Awal Muharam ialah hari penting bagi umat Islam, kerana ia menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Islam. Diambil dari tarikh hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah. Umat Islam digalakkan untuk menghayati dan mempraktikkan konsep hijrah ini dalam kehidupan mereka.
Ini bukan bermaksud perlu berpindah fizikal setiap tahun, tetapi mencakupi perubahan dari sifat yang tidak baik kepada yang lebih baik, yang juga dianggap sebagai hijrah.
Jadi apa amalan yang kita boleh lakukan pada awal muharam ini? Jom baca apa amalan atau doa yang kita sama-sama boleh lakukan pada hari tersebut.
Apa Maksud Bulan Muharam Ini?
Jom Mama Siti ceritakan sedikit tentang bulan Muharam ni.
Nama “Muharam” itu sendiri berasal dari kata “haram,” yang bermaksud terlarang. Ini menunjukkan betapa pentingnya bulan ini, di mana peperangan dan pertumpahan darah dilarang untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan umat.
Selain itu, pada 10 Muharam pula umat Islam akan memperingati Hari Asyura, yang menandakan penyelamatan Nabi Musa A.S. dan pengikutnya dari Firaun, serta peristiwa kesyahidan cucu Nabi Muhammad S.A.W., Imam Husain, dalam pertempuran Karbala.
Amalan Sunnah Berpuasa di Bulan Muharam
“Sabda Rasulullah S.A.W bersabda : Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram dan solat paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam”
(Muslim, Riyadhussalihin, Kitab Al Fadhail 117)
Puasa di bulan Muharam adalah seafdhal puasa selepas kita berpuasa pada bulan Ramadan, kerana Muharam ini awal tahun Hijriah jadi sangat digalakkan dengan amalan berpuasa yang berupakan amalan yang paling utama.
“Sabda Rasulullah S.A.W bersabda : Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram dan solat paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam”
(Muslim, Riyadhussalihin, Kitab Al Fadhail 117)
Ada tiga jenis puasa di bulan Muharam yang Mama Papa boleh berpuasa bersama-sama dengan anak-anak.
1. Puasa Tasu’a
Disunatkan juga berpuasa pada hari sebelum Asyura, iaitu pada 9 Muharam, untuk membezakan amalan umat Islam dengan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika aku masih hidup tahun depan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Tasu’a).” (Hadis Riwayat Muslim).
Lafaz Niat Puasa Tasu’a
نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Maksudnya: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”
Untuk pengetahuan Mama Papa puasa Tasu’a tahun ini jatuh pada 15 Julai iaitu hari Isnin.
2. Puasa Asyura
Puasa pada hari Asyura adalah puasa yang paling digalakkan untuk berpuasa dalam bulan Muharam. Selain berpuasa pada 10 Muharam, kita juga akan melalukan aktiviti memasak bubur Asyura juga.
Rasulullah SAW bersabda, “Puasa pada hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim).
Niat Puasa Hari ‘Asyura
نَوَيْتُ صَوْم عَاشُورَاء سُنَّة لله تَعَالى
Nawaitu Sauma ‘Asyura Sunnata Lillahita’ala
Maksudnya : “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”
Untuk puasa Asyura ini 10 Muharam pada 16 Julai hari Selasa, lebih kurang seminggu selepas 1 Muharam.
3. Puasa Hari Putih
Puasa hari putih atau puasa Ayyaamul Bidh adalah puasa sunat yang dilakukan setiap pertengahan bulan Islam, iaitu pada 13, 14, dan 15 hari bulan. Kecuali pada 13 Dzulhijjah (Hari Tasyrik).
Puasa ini dinamakan puasa hari putih kerana pada malam-malam tersebut, bulan mengambang penuh dan berada dalam keadaan paling cerah, menerangi muka bumi.
Lafaz Niat Puasa Putih
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى.
Nawaitu Sauma Ayyaamal Bidh Sunnatan Lillahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Mama Papa boleh mulakan puasa putih bermula dari 13, 14, 15 Muharam pada 19, 20, 21 Julai.
Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun (1445H) dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445 Hijrah bersamaan 6 Julai 2024 Masihi (Sabtu).
Doa Awal Tahun
Doa awal tahun (1446H) dibaca selepas menyempurnakan solat fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1445, bersamaan 6 Julai 2024 (malam 1 Muharram 1446H). Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh Hijri (Hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.
Kalau Mama Papa risau terlupa, Mama Siti suggest letak reminder pada phone Mama Papa, senang sikit jadi tak terlepas peluang untuk berpuasa di bulan Muharam ini. Oh ye, jangan lupa ajak anak-anak berpuasa sekali.
Amalkan doa ini untuk hilangkan perasaan gemuruh Mama Papa. Klik di SINI.