Mama dah bawa anak-anak bercuti ke mana sempena cuti sekolah ni? Sinonim dengan cuti sekolah yang panjang, pelbagai aktiviti menarik yang Mama sekeluarga boleh lakukan bersama anak-anak Mama. Haa masa anak-anak bercuti inilah masa terbaik untuk anda luangkan masa yang berkualiti dengan mereka. Tak salah pun kalau ambil cuti beberapa hari hanya untuk bergembira bersama yang tersayang bukan?
Untuk habiskan cuti sekolah dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk seisi keluarga, Sunway Velocity Mall menyediakan pelbagai aktiviti dan acara menarik untuk semua peringkat usia. Bersempena dengan cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas Disember ini, Sunway Velocity Mall kini dihias indah bagaikan anda berada di Finland! Bertemakan “The Great Christmas Market”, ruang Main Atrium di Ground Floor Sunway Velocity Mall dipenuhi dengan hiasan lampu-lampu cantik pokok krismas, salji, serta sebuah Pekan Krismas Finland yang diilhamkan daripada Santa Claus Village yang terletak di Rovaniemi, kampung halaman rasmi Santa Claus.
22 Nov – 26 Dis 2019 di Main Atrium, GF Sunway Velocity Mall
Di bawah merupakan aktiviti dan acara yang menanti Mama sekeluarga di Sunway Velocity Mall:
- Snow Globe Making
- Baubles Painting
- Reindeer Painting
- Christmas Dance & Christmas Carol.
DIY Himmeli: Mama sekeluarga boleh belajar untuk membuat Himmeli, sejenis perhiasan mudah alih tradisional Finland. Menurut tradisi masyarakat Finland, Himmeli diperbuat daripada jerami atau buluh. Hiasan ini biasanya digantung di meja makan sebagai tradisi musim cuti seperti Krismas.
Meet & Greet bersama Santa: Bukan musim Krismas lah kalau tak ada Santa bukan? Bersempena dengan The Great Christmas Market, Mama dan anak-anak boleh bergambar dan berjumpa dengan Encik Santa di Santa Claus Village!
Hantar ucapan Krismas istimewa di Pejabat Pos Santa!
Selain itu, Mama juga boleh menghantar ucapan Krismas yang istimewa serta wishlist Krismas anda di kabin Pejabat Pos Santa. Bersempena dengan Kempen CSR Sunway Velocity Mall “This is Us”, anda juga boleh membuat ucapan krismas yang dituju khas buat kanak-kanak Sindrom Down di Kiwanis Down Syndrome Foundation dan Persatuan Sindrom Down Malaysia. Pihak Sunway Velocity Mall akan menghantar sendiri ucapan-ucapan Krismas tersebut untuk menceriakan sambutan Krismas mereka.
Anda juga boleh meneruskan aktiviti membeli-belah di Pekan Krismas Finland yang terdiri daripada pelbagai kedai dan gerai berjenama seperti The Body Shop, Fragrance by Parkson, Royce Chocolate, Dunkin Donuts, Inside Scoop, Little Pleasures, TeaOne Life Concept, dan banyak lagi!
Peluang Bergambar Yang Insta-worthy!
Dalam pada itu, Mama jangan lupa untuk bergambar bersama hiasan rusa, lampu-lampu, dan pokok Krismas yang cantik dengan pelbagai hadiah di laman Krismas. Anda juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa apabila anda memasuki Bilik Infiniti 360° yang dilitupi salji. Semestinya sangat Insta-worthy!
Yang lebih menarik tahun ini, Sunway Velocity Mall menyediakan sebuah temperature meter yang berukuran saiz sebenar yang menunjukkan suhu dibawah titik beku bagaikan betul-betul berada di Rovaniemi.
Lebih Banyak Shopping, Lebih Banyak Hadiah Menarik!
Sunway Velocity Mall turut menghargai para pengunjungnya dengan memberi hadiah saguhati menarik bagi setiap pembelian minima RM300.00. Anda berpeluang untuk menebus:
- RM20 Baucer Tunai bagi pembelian RM300 dan ke atas (RM200 bagi pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit* pembelian.
- Glasslock Storage Set bagi setiap pembelian minima RM800 dan ke atas (RM700 bagi pemegang kad kredit HSBC) dalam 4 resit* pembelian.
- Bagasi Cosas United 24” bagi setiap pembelian RM3,000 dan ke atas (RM2,900 bagi pemegang kad kredit HSBC) dalam maksimum 6 resit* pembelian.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Banyak sangat aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang Disember ini bukan? Untuk maklumat lanjut, layari Sunway Velocity Mall dan jangan lupa untuk “follow” laman Facebook & Instagram Sunway Velocity Mall untuk pelbagai acara dan promosi terkini.