KelabMama

Seronoknya! 15 Air Terjun di Pahang Yang Confirm Tak Menyesal Pergi

Bercuti di air terjun di negeri Pahang pun seronok juga sebenarnya. Walaupun Pahang ada banyak tempat menarik, alam semula jadi masih menjadi pilihan rakyat Malaysia. 

Jom tengok 15 air terjun di Pahang dan keunikan setiap satunya. 

15 Air Terjun di Pahang, Malaysia

#1 Air Terjun Berkelah

Kredit gambar: hamydy.wordpress.com

Mama berpeluang melakukan aktiviti mandi sungai dan air terjun, berkelah, berkhemah (camping) dan juga mendaki bukit (hiking). 

Keunikan Air Terjun Berkelah ini adalah kerana air terjunnya yang mempunyai tujuh tingkat dengan jatuhan air tertinggi 50 meter. 

Perjalanan untuk sampai ke checkpoint pertama semasa hiking hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Kawasan ini merupakan tumpuan pengunjung berkelah dan berkhemah. 

Dalam masa 45 minit sahaja, Mama akan sampai ke puncak air terjun walaupun terpaksa mengharungi laluan berliku. 

Alamat: Sungai Berkelah, 26300 Gambang, Pahang

#2 Air Terjun Sungai Pandan

Kredit gambar: Afiq Halid

Ramai yang mengunjungi air terjun ini ketika cuti umum, cuti hujung minggu dan cuti sekolah dek kerana perbatuan semula jadi yang indah. 

Kebersihan kawasan rekreasi ini masih terpelihara walaupun ada banyak kemudahan yang diletakkan seperti tempat letak kereta, surau, tandas, pondok berehat, gerai makanan, kolam mandi kanak-kanak dan padang.

Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang

#3 Air Terjun Lubuk Ujid

Kredit gambar: my.worldorgs.com

Lubuk Ujid terletak tidak jauh dari Felda Ulu Jempol. Ciptaan alam semula jadi yang memukau pandangan mata, ditambah pula dengan bunyi deruan air sungai sungguh mengasyikkan. 

Padanlah ramai penduduk setempat yang datang beriadah bersama-sama anak-anak di hujung minggu. Lokasinya pula terletak di Jalan Maran- Jerantut iaitu berhampiran dengan Kuala Sentul. 

Alamat: 72, Jalan Jerantut – Benta Kampung Kuala Sentul 26430 Bandar Pusat Jengka, 64, Kampung Kuala Sentul, 26430 Bandar Tun Razak, Pahang

#4 Air Terjun Lubuk Yu (Hutan Lipur)

Kredit gambar: visitpahang.my

Arusnya yang tidak begitu deras menjadikannya air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Tahukah Mama? Nama ‘Yu’ bagi air terjun ini diambil disebabkan oleh kesan air terjun yang membentuk abjad ‘U’. 

Ianya berdekatan dengan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alam dan Hutan Lipur Teladas, Maran.   

Alamat: Taman Eko Rimba Lubuk Yu,  Kuala Sentul, Maran, Pahang

#5 Air Terjun Panching (Air Terjun Sungai Pandan)

Kredit gambar: Dunia Anakku

Persekitaran air terjun yang nyaman dan luas menarik minat banyak pengunjung datang terutamanya pada waktu hujung minggu. 

Kawasan Air Terjun Panching sesuai untuk pelbagai peringkat yang ingin bermandi-manda. Jadi, Mama dan Papa boleh menjaga keselamatan anak-anak dengan lebih tenang sepanjang berkelah di sini. 

Alamat: Jalan Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang

#6 Air Terjun Seri Mahkota

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Tempat bercuti yang seterusnya berada di Hutan Simpan Endau- Rompin dan pengunjung yang mahu ke sini perlu mengambil masa kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki. 

Air Terjun Seri Mahkota juga mendapat julukan nama Niagara Series Crown disebabkan jatuhan air terjun dan bentuk muka bumi di kawasan ini. 

Alamat: 26800 Kuala Rompin, Pahang    

#7 Air Terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai

Bagi yang belum tahu, Felda Kumai sebenarnya terletak berhampiran dengan Tasik Bera iaitu sebuah tasik semula jadi terbesar di Malaysia. 

Air Terjun Bukit Bertangga mempunyai dua kawasan air terjun yang berketinggian 30 meter dan 20 meter. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan.

Alamat: Felda Kumai, Triang, Pahang

#8 Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing

Kredit gambar: almuneertours.malaysiaexpo.net

Paduan spektrum cahaya dan air menjadikan kawasan air terjun ini muncul pelangi. Kalau itu belum mengujakan Mama, bayangkan pemandangan indah dalam gambar yang Mama Siti sematkan di atas. 

