Papa tahu tak nak guna alatan atau tools untuk baiki peralatan dirumah? Kalau Papa luangkan masa yang cukup di rumah, mesti Papa akan mula melihat perkara-perkara kecil di sekeliling ruang yang perlu dibaiki contohnya pintu yang tidak dapat ditutup dengan betul atau handle dan pemegang tangan yang longgar.
Kalau Papa baru ingin mencuba aktiviti DIY, atau tak sabar untuk tunggu kontraktor, Papa boleh dengan mudah selesaikan macam-macam pembaikan rumah dengan satu set alatan asas.
Papa boleh mendapatkan tool kit asas yang murah dan kemudian menaik taraf alatan tertentu secara perlahan sambil menyiapkan kerosakan yang kritikan dan memperoleh lebih banyak kemahiran.
Berikut adalah beberapa alatan yang perlu ada di rumah, dan Papa perlu mahir menggunakan.
5 Alatan Yang Papa Perlu Tahu Cara Penggunaannya
#1 Pemutar Skru Pelbagai Mata
Kebanyakan peralatan di rumah Papa akan diikat dengan skru. Pemutar skru yang biasa dikenali ialah pemutar skru mata philip atau bunga, dan pemutar skru matara rata atau flat. Terdapat pelbagai lagi jenis mata skru, dan setiap skru punyai saiz dan pemutar skru yang sepadan.
Untuk memudahkan kerja, Papa boleh beli set pemutar skru mata boleh laras untuk menukar mata pemutar skru mengikut jenis dan saiz yang sesuai. Papa juga boleh memilih untuk membeli set pemutar skru bergantung kepada bajet Papa.
NOTA PENTING: Membuka skru menggunakan pemutar skru yang tidak padan akan menyebabkan mata skru haus dan tidak boleh dibuka dengan cara biasa!
#2 Chordless
Sama seperti pemutar skru, drill tanpa wayar atau lebih dipanggil chordless dapat membuka ikatan pelbagai jenis skru, namun bukan itu sahaja! Chordless ialah satu tool yang mempunyai pelbagai fungsi.
Satu chordless mempunyai pelbagai mata yang boleh dipasang pada muncungnya. Kalau Papa mahir menggunakan Chordless kerja akan menjadi lebih mudah. Membuka skru akan menjadi lebih cepat, dan dapat membuka banyak skru dalam masa yang singkat.
Bukan sekadar membuka skru, chordless juga boleh digunakan untuk menebuk lubang pada apa-apa permukaan, bersesuaian dengan mata bit dan kuasa motor chordless itu.
#3 Pita Pengukur
Sudah jelas dari namanya, pita pengukur akan digunakan dalam mengukur sesuatu, kebiasaannya sesuatu yang panjang seperti kayu, paip dan sebagainya.
Dalam rumah, pita pengukur biasanya digunakan sekiranya papa ingin memasang atau membaiki barangan perabot seperti menukar papan, pada almari, memasang rak, membuat sendiri (DIY) perabot seperti kerusi, atau apa-apa penyangkut.
NOTA PENTING: Hati-hati dengan bilah pita pengukur yang diperbuat daripada aluminium. Bahagian tepi bilah pita pengukur boleh mencederakan tambahan pula jika hujung pita terlepas dan ter tutup dengan tidak sengaja.
#4 Rivet
Selain skru dan cable tie rivet juga merupakan antara pengikat yang bagus. Kegunaan rivet adalah pada barangan yang tidak akan dibuka semula seperti rak untuk meletak pasu dan sebagainya.
Rivet adalah lebih susah dibuka namun lebih kuat dan tidak mudah terbuka atau longgar.
NOTA PENTING: Perhatian juga perlu diberikan pada saiz senapang rivet dan rivet yang digunakan bersesuaian dengan permukaan yang ingin diikat. Senapang rivet yang terlampau kuat akan merosakkan permukaan ikatan, bahkan sehingga boleh memecahkan simen.
#5 Spanar
Spanar selalu digunakan dalam pembaikan bilik mandi. Seperti menggantikan kepala paip mandi yang bocor atau memasang paip baharu.
Spanar yang murah akan mudah longgar semasa anda menggunakannya dan boleh merosakkan sudut nut. Ia juga mempunyai pemegang yang tidak sedap untuk dipegang membuat Papa tidak selesa bekerja dan lebih susah untuk membaiki sesuatu peralatan.
Untuk spanar, boleh cari spanar boleh laras atau set spanar. Kualiti spanar penting untuk keselesaan dan kegunaan yang optimum. Tidak semestinya set mahal, saya sendiri pernah beli spanar di kedai DIY dengan harga yang murah tapi kualiti yang baik.
Pastikan spanar yang Papa beli tidak terlalu halus dan licin, pastikan besi nya padu agar lebih mudah untuk menetapkan spanar pada tempat yang diinginkan.
Fakta Menarik: Bagi orang yang sudah biasa membuat kerja perbaikan atau DIY spanar boleh laras yang agak berat dan berkualiti bagus juga digunakan sebagai tukul bagi aplikasi yang mudah.
NOTA PENTING: Spanar boleh laras perlu dijaga dengan meletakkan grease pada skru larasnya, kerana jika dibiarkan berkarat, skru laras itu akan tersangkut dan menjadi susah untuk dilaras.
Sebenarnya banyak lagi peralatan yang Papa perlu mahir, tetapi dengan 5 alat ini sahaja, papa sudah boleh membaiki kebanyakan kerosakan biasa dan DIY perkara-perkara yang mudah seperti penyangkut, rak dan sebagainya.
Untuk lebih tips buat Papa, klik SINI.