Sebagai ibu bapa, ada masa kita keliru dan serba salah, “Oh, anak-anak saya baik-baik sahaja,” atau “Aduh, mereka tak faham apa yang saya ajar atau cara saya yang salah?” “Ada benda yang tak kena ke?”, dan sebagainya.
Sebenarnya, tanggapan ini berbeza mengikut situasi. Sebagai ibu bapa, anda tidak boleh selalu ragu-ragu akan kemampuan anda sebagai ibu bapa – samada baik atau tidak. Sebaliknya, apa yang anda boleh lakukan ialah, anda harus melihat dan mengukur tahap pemikiran anak-anak anda, atau juga dikenali sebagai daya kognitif.
Setiap hari, selami minda anak anda. Sedar atau tidak, anda akan lihat bagaimana mereka sering menghubungkan permainan dalam pembelajaran. Otak anak-anak berkembang dengan cepat, sama seperti tumbesaran mereka. Tindak balas mereka terhadap rangsangan adalah berbeza mengikut peringkat usia.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah dengan memberi anak-anak nutrien yang diperlukan. Di sinilah Similac® Intelli-Pro memainkan peranan. Similac® Intelli-Pro dapat membantu meningkatkan perkembangan kognitif anak anda, supaya mereka dapat belajar dengan lebih cepat sama seperti ketika mereka bermain!
Apa yang menariknya ialah anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membeli alat permainan untuk anak-anak. Terdapat banyak permainan yang boleh dilakukan atau dicipta dengan mudah, dengan hanya menggunakan barang-barang yang ada di rumah.
Umur 1 hingga 2 tahun
Ketika peringkat umur ini, anak-anak lebih gemar untuk bermain sendiri. Mereka tidak terganggu atau pedulikan kanak-kanak lain ketika bermain. Sebaliknya, mereka lebih fokus pada alat permainan mereka. Anak-anak juga lebih gemar untuk mengajak anda duduk bersama mereka sementara mereka bermain. Anda akan melihat karakter dan kelakuan mereka ketika bermain – bagaimana mereka mengambil alat permainan, melihat, dan melemparkannya.
‘Open-ended toys’ atau alat mainan yang tidak menggunakan bateri sangat berguna buat anak-anak ketika umur 1 hingga 2 tahun. Ia boleh meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti mereka, disamping memperkuatkan kemahiran motor mereka. Dibawah merupakan beberapa ‘open-ended toys’ yang Mama boleh lakukan bersama anak-anak:
1. ‘Playdough’ yang tidak beracun dan selamat jika tertelan
Sebelum anak-anak dapat memegang pensil dan belajar menulis, mereka harus tahu apa yang boleh dilakukan oleh jari mereka. Bermain atau menguli ‘playdough’ merupakan cara terbaik untuk membantu meningkatkan kemahiran jari dan tangan mereka.
Dalam masa yang sama, bermain ‘playdough’ merupakan keseronokkan yang berjam-jam bagi anak-anak. Ketika mereka menguli, menggulung, dan meratakan ‘playdough’, sel-sel otak mereka sedang berfikir dengan lebih kreatif.
Sebenarnya sangat mudah untuk anda membuat ‘playdough’ sendiri di rumah. Anda boleh membuat dalam jumlah yang kecil dengan menggunakan warna yang diinginkan. Disebabkan ia mudah rosak, anda boleh terus membuangnya setelah beberapa hari. Anda juga tidak perlu risau sekiranya anak anda memasukkannya ke dalam mulut mereka, kerana yang anda buat sendiri sudah semestinya selamat untuk ditelan. Tapi, ia tidak bermakna anda boleh biarkan anak anda makan begitu sahaja ya!
Lihat cara membuat ‘playdough’ yang tidak beracun dan boleh dimakan di SINI.
2. Kotak kadbod yang kreatif
Sementara banyak masa kita dekat rumah sekarang ini, mesti banyak barang-barang online yang sampai bukan? Selepas Mama dah ‘unboxing’, jangan terus buang atau hantar untuk dikitar semula kotak-kotak tersebut. Sebaiknya, lakukan beberapa aktiviti kreatif dengan anak-anak, dengan menggunakan kotak-kotak itu terlebih dahulu.
Anda boleh berikan ‘magic markers’ yang tidak beracun bersama dengan ‘stickers’ dan biarkan anak-anak menghias kotak tersebut. Untuk kotak-kotak yang besar, anak-anak mungkin akan menggunakannya sebagai rumah permainan atau istana khayalan. Biarkan mereka mencipta dan menghiasi kotak-kotak tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri.
Dalam pada itu, ketika usia ini, anak anda sudah mula berjalan tanpa sokongan atau bertateh. Kotak-kotak kadbod tersebut boleh membantu mereka bergerak dan mengasah tumbesaran mereka seperti menolak, menarik, memukul, menyonteng, memanjat masuk, dan menyusunnya. Lihatlah bagaimana kreatifnya anak anda nanti!
