak-anak tidur saya akan baca ‘Ya Latif’ dan tiupkan di ubun anak-anak.

Ya Latif adalah salah satu dari nama-nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut.

Semasa tiup tu, doalah pada Allah supaya hati mereka lembut.

Basuh Beras

Semestinya ibu-ibu akan memasak nasi setiap hari untuk keluarga, bukan?

Sambil membasuh beras mama digalakkan juga untuk berselawat.

Sewaktu basuh beras tersebut, boleh amalkan langkah ini;

Waktu Bermain

Masa tengah layan anak-anak main tu, saya saja-saja bisikkan kat telinga anak-anak.

“Dhuha dan Syifaa good girl. Dhuha dan Syifaa dengar cakap Ummi kan.”

Ibu bapa sentiasa menjadi contoh utama kepada anak-anak mereka.

Walaupun dua beradik tu macam tak dengar, sibuk bermain, tapi sebenarnya kata-kata saya itu masuk ke hati dan minda mereka.

Nota Kaki

Yang paling penting, jangan sesekali mak ayah menunjukkan kemarahan yang tidak terkawal sekiranya anak tak nak dengar cakap kita.

Kalau nak anak lembut hati, tak kan mak ayah pula yang nak mengamuk sana sini.

Tak ke begitu? Belajar sesuatu?

Sumber: Salinda Sopian

BACA JUGA PERKEMBANGAN MENTAL SI KECIL YANG MAMA DAN PAPA WAJIB TAHU

Pesan Mama Siti:

Selain daripada 3 cara ni, mama juga boleh berdoa dengan Allah SWT semoga anak-anak mama tak degil, sentiasa dengar cakap mama. Doa tu kan senjata umat Islam. Jadi, jangan putus berdoa untuk anak mama. Mama dah lupa ke doa seorang ibu kepada anaknya sangat mustajab? InshaAllah, usaha mama akan dapat perbaiki komunikasi dan hubungan mama dengan anak mama.