Mama Siti nak tanya, Mama kategori kumpulan ‘tourist, traveler’ atau ‘vacationer’ ya?
Ketiga-tiganya beri makna berbeza. Bagi seorang traveler, mereka mengunjungi tempat-tempat di dunia, Malaysia khususnya agar dapat lebih memahami diri sendiri.
Terengganu ada banyak tempat menarik yang sesuai untuk para traveler. Di negeri Darul Naim itu juga, ada 10 lokasi air terjun yang wajib ada dalam ‘bucket list’.
10 Air Terjun di Terengganu
#1 Lata Kolam Air Deru Ecopark
Mana nak dapat air terjun biru kehijauan di Malaysia ini Mama? Tak lain tak bukan, kita kena juga datang ke sini.
Terdapat dua tempat yang boleh dikunjungi untuk aktiviti mandi-manda iaitu di Pengkalan Dua dan Pengkalan Suri.
Soal tempat penginapan pula,cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping disediakan kepada mereka yang ingin bermalam di Lata Kolam Air Deru Ecopark.
Alamat: Jalan Kolam Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Terengganu
#2 Taman Rekreasi Tasik Puteri
Merupakan sebuah tasik buatan yang terletak di lokasi terpencil di Bukit Besi, Terengganu. Untuk sampai di sini, Mama perlu melalui denai-denai hutan dengan menaiki kenderaan sendiri.
Sesampainya di taman rekreasi ini, terdapat pilihan sama ada mahu bermandi-manda, berkhemah atau menyewa ATV.
Alamat: 23200 Bukit Besi, Terengganu
#3 Hutan Lipur Menderu
Mama mungkin akan mengalami perasaan dejavu ketika menempuh perjalanan ke lokasi air terjun yang seterusnya ini.
Dimulakan dengan pemandangan yang indah oleh flora dan fauna. Kemudian, diikuti dengan perjalanan mendaki bukit yang sedikit mencabar sebelum tiba di tempat air terjun.
Tak perlu bimbang kerana kemudahan asas ada disediakan disini seperti;
- Tandas awam
- Surau
- Tempat memasak
- Bangku
Alamat: Kampung Rebah Bangun, Kerteh, Terengganu
#4 Lata Tembakah
Pencinta air terjun mesti tahu dengan nama tempat ini. Pemandangan di kawasan air terjun sangatlah menyejukkan mata.
Ditambah pula dengan jambatan gantung yang ada melengkapkan lagi panorama alam semula jadi di Lata Tembakah.
Terdapat kemudahan penginapan disediakan. Selain itu, tandas juga disediakan untuk keselesaan pengunjung yang datang.
Alamat: Jalan Air Terjun, 22010, Terengganu
#5 Air Terjun Janda Mandi
“Kita nak pergi mana ni Bang?”
Air Terjun Janda Mandi.
“Ha?”
Kalau salah sebut, entah-entah terpaksa pergi air terjun lain gamaknya. Walaupun begitu, air terjun ini terletak sangat berhampiran dengan pantai. Unik kan!
Jatuhan air terjun ini terus mengalir ke kawasan Pantai Teluk Kalong, Kemaman. Sangat berbeza dengan air terjun pada kebiasaannya.
Alamat: AH18, 24100, 24100 Kijal, Terengganu
#6 Air Terjun Saok
Bukan sekadar tempat bermandi-manda yang kita datangi sehari sahaja. Di lokasi ‘healing’ yang seterusnya, Mama dibenarkan untuk berkhemah, berkelah, memancing dan barbeku (BBQ).
Pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Gawi selama satu jam untuk sampai ke Air Terjun Saok. disebabkan tempat ini tidak jauh dari Air Terjun Lasir maka ia jatuh di tangga nombor dua air terjun paling popular di Tasik Kenyir.
Alamat: Tasik Kenyir, Terengganu
#7 Air Terjun Lata Belatan
Ianya terletak di titik permulaan pintu masuk utama pendakian ke Gunung Tebu. Oleh itu, kawasan air terjun ini sering dijadikan lokasi bermalam oleh para pendaki.
Bayaran masuk dikenakan hanya RM 2 dan RM 1 untuk dewasa dan kanak-kanak.
Airnya jernih, menyejukkan dan mampu menenangkan fikiran yang berserabut menguruskan kehidupan diri dan keluarga.
Alamat: Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu
#8 Air Terjun Sekayu
Kawasan air terjun mesra kanak-kanak kerana terdapat kolam buatan yang dikhususkan untuk kanak-kanak bermandi-manda dengan lebih selamat.
Ianya sering menjadi pilihan pengunjung dari dalam dan luar negara juga kerana jaraknya hanya satu jam pemandungan dari Kuala Terengganu.
Pihak berkuasa mengambil peluang meletakkan tanda nama dan penerangan di setiap pokok yang ada di sini memandangkan air terjun ini terletak di Hutan Lipur Sekayu.
Alamat: Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu
#9 Air Terjun Lasir
Lokasinya air terjun ini lebih privasi berbanding air terjun lain di Terengganu. Ini kerana tempatnya agak terpencil dan jarang didatangi pengunjung dalam skala besar.
Inilah peluang untuk kita menikmati masa dengan alam semula jadi dengan lebih tenang disamping kawasannya yang lebih bersih.
Kemudahan asas juga ada disediakan disini seperti laluan bertangga, pondok rehat serta tandas awam demi keselesaan Mama sekeluarga.
Alamat: 21700, Kuala Berang, Terengganu
#10 Air Terjun Chemerong
Air terjun ini diiktiraf sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara disebabkan paras ketinggiannya mencapai 305 meter.
Lebih menarik lagi, ia terletak dalam daerah Dungun di kawasan Hutan Simpan Pasir Raja. kadar bayarannya yang dikenakan hanya RM 2 sahaja. Nilai tersebut sangatlah berbaloi jika dibandingkan dengan aktiviti yang suasana disini.
Alamat: Hutan Simpan Pasir Raja, 23000, Dungun, Terengganu
Tak kisahlah Mama ‘tourist, traveler’ atau ‘vacationer’, yang penting Mama nikmati setiap saat yang ada sepanjang berada di air terjun Terengganu.
Semoga dapat memberi manfaat untuk kunjungan Mama kali ini.
Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.