Minggu lepas kita digemparkan dengan kisah bayi berusia 5 hari yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan ini berpunca dari sebuah kereta Saga yang membuat pusingan U di Kilometer 49 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Jabatan Pertanian Batang Kali, Hulu Selangor secara tiba-tiba sehingga meragut nyawa si kecil. Allahuakbar.
Ibu bapa cedera, bayi meninggal dunia
Dalam kejadian 9.40 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kubu Bharu manakala bapa, 33, dan ibu, 35, cedera akibat kemalangan itu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Bezza dinaiki tiga beranak itu dari arah Batang Kali menghala ke Klinik Ibu dan Anak, Rasa merempuh bahagian hadapan Proton Saga.
“Difahamkan Proton Saga itu dari arah bertentangan secara tiba-tiba membuat pusingan U di lokasi.
“Akibat pelanggaran itu Perodua Bezza terbabas melanggar penghadang besi jalan di sebelah kiri jalan,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
Bak Phai berkata, Perodua Myvi dari arah belakang Perodua Bezza tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang Proton Saga.
“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang Perodua Bezza cedera manakala bayi mereka berusia lima hari meninggal dunia di Hospital Kuala Kubu Bharu.
“Pemandu Proton Saga dan Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan.
Ini pula perkongsian dari Amirul Azuan yang lalu di kawasan kemalangan terbabit. Menurutnya dia berhenti kerana ternampak kelibat bayi di bahagian penumpang.
Bayi tak sedar, bibir dah biru
Mengalir air mata dari lokasi sampai ke ipoh.
Time aku lalu baru jadi dalam 5minit.
Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.
Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey x?
Dia cakap baby xsedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru ?
Terus bukak helmet mintak izin nak cpr.
Dah CPR tapi masih sama
First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus cpr lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still xbernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.
Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku xkuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr.
“Uncle minta maaf..”
Aku terduduk dekat tepi divider tu.
Ayah dia xde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tp ajal dia sampai dulu.
Siapa yg ada baby tu tolong la letak dalam carseat.
Kalau xmampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby ?
Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tp Allah lebih sayangkan Inara.
Sumber : Amirul Azuan , SinarHarian
BACA JUGA PAKSA ANAK DUDUK DALAM CAR SEAT DEMI KESELAMATAN
Pesan Mama Siti
Allahu. Ajal tak mengira usia. Ternyata Allah lebih sayangkan arwah Inara. Mama Siti tak dapat nak bayangkan perasaan keluarga arwah terutamanya ibu bapanya. Baru nak mula merasa jadi ibu bapa, baru nak merasa bahagia dengan kehadiran cahaya mata, Allah telah ambil nyawanya. Alfatihah