Sebagai alternatif, Mama boleh menjadi lebih kreatif dengan membuat permainan arcade sementara. Sekiranya anda rasakan tidak sesuai untuk menyediakan permainan arcade di rumah, anda boleh menyediakan platform khas untuk anak anda bermain – seperti menghasilkan laluan kereta api dan kereta untuk bermain kereta dan kereta api mainan mereka. Ia pasti akan menggembirakan anda dan anak anda!
3. Mengenali objek
Apabila anak-anak mula pandai mencengkam dan memegang objek, Mama boleh mula memperkenalkan mereka dengan permainan pengenalan objek atau benda yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan membezakan antara bola besar dengan bola kecil atau butang biru dengan butang hijau.
Sekiranya Mama tiada barang yang sesuai untuk dijadikan contoh, apa kata Mama gunakan satu labu bawang putih dengan bawang besar? Hanya sediakan dua bekas yang cukup dengan bahan-bahan yang ingin dipisahkan.
Anak-anak tidak harus melakukannya dengan betul dan tepat. Anda hanya harus biarkan mereka membahagikan bahan-bahan tersebut dengan sedikit bantuan daripada anda. Mama juga tidak harus berasa tertekan sekiranya anak-anak lambat atau tidak dapat melakukannya dengan betul. Biarkan si manja belajar sendiri dan ‘explore’ aktiviti tersebut.
Aktiviti ini memerlukan penggunaan otot utama dan otot-otot ‘minor’ yang lain, bersama dengan kemahiran visual dan kognitif mereka. Oleh itu, tak kisahlah mereka melakukannya dengan tepat mahupun tidak, mereka masih belajar dan dalam proses meningkatkan perkembangan minda dan fizikal mereka.
Umur 3 hingga 4 tahun
Pada peringkat umur ini, anak-anak lebih mengetahui persekitarannya dan akan mula bermain ‘parallel play’ atau bermain dengan rakan-rakan yang lain. Anak anda akan mula berdampingan dengan rakan-rakannya yang lain, walaupun mungkin tidak bermain sekali. Sekiranya anda menghantar anak-anak ke tadika atau pengasuh, anak-anak mungkin akan menunjukkan corak permainan ini – dimana mereka akan lebih bergaul dan bermain dengan rakan-rakan yang lain. Anda juga mungkin akan melihat perkembangan ini jika anda membawanya untuk ‘playdates’.
Jenis permainan yang akan membantu anak anda ketika umur ini adalah ‘constructive play’. Anak-anak boleh memahami dua perkara atau barang dan lebih gembira untuk bermain bersama-sama.
Sebagai contoh, mereka akan mempelajari cara untuk menggayakan anak patung atau menyambungkan kabin kereta api. Dengan kehadiran kanak-kanak yang lain, anak anda akan melihat mereka bermain, dan turut mengikut cara mereka bermain, menyusun, membina, memadankan, atau membuat muzik. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga sedang memasuki tahap ‘pretend play’, oleh itu, adalah lebih baik untuk Mama menyediakan alat permainan atau barang-barang yang boleh meningkatkan daya imaginasi mereka.
Mama boleh cuba memperkenalkan aktiviti ini kepada anak-anak di rumah:
1. Padankan Sayur
Anak-anak sentiasa memerhatikan dan akan mengikuti apa sahaja yang ibu dan ayah mereka lakukan. Apa yang Mama boleh lakukan ialah dengan membenarkan mereka bermain dengan barang-barang yang anda gunakan (elakkan barang-barang yang bahaya ya!). Contohnya, sayur dan buah-buahan. Anak-anak mungkin jadi lebih gembira dan seronok untuk bermain dengan sayuran yang Mama dan Papa gunakan di dapur berbanding dengan alat permainan mereka.
Ambil peluang ini untuk Mama memperkenalkan sayur-sayuran pada anak-anak. Mama boleh biarkan anak kecil bermain dengan mencari sayur-sayuran yang sepadan dengan menampal gambar sayuran tersebut dan biarkan mereka memadankannya dengan sayur yang sebenar. Lebih mudah dan menarik bukan?
Aktiviti ini juga membantu anak-anak menghubungkan antara gambar dan barang-barang yang sebenar. Selain sayur, Mama juga boleh gunakan alatan yang mudah seperti alat tulis atau alat permainan yang sudah ada di rumah. Disamping mereka mempelajari benda-benda baru, anak-anak juga sebenarnya sedang mempelajari perkataan baru.
2. Pembantu Dapur
Gangguan, keadaan rumah yang bersepah, dan tidak teratur mungkin merupakan satu perkara biasa selepas anda mempunyai anak. Kadang-kadang, semuanya seperti tidak pernah teratur. Tapi, bukankah itu juga satu nikmat dan berkat mempunyai seorang anak – dimana ia mengajar anda untuk berhadapan dengan gangguan dan kekacauan tersebut.