Namun begitu untuk menikmati Rainbow Waterfall di Pahang, Mama perlu sabar dan kental melalui laluan berbukit dan agak mencabar di Sungai Lembing.  

Alamat: Sungai Lembing Air Terjun Pelangi

#9 Air Terjun Jerangkang, Maran

Kredit gambar: VOCKET

Kalau nak pergi air terjun yang tak jauh dari Kuantan, Mama Siti cadangkan untuk datang ke Air Terjun Jerangkang, Maran. 

Air terjun ini sering dikunjungi kerana kolam air terjun yang berwarna hijau kebiru-biruan hinggakan mendapat gelaran ‘Hilton, Infinity pool dan Shang Ri La’.

Alamat: Jalan Paya Rambutan, 26300 Gambang, Pahang

#10 Air Terjun Lata Jarum, Raub

Kredit gambar: carpackers.blogspot.com

Satu lokasi ekopelancongan yang terletak di daerah Raub, Pahang ini rupa-rupanya terletak tidak jauh dari Pulau Chekas. 

Menariknya, Mama juga berpeluang melihat bunga rafflesia kembang mekar di kawasan air terjun ini pada waktu tertentu. 

Alamat: Ulu Dong, 27600 Dong, Pahang

#11 Air Terjun Teladas, Maran 

Kredit gambar: jomcuti2pahang.blogspot.com

Tempat ini bukan sahaja dikunjungi kerana air terjunnya tetapi juga kerana kemudahan awam yang disediakan. Demi keselesaan pengunjung; bangku, tandas, bilik persalinan, dan laluan pejalan kaki telah pun dibina di Air Terjun Teladas. 

Kawasan rekreasi ini dianggap mesra kanak-kanak kerana adanya bahagian sungai yang cetek yang sesuai dengan umur anak kecil. 

Dalam masa yang sama, jambatan gantung yang terdapat di Air Terjun Teladas membolehkan Mama mengabadikan kenangan dan melalui anak sungai tanpa perlu meredah air. 

Alamat: 26500 Maran, Pahang

#12 Air Terjun Lata Bujang

Kredit gambar: Kosmo Digital

Bentuk muka bumi yang berkawah dan bertingkat membentuk lima tingkat aliran air terjun yang besar dengan dua air terjun kecil. 

Pengunjung juga dibenarkan untuk memasang khemah dan bermalam di kawasan air terjun ini asalkan mendapat seliaan daripada Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka (PAMUC).

Alamat: Air Terjun Lata Bujang 

#13 Air Terjun Lata Meraung, Jerantut

Kredit gambar: Youtube/ Lance Tang

Ada satu lagi tempat ‘healing’ yang Mama Siti nak kongsikan kepada Mama semua ialah Air Terjun Lata Meraung. Pertama sekali, perjalanan menaiki kenderaan hanya mengambil masa 20 minit sahaja atau lebih tepat lagi 15 km dari bandar Jerantut. 

Air Terjun Lata Meraung menawarkan ketenangan di hutan rimba yang kaya dengan khazanah flora dan fauna. 

Alamat: 27000 Jerantut, Pahang

#14 Air Terjun Chamang, Bentong (Hutan Lipur Chamang) 

Kredit gambar: Wikipedia

Keunikan hutan ini ialah jatuhan air terjun dan jeram yang mengalir deras pada pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu. 

Kepelbagaian spesies tumbuhan, serangga, reptilia, burung serta hidupan air meneruskan kelestarian air tejun ini. 

Alamat: 28700 Bentong, Pahang

#15 Air Terjun Pulau Chekas, Raub

Kredit gambar: raubkiniselamanya.blogspot.com

Memandangkan Air Terjun Pulau Chekas terletak tidak jauh dari Air Terjun Lata Jarum, maka jalan masuk ke air terjun ini pun berkongsi laluan yang sama. 

Jangan salah sangka dengan istilah ‘pulau’ dalam nama air terjun ini. Sebenarnya nama pulau itu diperoleh oleh kerana kolam air terjunnya yang terletak di tengah-tengah antara sungai-sungai yang mengalir. 

Alamat: Pusat Rekreasi Air Pulau Chekas, Kampung Peruas, 27600 Dong, Pahang

Kredit gambar: TripJalan

Jadi, yang mana satu air terjun yang Mama nak kunjungi terlebih dahulu. Mesti ada sebab kan kenapa Mama pilih kawasan air terjun tersebut. 

Apa-apa pun pastikan keselamatan sentiasa diutamakan sepanjang bercuti tu ya!


Selain itu, Mama Papa juga boleh membawa anak-anak ke pelbagai tempat menarik lain di SINI.