KelabMama

Mengimbau Kenangan: 5 Aktiviti Bulan Kemerdekaan Yang Sering Diadakan Di Sekolah

Kredit gambar: YM.Ku Shahril

Sejak pandemik berlaku, sekolah secara bersemuka telah diberhentikan seketika dan membuat kelas atas talian. Banyak acara di sekolah tidak dapat disambut angkara COVID-19.

Anak Mama pun mungkin belum lagi experience sambutan-sambutan meriah di sekolah. Seperti sambutan Hari Guru, Hari Raya, Hari Kantin dan macam-macam lagi lah! Antara sambutan yang disambut dengan meriah adalah bulan kemerdekaan sepanjang bulan Ogos ini.

Setiap tahun juga mempunyai tema-tema yang berbeza dan antara tema yang sering menjadi pilihan sekolah adalah Semangat Patriotisme.

Terdapat pelbagai pertandingan dan aktiviti yang diadakan sempena bulan kemerdekaan ini. Dengan pertandingan-pertandingan ini, ia dapat mencungkil bakat kreatif anak-anak kita.

Jom kita tengok sama-sama tradisi dan aktiviti bulan kemerdekaan yang sering diadakan sepanjang bulan Ogos ini. Pasti Mama pun teringat kenangan zaman sekolah dahulu kan?

5 Aktiviti Sepanjang Bulan Kemerdekaan

#1 Pertandingan Pakaian Kemerdekaan Paling Kreatif

Kredit gambar: msyaraafiq

Untuk menyerlahkan bakat Mama dengan fesyen, marilah menjadi pereka fesyen untuk anak-anak kita! Setiap kali menjelang hari kemerdekaan, selalunya sekolah akan memberi kelonggaran memakai pakaian tradisional mengikut perkauman ataupun jika Mama berasa kreatif, boleh jahit baju melayu, baju kurung, Saree, Cheong Sam seperti corak Jalur Gemilang.

Tak semestinya baju, aksesori bendera Malaysia pun bagus tau! Memang fun apabila sekolah membuat fashion show baju merdeka ni!

Ia juga dapat menggalakkan keyakinan diri dalam diri anak-anak apabila menampilkan baju-baju yang luar biasa di persekitaran sekolah.

#2 Mereka Cipta, Mewarna atau Membuat Kraft Bendera Jalur Gemilang

Kredit gambar: Patricia Dulasi 

Selain fashion show, sekolah juga sering menganjurkan pertandingan mewarna dan mereka cipta bendera Jalur Gemilang daripada bahan-bahan kitar semula.

Ada satu aktiviti ini yang memerlukan botol kosong dengan jumlah yang banyak serta warna-warna Jalur Gemilang. Ia menggalakkan anak-anak kita supaya tidak membazir. Ia dapat menukar barang-barang kitar semula kepada seni atau sesuatu yang berguna disamping mengelakkan pembaziran.

Pertandingan ini sering dibuat mengikut kelas dan juga penyertaan. Boleh la anak Mama menyerlahkan bakat mewarna serta bekerja dalam kumpulan. Barulah patriotik!

#3 Pertandingan Pantun/Syair Hari Kemerdekaan

Kredit gambar: Patricia Dulasi 

Selain itu, sekolah-sekolah juga sering anjurkan pertandingan pantun dan syair mengikut tema sekolah mereka. Mama juga boleh turut serta tolong anak-anak merangka ayat-ayat yang mengambarkan apa sebenarnya kemerdekaan untuk mereka.

Sambil-sambil tu Mama boleh la ajarkan mereka erti cinta pada negara! Sebelum menuliskan ayat-ayat ini, mungkin anak-anak perlu membuat sedikit research, kemudian gambarkan semua pada ayat-ayat puisi, pantun dan syair mereka.

Mana tahu anak Mama ada bakat menulis, berpantun dan juga bersyair.

#4 Pertandingan Hias Kelas Tercantik & Terpaling Patriotik!

Ni kalau Mama ingat, part ni la yang paling best dan membuatkan seisi kelas teruja! Dari cikgu ke rakan-rakan sekelas, semua sangat teruja untuk menghias kelas masing-masing.

Kini, Mama boleh bantu kelas anak-anak Mama dengan menghias kelas mereka pula. Mungkin bantu dari segi memberi idea dan menyumbangkan barang-barang yang bersesuaian.

Cikgu-cikgu sering galakkan anak murid untuk hias kelas dengan bendera Jalur Gemilang. Selain bendera, kelas-kelas ini juga boleh dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh penting, serta sejarah tentang negara kita mencapai kemerdekaan. Barulah kena dengan tema bulan kemerdekaan ini!

Sesetengah sekolah akan tetapkan tema-tema setiap tahun, pastikan ikut tema tau Mama!

#5 Persembahan Kelas Menyanyikan Lagu-Lagu Kebangsaan

Kredit gambar: Patricia Dulasi 

Masa untuk serlahkan bakat-bakat terpendam anak Mama! Bagi mereka yang gemar menyanyi dan suara yang merdu, boleh lah join pertandingan ini. Pertandingan ini sering dibahagikan dalam dua kategori, iaitu solo atau berkumpulan.

Selalunya, kelas-kelas akan menjalankan rehearsal untuk menyempurnakan persembahan sebelum pertandingan bermula. Dan jika menang, cikgu-cikgu akan memanggil semula untuk buat persembahan untuk event lain seperti Hari Anugerah, Hari Guru dan sebagainya.

Banyak sangat aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah untuk memperluaskan lagi kreativiti anak-anak kita. Dengan mengadakan pertandingan bertemakan patrotisme dan hari kemerdekaan ini, anak-anak kita pun pasti akan lebih memahami pengorbanan zaman nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan bagi negara kita ini.

Selebihnya, mereka juga akan faham maksud sebenar tentang pengorbanan kemerdekaan. Nanti ada sambutan hari kemerdekaan sekolah anak-anak Mama, pastikan mereka take part ya!