KelabMama

10 Cara Terkini dan Berkesan Latih Anak Amalan Menabung Sejak Kecil

mak ayah ajar anak perempuan amalan menabung

Kata orang ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Dan ini termasuklah ‘financial literacy’. Masa anak-anak masih kecil lah kita kena dedahkan dengan amalan menabung. 

Namun bagi memastikan ianya berjaya, ada teknik yang mesti dilakukan agar usaha ini tidak sia-sia. 

Kali ini, Mama Siti bawakan 10 tips ajar anak menabung dari kecil tanpa paksaan atau hukuman. Ayuh, kita lihat lebih lagi. 

10 Cara Didik Amalan Menabung Dalam Diri Anak Sejak Kecil

#1 Konsep Menabung

Kredit gambar: Freepik

Perkara pertama sekali yang perlu diperkenalkan kepada anak-anak ialah cara membezakan keperluan dan kemahuan. 

Mama boleh ambil kesempatan ini untuk mengaplikasikan hierarki Maslow bermula dari keperluan asas hinggalah keperluan pencapaian diri. 

Lebih awal Mama beri pendedahan, lebih baik. Ini kerana anak-anak yang masih kecil memerlukan masa memahami konsep menabung. 

#2 Berdikari 

Izinkan mereka mencari duit sendiri. Cara ini memberikan anak-anak peluang berusaha dan menyimpan wang yang diperolehi. 

Secara tak langsung, anak-anak belajar tentang sifat percaya diri dan bertanggungjawab kepada diri sendiri. 

#3 “Kenapa Kena Menabung?”

Kredit gambar: economictimes.indiatimes.com

Boleh jadi anak-anak akan bertanyakan soalan yang serupa. Jadi apa kita perlu lakukan ketika menghadapi situasi yang sama?

Bantu mereka mencari sebab untuk menabung. Dengan wujudnya matlamat, maka akan datang motivasi. 

Contohnya, ada mainan yang mereka sangat berkenan. Menabung ialah salah satu cara mendapatkan mainan tersebut. 

#4 Kaedah Penyimpanan

@ayrayik

Tabung digital comel! Boleh ajar anak menabung, mesti seronok kalau dapat ni #tabungbudak #tabungduitviral #tabungdigital #tabungdigitalmurah

♬ Simple, light and bright song – Kohrogi

Cadangan Mama Siti, sediakan tabung khusus bagi yang berumur 4 hingga 6 tahun. Manakala bagi anak yang berumur 7 tahun ke atas, simpan di dalam bank. 

Ini kerana anak yang masih kecil belum faham sepenuhnya konsep menyimpan duit di dalam bank. 

#5 Sistem Rekod 

Kredit gambar: Kosmo Digital

Latihan amalan menabung yang berjaya adalah dengan merekodkan setiap duit yang diterima dan dibelanjakan. 

Contohnya, tulis jumlah duit belanja sekolah yang diterima. Kemudian, senaraikan item yang dibeli beserta harganya sekali. Akhir sekali, baki wang belanja tersebut sebagai duit tabung.

 Namun begitu, amalan menabung terbaik ialah apabila kita menyimpan sebahagian duit yang diterima kemudian barulah dibelanjakan baki yang tinggal. 

#6 Insentif Simpanan

Kredit gambar: Aku Pedagang jawa

Sama seperti kaedah menabung melalui bank. Ianya menguntungkan penyimpan kerana mereka seolah-olah mendapat wang tambahan dalam akaun simpanan. 

Mama juga boleh aplikasikan idea yang sama kepada anak-anak. Contohnya, apabila mereka berjaya menyimpan RM 300, Mama akan berikan tambahan 10% ke dalam tabung mereka. 

Selain itu, Mama juga boleh berikan insentif dalam bentuk hadiah. Contohnya, Superkids Club Activity Box. Ada banyak lagi idea ganjaran untuk anak yang menabung di laman sesawang SuperKids.

#7 Belajar Dari Kesilapan 

Kesilapan akan berlaku dalam proses menabung. Anak-anak mungkin akan menggunakan kebanyakkan wang mereka membeli item yang menarik perhatian mereka hingga lupa dengan matlamat asal. 

Apabila berlaku situasi ini, tugas ini adalah untuk menenangkan mereka dan menyuntik komen-komen membina agar mereka tetap semangat untuk menabung. 

#8 Jadi Pemiutang Anak-Anak

Mama boleh tawarkan untuk membayar terlebih dahulu jika mereka belum cukup tabungan ketika ingin membeli sesuatu. Kemudian, mereka perlu membayarnya semula kepada Mama sehingga jumlahnya langsai. 

Pendedahan ini memberikan pengalaman kepentingan membayar semula hutang dan rasa tanggungjawab ke atas setiap keputusan yang dipilih. 

#9 ‘Money Talk

Kredit gambar: the-best-childrens-books.org

Semakin kerap anak mendengar perbincangan mengenai kewangan, semakin mudah Mama dan Papa dapat memupuk minat mereka. 

Sediakan buku kanak-kanak yang berkaitan dengan amalan menabung. Selain itu, mainkan rancangan di televisyen agar mereka cenderung untuk menabung.   

#10 Jadi Contoh Teladan

Ada istilah bahasa Inggeris yang berbunyi ‘money see, monkey do’. Anak-anak cenderung meniru perbuatan yang mereka lihat. 

Lebih-lebih lagi ketika usia mereka dalam lingkungan 1 hingga 6 tahun. Perkembangan minda kanak-kanak sangat aktif di usia ini. 

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa lah yang perlu menunjukkan contoh teladan amalan menabung. 

Kredit gambar: Freepik

Kalau kecil-kecil dah tahu pasal menabung, kan senang. Tak adalah nanti dah besar rasa kekok nak simpan duit. 

Proses menabung sebenarnya bermula dari perancangan kita memperolehi wang. Disebabkan itulah, kita perlu izinkan anak berdikari mencari wang sendiri walaupun mereka masih kecil. 

Semoga lebih ramai lagi dapat memupuk amalan menabung melalui perkongsian ini. 


Dapatkan lebih banyak tips keibubapan dan rumah tangga di SINI!