Mula-mula mungkin susah, tetapi selepas beberapa ketika, Mama sendiri sudah boleh mengatasi keadaan tersebut. Dan apabila ia berlaku, Mama boleh mengajar anak-anak untuk bersama mengambil bahagian dalam melakukan aktiviti di rumah. Pada usia ini juga sesuai untuk anak-anak turut serta membantu Mama di dapur sebagai ‘pembantu dapur’ cilik yang baru. Mesti lagi meriah dapur Mama!
Ketika anak-anak berumur 3 hingga 4 tahun, tangan mereka menjadi lebih lincah dan aktif. Oleh itu, anda boleh membiarkan anak-anak membantu dengan membuat adunan, memotong ‘sachet’ makanan, menabur keju di atas pizza, atau membuka dan menutup balang. Mama boleh mula melakukan aktiviti ini pada hujung minggu dan lihat resepi menarik ini yang boleh dibuat bersama anak-anak.
3. Membina kubu selimut
Menonton TV atau ‘screen time’ tidak akan meningkatkan kreativiti anak anda. Mama dan Papa adalah tunjang utama yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kognitif anak-anak dengan menggalakkan mereka untuk menggunakan imaginasi mereka. Satu aktiviti yang sesuai adalah ‘membina kubu selimut’. Macam biasa dengar bukan? Alaa, aktiviti yang Mama sendiri pernah main semasa kecil dulu.
Membina kubu selimut tidak mempunyai struktur yang tertentu sewaktu bermain aktiviti ini. Anda dan anak anda boleh membina kubu dengan mengepit selimut tersebut pada sesuatu yang stabil (yang boleh memegang selimut itu) dan kemudian, letakkan alat-alat mainan (atau snek dan hiasan yang lain) ke dalam kubu tersebut.
Aktiviti ini mengajar mereka kemahiran bekerjasama dan berfikir secara kritis; terutama sekali sekiraya kubu tersebut jatuh ke atas lantai (yang akhirnya akan berlaku setelah beberapa ketika). Biarkan anak-anak menggunakan idea daripada daya imaginasi sendiri kerana secara tak langsung, ia akan menambahkan kreativiti mereka. Jangan biarkan mereka berhenti atau mengalah, sebaliknya, tanyakan soalan kepada mereka supaya mereka lebih berfikir dan berimaginasi. Memupuk daya imaginasi dan kreativiti membantu meningkatkan keyakinan anak-anak dimasa hadapan.
Umur 5 hingga 6 tahun
Daya imaginasi dan fantasi anak-anak memuncak lebih tinggi apabila mereka mencapai usia lima hingga enam tahun. Walaupun anda sedang bimbangkan mengenai anak anda yang bakal memasuki alam persekolahan tak lama lagi, anak-anak masih tidak dapat memahami konsep ‘persekolahan’ tersebut. Namun itu tidak bermakna mereka tidak memikirkan hal ini.
Sebaliknya, anak-anak sedang meningkatkan daya pemikiran yang fleksible, disamping berfikir untuk masa hadapan. Mereka akan mula memikirkan situasi yang mungkin akan berlaku dan juga menjadi lebih mahir dalam kemahiran berbahasa dan emosi.
Semasa bermain, mereka akan tertarik dengan aktiviti yang sedang mereka lakukan, dan juga terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain. Ini dikenali sebagai ‘cooperative play’. Malah, anda juga akan perasan bagaimana mereka akan menggunakan lebih banyak perkataan baru untuk menyatakan idea dan konsep yang ingin diperkatakan. Anda boleh menggalakkan lagi kemahiran-kemahiran ini dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti dibawah:
1. Nombor dan bilangan
Belajar mengenali nombor tidak semestinya akan membosankan, dan ia juga tidak hanya dihadkan kepada membilang objek di atas kertas sahaja.
Sebagai ibu bapa, anda mungkin sudah banyak kali menggunakan tisu basah atau tisu bayi. Jangan buang plastik bungkusan tisu basah tersebut terlebih dahulu! Apa yang anda boleh buat ialah, potong bungkusan aluminium dan simpan penutupnya. Sama seperti di dalam gambar, anda boleh melekatkan sehelai kertas dengan nombor bercetak atau yang ditulis, dan biarkan anak anda mengira atau menambahkan manik (atau kacang) ke dalam ruang yang disediakan.
Melalui aktiviti ini, anak-anak anda boleh belajar menghubungkan angka tersebut dengan jumlah yang sebenar, disamping meningkatkan kemahiran pengecaman.
