KelabMama

Anak Ada Alahan Telur. Apa Mama Boleh Lakukan?

Anak Ada Alahan Telur. Apa Mama Boleh Lakukan?

Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya. Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.

Berapa Kerap Alahan Ni Terjadi?

Kesan Alahan Telur

Telur adalah antara lapan makanan popular yang boleh menyebabkan alahan.

Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.

Jenis-Jenis Reaksi

Gejala Alahan Dialami Untuk Jangka Masa Kurang Daripada Sehari

Gejala ini termasuk:

Macam Mana Nak Diagnos Anak Ada Alahan Telur?

Ujian Khusus Yang Dilakukan Oleh Pakar

Apa Itu Anafilaksis?

Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.

Tanda-Tanda

Sakit perut, loya dan muntah-muntah antara simptom alahan kepada kanak-kanak.

Rawatan

Untuk semua reaksi alahan, jumpa doktor dengan segera.

Ubat Yang Digunakan Untuk Rawat Alahan Telur

Alahan makanan yang paling ringan akan bertindak balas dengan baik dengan ubat antihistamin yang diberikan secara oral (makan).

Bagaimanakah Anafilaksis Dirawat?

Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera. Mama perlu bawa anak mama ke hospital dengan serta-merta.

Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.

Kalau Anak Mama Alah Telur, Lakukan Ini!

Pastikan hanya bagi anak makan telur yang betul-betul bersih dan direbus hingga masak.

Alahan Telur Boleh Hilang Ke Bila Anak Mama Meningkat Dewasa?

Kebanyakan kanak-kanak berjaya atasi alahan telur. Walau bagaimanapun, bincang dulu dengan doktor sekiranya mama nak masukkan telur dalam menu harian si manja.

Sumber:  MyHealth

BACA JUGA MAMA, TOLONG JANGAN PANDANG REMEH PADA ALAHAN!

Pesan Mama Siti:

So, sekarang mama kena peka. Kalau ada anak mama yang ada alahan telur ni, jangan masukkan telur dalam menu hidangan harian untuknya. Jangan lupa untuk berbincang dengan doktor kalau mama nak mula perkenalkan telur dalam makanan si kecil. Yalah, sebagai ibu mestilah kita nak anak kita membesar dengan sihat, makan segala jenis makanan kan? Consult dengan doktor baru ambil tindakan okay, mama?