Lagi bayi maut dalam keadaan kejam dan menyayat hati. Hati ibu mana yang tidak sedih dan pilu apabila melihat mayat bayinya rentung dibakar dalam ketuhar selepas disumbat oleh datuknya sendiri. Datuk kepada mangsa, Maxim Sagalakov dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian di Russia, pada Selasa lalu.
Bayi Dijaga Datuk Nenek
Ibu kepada mangsa, Viktoria Sagalakov, 20, meninggalkan bayinya yang berusia 11 bulan untuk dijaga oleh kedua ibu bapanya di rumah keluargan mereka di kampung Kharoy.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan DailyMail UK, datuk dan nenek mangsa yang masing-masing berumur 47 dan 42 tahun itu berada dibawah pengaruh alkohol. Mereka dipercayai telah membakar bayi berkenaan pada suhu tinggi dalam ketuhar di rumah mereka.
Menurut kenyataan seorang Pegawai Jawatankuasa Siasatan,
Datuk dan nenek mangsa dipercayai mabuk dan membunuh bayi itu,
Kedua-dua suspek kini telah ditahan dan kes itu siasat sebagai pembunuhan sengaja terhadap kanak-kanak.
Mesej si Ibu
Sementara itu, ibu mangsa telah meninggalkan mesej penuh emosi di media sosial.
Bersemadilah dengan tenang, anak ku. Anak ku, kesakitan ini tidak akan hilang walaupun untuk seminit. Bagaimana ibu nak teruskan kehidupan ini jika kamu tiada di sini? Ibu tak boleh memeluk kamu. Hanya gambar kamu yang ada dengan ibu.
Bahayanya pengaruh alkohol hingga boleh menyebabkan kematian mahupun kecelakaan pada orang lain. Anda harus ingat, jika tak sayangkan diri sendiri pun, jangan la bahayakan nyawa orang lain. Kejam namanya!