2. Blok binaan dan LEGO
Siapa sahaja yang tidak gemar atau boleh menafikan manfaat yang diperoleh dengan bermain blok binaan bukan? Aktiviti ini sebenarnya sangat penting ketika anak-anak berada di tahun akhir prasekolah mereka. Blok binaan dan lego didatangi dalam pelbagai bentuk dan warna yang terang dan menarik.
Menghasilkan karakter dengan blok-blok penyambung (atau kotak mancis) boleh membantu meningkatkan kemahiran ‘fine motor’ dan kreativiti anak-anak. Ia memerlukan beberapa teknik dan kemahiran kejuruteraan dan sains untuk menghasilkan binaan tersebut. Lebih menarik sekiranya anak-anak bermain bersama rakan-rakan mereka dimana ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menghasilkan binaan yang diinginkan.
Selain daripada membiarkan anak-anak menggunakan blok binaan mahupun lego, Mama juga boleh mengajak mereka turut serta membaiki perabot DIY di rumah. Mereka boleh membantu dengan memegang perabot tersebut. Anak-anak yang melihat dan terlibat secara tidak langsung akan menggunakan ‘sesi pembelajaran’ ini ketika bermain dan sangat berguna untuk masa hadapan.
3. Tingkap yang berseni dan berwarna-warni
Aktiviti ini dapat menggembirakan seisi keluarga. Betul anak-anak boleh melukis dan mengecat di atas kertas, tapi apa salahnya kita ubah aktiviti tersebut menjadi sesuatu yang lebih menarik bukan? Anda boleh menghiasi tingkap rumah dengan gam dan cat akrilik seperti dalam tutorial ini.
Aktiviti melukis dan menghasilkan kraftangan sebenarnya mengaktifkan bahagian otak kanak mereka. Kemahiran berfikir secara logik dan daya penyelesaian masalah pula berfungsi dibahagian kiri otak. Dengan menggalakkan penggunaan kedua-dua bahagian otak si manja, ia dapat membantu dalam kembangan kognitif yang seimbang.
Tak kisahlah apa sahaja cara atau aktiviti yang dilakukan, aktiviti yang berkaitan dengan seni adalah sangat penting. Ia dapat membantu anak-anak meluahkan perasaan dan menjadi lebih ‘expressive’ secara tidak langsung. Warna membangkitkan emosi dan menggunakan alat untuk melukis pula membantu mengembangkan kemahiran pergerakan tangan dan minda mereka.
Nutrien Penting untuk Anak Anda
Selain daripada sumber pembelajaran yang betul, Mama juga harus berikan ‘brain food’ yang penting buat anak anda supaya mudah untuk mereka berinspirasi. Hal ini kerana, inspirasi dapat meningkatkan kreativiti dan idea anak-anak.
Antara sumber ‘brain food’ yang terpenting ialah susu. Susu mengandungi pelbagai vitamin, mineral, dan nutrien lain yang diperlukan oleh anak-anak untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Similac® Intelli-Pro
Similac® Intelli-Pro merupakan susu yang sangat disyorkan untuk anak anda. Similac® Intelli-Pro mengandungi DHA + 7 serta rumusan minyak sayuran unik (seperti minyak bunga matahari yang kaya dengan asid oleic, minyak kacang soya dan minyak kelapa) untuk penyerapan nutrisi seperti DHA, Vitamin A dan Kalsium yang optimum.
Bukan itu sahaja, nutrien DHA+7 juga membantu dalam perkembangan mental dan fizikal yang optimum. Similac® Intelli-Pro juga mengandungi Omega 6 untuk menyokong perkembangan kognitif dan kaya dengan Kalsium untuk tulang yang sihat dan kuat.
Dapatkan Krayon/Pensil Warna Faber-Castell Edisi Terhad Percuma, dan Jadi Sebahagian Daripada Sebuah Filem!
Apa? Maksudnya anak saya berpeluang berlakon filem ke?!
Okay, sabar ye Mama. Pertama sekali, anda berperluang menebus krayon atau pensil warna Faber-Castell edisi terhad PERCUMA dengan pembelian dua Similac® Intelli-Pro 1.2KG Langkah 3 atau Langkah 4.
Dengan krayon dan pensil warna tersebut, ini akan menggalakkan anak anda untuk menjadi lebih kreatif dengan menghasilkan karakter yang unik. Hantar hasil karakter tersebut dan karya anak anda mungkin berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada filem yang diarahkan oleh kanak-kanak di Malaysia yang PERTAMA!
Inilah peluang terbaik untuk anda meluangkan lebih banyak masa bersama anak anda. Dapatkan Similac® Intelli-Pro, lakukan pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah bersama-sama, dan sertai peraduan #Play&Learn sekarang!
Peraduan bermula daripada 1 Jun hingga 31 Julai 2020. Dapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan #Play&Learn bersama Similac® di sini. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk layari abbottnutrition.com.my untuk memenuhi keperluan nutrisi anak anda.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood.com.my.