Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya. Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa Kerap Alahan Ni Terjadi?
- Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tak diketahui
- Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi
- Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5-7 tahun
Kesan Alahan Telur
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-Jenis Reaksi
- Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit
- Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2-4 jam
Gejala Alahan Dialami Untuk Jangka Masa Kurang Daripada Sehari
Gejala ini termasuk:
- Gatal-gatal, radang kulit (ekzema)
- Muka jadi merah
- Mata berair, bengkak kelopak mata
- Mulut gatal, bengkak bibir
- Tekak perit
- Hidung berair
- Nafas termengah-mengah, batuk
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
Macam Mana Nak Diagnos Anak Ada Alahan Telur?
- Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya
- Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku
Ujian Khusus Yang Dilakukan Oleh Pakar
- Ujian alahan kulit
- RAST (Radio Allergosorbent Test)
- Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat
Apa Itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Tanda-Tanda
- Berasa takut
- Muka menjadi merah
- Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak
- Tekak berasa perit
- Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing)
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Pening
- Tekanan darah rendah
- Denyutan jantung cepat
Rawatan
Untuk semua reaksi alahan, jumpa doktor dengan segera.
Ubat Yang Digunakan Untuk Rawat Alahan Telur
- Antihistamines
- Adrenaline
- Steroid
- Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini
Bagaimanakah Anafilaksis Dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera. Mama perlu bawa anak mama ke hospital dengan serta-merta.
Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Kalau Anak Mama Alah Telur, Lakukan Ini!
- Elakkan daripada makan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk)
- Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur
- Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan
- Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana (jika ada)
- Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak
- Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak
- Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella)
Alahan Telur Boleh Hilang Ke Bila Anak Mama Meningkat Dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya atasi alahan telur. Walau bagaimanapun, bincang dulu dengan doktor sekiranya mama nak masukkan telur dalam menu harian si manja.
Sumber: MyHealth
BACA JUGA MAMA, TOLONG JANGAN PANDANG REMEH PADA ALAHAN!
Pesan Mama Siti:
So, sekarang mama kena peka. Kalau ada anak mama yang ada alahan telur ni, jangan masukkan telur dalam menu hidangan harian untuknya. Jangan lupa untuk berbincang dengan doktor kalau mama nak mula perkenalkan telur dalam makanan si kecil. Yalah, sebagai ibu mestilah kita nak anak kita membesar dengan sihat, makan segala jenis makanan kan? Consult dengan doktor baru ambil tindakan okay, mama?