Bekerja dari rumah bukanlah lagi asing buat ibu bapa di Malaysia. Kalau dahulu mungkin ramai yang merasakan bekerja dari rumah atau secara ‘remote’ ini merupakan sesuatu yang mustahil, tetapi kini tidak lagi. Sebenarnya, terdapat banyak manfaat bekerja dari rumah ini, terutamanya buat ibu bapa.
Meskipun ada cabaran ketika bekerja di rumah, namun kelebihannya adalah Mama sekalian dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.
Dalam pada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran anak-anak. Walaupun anak-anak boleh belajar ‘online’ atau kelas-kelas dijalankan secara atas talian seperti menggunakan ‘Zoom’ misalnya, ibu bapa bertanggungjawab mencorak pendidikan anak-anak di rumah.
Berdasarkan sebuah kajian ‘New Asian Learning Experience 2019 (NALE)’ yang telah dilaksanakan oleh HP:
92.7% ibu bapa di Malaysia menilai pembelajaran berdasarkan pengalaman sebagai peluang untuk anak-anak mengasah kemahiran berfikir kreatif dan kritis mereka.
Ibu bapa muda di Malaysia juga berpendapat bahawa bahan bercetak merupakan ‘medium’ yang lebih berkesan untuk kemahiran membaca, pemahaman, dan pengetahuan perbendaharaan kata.
83% daripada mereka juga percaya bahawa ‘bonding time’ bersama anak-anak melalui aktiviti pembelajaran merupakan kaedah terbaik dalam membantu meningkatkan kemahiran interpersonal anak-anak.
Kajian NALE juga menunjukkan bahawa bahan bercetak seperti ‘worksheets’, sangat berkesan untuk anak-anak belajar dan menulis perkataan baru.
‘Reinventing Learning’ bersama HP
Untuk memudahkan Mama melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran bersama anak-anak, anda harus menyediakan sebuah mesin pencetak atau ‘printer’ dirumah. HP Malaysia, melalui misi utamanya ‘Reinventing Learning’ bertujuan untuk membantu ibu bapa mengajar anak-anak di rumah dengan pembelajaran berasaskan cetakan.
Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan dengan HP Printer:
#1 Membuat topeng mainan
Tak payah susah-susah nak dapatkan topeng mainan di kedai. Hanya cari beberapa karakter kartun kegemaran anak-anak di internet, dan ‘print’ gambar kartun tersebut. Saya cadangkan untuk cetak gambar karakter kartun hitam putih, jadi bolehlah anak Mama warnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Haa dua dalam satu gitu.
Antara contoh topeng mainan yang boleh dicuba bersama anak-anak adalah topeng beruang, harimau, dan rusa (klik di link untuk muat turun).
#2 Buku Skrap
Mama ingat lagi aktiviti sewaktu zaman kita sekolah dulu? Antara kerja sekolah yang popular (dan menjadi kegemaran ramai) adalah membuat buku skrap – tak kisahlah sebagai nota sesuatu subjek mahupun mengikut kreativiti sendiri.
Inilah masa terbaik untuk Mama boleh ajarkan pada anak-anak pula. Apa yang Mama boleh lakukan adalah:
- Mengenal pasti mata pelajaran yang mereka lemah.
- Kumpulkan nota-nota ringkas bersama anak-anak mengenai subjek tersebut, cetak menggunakan ‘printer’, hias dan lekatkan ke dalam buku skrap bersama-sama.
- Hasilkan sebuah buku skrap yang berwarna-warni dan menarik dengan menggunakan ‘sticker’, pen warna, dan lain-lain.
Untuk membuatkan aktiviti buku skrap ini lebih menyeronokkan, Mama boleh ajak anak-anak untuk hasilkan satu buku skrap khas yang mempamerkan koleksi gambar kenangan bersama keluarga. Pasti lebih bermakna mengenangkan memori bersama!
#3 Belajar Mengira
Mama juga boleh melatih anak Mama dengan belajar mengira melalui cara yang lebih menarik dan berwarna-warni, iaitu dengan mengira bunga!
Mama boleh cetakkan beberapa soalan yang berkaitan dengan kira-kira atau Matematik, dan ‘twist’ soalan tersebut menjadi lebih kreatif. Misalnya, jika soalan tersebut berkaitan dengan bilangan kelopak bunga, anda boleh ‘print’ gambar bunga tersebut dan dengan menggunakan beberapa kertas warna yang lain, biarkan anak Mama lekatkan dan kira kelopak bunga pada gambar. Selain bunga, Mama juga boleh gunakan buah, binatang, dan sebagainya.
#4 Origami atau ‘3D Art’
Aktiviti ini merupakan satu lagi aktiviti yang amat menarik dan menyeronokkan. Lebih menarik, aktiviti ini bagus dalam membantu melatih koordinasi jari anak Mama serta meningkatkan daya pemikiran mereka menjadi lebih kreatif.
Sertai Cabaran HP Little Makers & Menangi Produk HP Bernilai sehingga RM30,000*!
Dalam pada itu, sambil Mama melakukan aktiviti-aktiviti di atas bersama anak Mama, jom lakukan sesuatu yang lebih menarik dan LUMAYAN! Bersempena dengan kempen dan misi utama ‘Reinventing Learning’ bersama HP, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa daripada HP bernilai sehingga RM30,000*!
*Tertakluk kepada terma & syarat.
Mama hanya harus lakukan empat aktiviti DIY bersama anak anda dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan disini untuk menyertai peraduan HP Little Makers Challenge sebelum 7 Mei 2020.
Peraduan ini sangat mudah. Hanya lakukan empat ‘misi’, ambil gambar hasil aktiviti tersebut, dan muat naik ke laman web HP Little Makers Challenge atau di sosial media anda dengan ‘hashtag’ #HPMY, #HPLittleMakers dan #ReinventingLearning.
HP DeskJet Ink Advantage Ultra 4729 All-in-One Printer
Dengan maklumat dan sumber teknologi yang betul, suasana pembelajaran anak-anak di rumah boleh menjadi lebih kondusif dan produktif. Tambahan pula, kalau Mama perasan, ‘printer’ juga bukanlah lagi sekadar pilihan, tetapi keperluan yang harus dimiliki semua keluarga pada zaman sekarang.
‘Printer’ merupakan alat peranti yang penting dalam pembelajaran anak-anak, terutamanya bagi mereka yang berumur 4 hingga 12 tahun. Malah ada masa kita sebagai ibu bapa sendiri harus menggunakannya.
HP DeskJet Ink Advantage Ultra 4729 All-in-One Printer merupakan antara ‘good investment’ untuk sebuah mesin pencetak. Ia berfungsi sebagai mesin mencetak, ‘copy’ dan juga mengimbas – 3 dalam 1! Fungsi ‘wireless’ dan ‘borderless’ pada printer ini pula memudahkan anda untuk mencetak dokumen terus dari HP Smart App di telefon pintar atau tablet, walau dimana anda berada.
HP DeskJet Ink Advantage Ultra 4729 All-in-One Printer ini juga boleh mencetak sehingga 1,500 muka surat (untuk dakwat hitam sahaja) dan menggunakan katrij dakwat kos rendah. Setanding dengan multi-fungsinya, ‘printer’ ini sangat berpatutan dan sesuai untuk dimiliki semua keluarga.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HP, HP Little Makers Challenge dan laman Facebook HP. Luangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah yang dapat membantu tumbesaran dan pembelajaran mereka.
Yang penting, Mama dan Papa harus ‘guide’ dan turut bermain bersama anak-anak. Secara tak langsung, ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak.