Masa untuk tutup buku dan enjoy cuti sekolah ini! Bukan anak je, Mama dan Papa pun perlu luangkan dan nikmati masa bersama anak-anak dan kenali mereka dengan lebih lanjut semasa cuti.
Perlu diingatkan untuk ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga semasa ke tempat awam. Sentiasa menjaga jarak dan kebersihan semasa berada di tempat awam.
Jom tengok aktiviti menarik di tempat-tempat best yang Mama boleh lakukan bersama si manja sempena cuti sekolah kali ini!
5 Aktiviti Seronok Sempena Cuti Sekolah Ini
#1 99 Wonderland Park
Ingin tengok haiwan-haiwan yang menarik di bandar? Jom ke 99 Wonderland Park! Penting buat anak-anak kita mengenali dan belajar tentang haiwan. Haiwan apa yang ada di sini? Haaa, antara haiwan yang ada di sini adalah rusa, meerkat, burung unta dan macam-macam lagi!
Tarikan mereka juga termasuklah, Bird Square, Deer Yard, Duck Lagoon dan sebagainya. Bukan haiwan je ada, tempat santai-santai pun ada seperti Sky Fountain (kawasan tasik), Magical Bridge (158 meters and Love Locks), T-Rex Ring (Mechanical Dinosaurs) dan lain-lain.
Dapatkan tiket di sini! Ia akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan oleh anak Mama!
Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu beroperasi:
- Isnin – Khamis 5:00–11:00pm
- Jumaat 5:00pm–12:00am
- Sabtu 9:00am–4:00pm, 5:00pm–12:00am
- Ahad 9:00am–4:00pm, 5:00–11:00pm
#2 Farm In The City, Seri Kembangan
Mama mahu kenalkan anak-anak pada pelbagai haiwan? Kunjug ke Farm In The City! Bukan sahaja dapat lihat, malah boleh berinteraksi juga dengan haiwan-haiwan yang manja ini. Sebelum pergi, jom kita tengok apa yang menarik di sini? Antara tempat menarik di Farm in the City adalah:
- Lembu dan Burung Unta
- Savannah
- Ladang Sayur Dan Buah-buahan
- Alpaca
- Jungle Walk
Dan macam-macam lagi! Untuk beli tiket, Mama boleh klik di sini ataupun boleh lihat Facebook mereka untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, 43300 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Waktu beroperasi
- Rabu – Isnin: 10:00am-6:00pm
- Sabtu – Ahad: 09:30am-6:00pm
- Ditutup pada setiap hari Selasa, tidak termasuk cuti umum & cuti sekolah.
#3 Beast Park, JUMPA
Anak-anak Mama lasak dan suka bermain? Jom ke Beast Park ni! Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan seperti Ninja course, Lil’Beast course, Fun Cave dan lain-lain.
Hati-hati ya, mungkin mereka akan terlebih enjoy bila datang sini~ Kalau Mama nak buat birthday party ke host event kanak-kanak pun boleh juga host di sini! Untuk lihat harga masuk dengan lebih lanjut, Mama boleh klik di sini.
Alamat: Level 3, JUMPA @ Sungei Wang, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu beroperasi:
- Setiap hari: 10:00am – 6:00pm
#4 KidZania, Curve NX
Yang ni wajib anak Mama experience once in a lifetime! Kenapa dia seronok? Kidzania adalah taman tema yang menawarkan anak-anak Mama untuk berlakon pelbagai kerja daripada ahli bomba sampai lah ke pakar bedah.
Dengan suasana seperti berada di alam pekerjaan, pasti anak-anak Mama rasa teruja mencuba segala jenis perkerjaan yang ada. Untuk dapatkan tiket, boleh klik di sini. Berdekat dengan IKEA, Mama boleh shopping perabot pula lepas tu.
Harga:
- Bayi (0 – 1) – Percuma
- Kanak-kanak kecil (2 – 3) – RM34 – RM48
- Kanak-kanak (4 – 17) – RM70 – RM100
- Dewasa (18 – 60) – RM43 – RM61
- Dewasa (61 – 100+) – Percuma
- Pemegang Kad OKU – Percuma
*KidZania Kuala Lumpur akan beroperasi tanpa tunai, sila pra-pembelian tiket dalam talian.
Alamat: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu beroperasi:
- Rabu – Isnin: 10:00am–6:00 pm
- Tutup pada hari Selasa
#5 Superpark Malaysia, Avenue K
SuperPark ialah taman tema aktiviti dalaman semua-dalam-satu baharu dengan 3 kawasan bertema yang menawarkan lebih 20 aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan bertenaga untuk semua peringkat umur seperti:
- Flying fox
- Tube slide
- Kid’s adventure city
Dan macam-macam lagi! Pergi dulu, dan mesti Mama tak percaya banyak aktiviti menarik yang ditawarkan. Macam mana nak dapatkan tiket? Klik di sini untuk tempah sekarang!
Harga: Mengikut hari
Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Waktu beroperasi:
- Isnin – Khamis: 10:00am –7:30pm
- Jumaat – Sabtu: 9:30am – 9:30pm
- Ahad: 10 pagi–7:30pm
Telefon: 012-301 1040
Wah! Tak sangka banyak juga tempat-tempat dengan aktiviti yang menarik Mama boleh bawa si manja untuk have fun cuti sekolah ni kan? Peringatan untuk sentiasa jaga keselamatan dan kebersihan diri semasa berada di tempat awam.
Sekarang boleh la rancang nak pergi mana! Pastikan Mama buat tempahan awal dan semak apa yang perlu Mama sediakan ataupun perlukan sebelum masuk ke taman tema ini.
Happy holiday from Mama Siti~