KelabMama

12 Aktiviti Sensori Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun Yang Baik Untuk Kekuatan Fizikal

Bila anak dah mencecah usia dua hingga tiga tahun, banyak perkembangan yang mereka sepatutnya dah pandai buat. Dalam rangka usia ini, anak-anak mula belajar mengawal emosi, menyusun ayat lengkap dan menjadi lebih kreatif. 

Kebiasaannya pada umur enam tahun, mereka mula diperkenalkan dengan tulisan. Jadi bagi melatih otot tangan untuk menulis, aktiviti pada usia dua hingga tiga tahun mempengaruhi keadaan mereka nanti. 

Selain itu, semakin bertambahnya usia, bertambah juga kemahiran yang perlu dikuasai. Oleh itu, kali ini Mama Siti akan kongsikan 12 aktiviti kanak-kanak bagi umur dua dan tiga tahun. 

Beberapa dari aktiviti di bawah ini tidak memerlukan set up yang rumit. Hanya barang-barang sedia ada di rumah atau di dapur. Jom kenal aktiviti kanak-kanak 2 hingga 3 tahun!

12 Aktiviti Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun

  1. Tanah Liat Buatan Sendiri

Bagi anak main tanah liat tu biasa. Kali ni kita ajak anak-anak buat tanah liat sama-sama pula. Tanpa menggunakan bahan toksik dan cara buat yang mudah.

  1. Turutan Nombor
Kredit gambar: Mspre-k.weebly.com/

Tuliskan nombor pada pelekat dan jadikan sebagai bunga. Kelebihan aktiviti ini ialah meningkatkan koordinasi mata-tangan serta belajar menyebut nombor tanpa pelat.

  1. Belon dan Cat
Kredit gambar: Pinterest

Belon dan cat ialah salah satu penerokaan imaginasi dan daya kreativiti anak-anak. Biarkan anak comot kerana ia membantu sensori jari dan tangan. 

  1. Lampu Kelip-Kelip
Kredit gambar: Pinterest

Aktiviti menyeronokkan yang seterusnya ialah mewarna lampu kelip-kelip. Gunakan jari dan celupkan dalam warna yang berbeza, seterusnya capkan di kertas yang dilukiskan garisan kelip-kelip. Anak belajar mengenal warna dalam aktiviti ini. 

  1. Beras dan Ais
Kredit gambar: Pinterest

Ingat tak dulu ada rancangan di TVIQ bertajuk sains comot. Mama Siti suka betul Profesor Comot tu sebab dia selalu buat aktiviti sains dengan bahan yang selalu ada di rumah. 

Aktiviti seperti ini menggalakkan pemikiran saintifik kepada anak-anak. 

  1. Lukisan Bunga Api

Ada gulungan tisu? Ada pewarna? Tak kisahlah pewarna makanan atau cat lukisan. Gunakan dua bahan ni sahaja dah boleh buat karya kreatif tau. 

  1. Mengenal Bentuk
Kredit gambar: Shopee

Kalau ajar secara teori mungkin susah sikit sebab anak pun masih belum banyak pendedahan kan. Jadi, gunakan penutup botol, butang dan barang kitar semula untuk ajar anak-anak bentuk. 

Kenapa barang kitar semula? Sebab nak bagitahu anak, ada barang yang boleh digunakan semula dengan fungsi yang baru.

  1. Asingkan Ikut Warna

Umur dua dan tiga tahun patut kena kenal warna dah tau. Sebab nanti susah nak teruskan proses bermain mereka. Kita mulakan dengan asingkan baju ikut warna. 

Selain bantu anak, kerja rumah kita pun dapat diselesaikan. 

  1. Goallll
Kredit gambar: facebook.com/rasyidah.salleh.7

Masukkan bola dalam bekas. Saiz dan berat bola hendaklah pelbagai seperti ringan dan berat serta besar dan kecil. 

Aktiviti ini melatih kekuatan otot tangan. 

  1. Gosok Gigi Pada Lukisan
Kredit gambar: facebook.com/rasyidah.salleh.7

Kesihatan gigi perlu didedahkan apabila anak sudah mulai tumbuh gigi. Kalau Mama belum pernah bawa anak pergi ke doktor gigi atau ajar menggosok gigi, mulakan dengan melakukan aktiviti ini. 

  1. Terowong
Kredit gambar: Hands On As We Grow

Permainan terowong ini meningkatkan kemahiran memegang dan belajar tentang tarikan graviti. Tak perlu susunan yang mewah atau berwarna-warni. Cukup lekatkan sahaja di dinding. 

  1. Bebaskan Kuasamu
Kredit gambar: bedbathandbeyond.com/

Mama geram tak bila anak conteng dinding rumah? Tapi nak buat macam mana kan, itu dah memang lumrah mereka. 

Bila anak dapat satu ruang khas untuk berkarya, barulah kreativiti mereka menyerlah kan. Macam Spongebob dan Patrick selalu cakap bila mereka main dalam kotak “imaginasi” sambil buat gaya tangan macam pelangi. 

Kesimpulannya, 

Sedarkah Mama sambil-sambil anak membina kekuatan fizikal, kita pun sebenarnya boleh ambil peluang ini mengenal perasaan dan emosi mereka. 

Ya, kawalan emosi perlu diajarkan. Sebab tu, sebagai Mama dan Ayah emosi kita terlebih dahulu yang perlu stabil. Tak adalah nanti nak marah anak tiba-tiba kan. 

Proses tumbesaran anak berlaku dengan pantas. Pejam celik dah boleh cakap. Bila dah besar, ada yang masuk asrama, sambung belajar lah. 

Masa kecil ni lah kita nak bina asas hubungan yang kukuh supaya nanti mereka tahu Mama dan Ayah sebenarnya sangat sayangkan anak-anak. 

Semoga anak-anak kita membesar menjadi seorang yang bijak dan soleh.  Jom teroka aktiviti menarik di cuti sekolah!