Melakukan aktiviti ‘nature play’ di air terjun sangat penting kerana ia menggalakkan sifat aktif anak-anak.
Jika Mama bercuti di selatan Malaysia, jemput datang ke tempat-tempat menarik di Johor. Banyak aktiviti boleh dilakukan, banyak juga pengalaman yang akan ditimba.
Jom tengok air terjun yang ada di negeri Johor.
‘Nature Play’ di 12 Air Terjun di Negeri Johor
#1 Air Terjun Tengkil
Sekilas pandang, tak ubah seperti air terjun di Bukit Beruang, Melaka. Selain boleh melakukan aktiviti bermandi-manda, air terjun ini juga berpotensi dijadikan lokasi fotografi.
Mama dinasihatkan untuk datang ke sini pada bulan April hingga September dan elakkan pada musim tengkujuh.
Alamat: Jalan Petri Jaya, 81900, Johor
#2 Air Terjun Ayer Putih
Ianya salah satu pilihan air terjun yang sesuai buat seisi keluarga kerana airnya cetek dan berbatu-batu.
Tambahan pula, kawasan ini cukup luas bagi memuatkan ramai pengunjung. Jadi Mama dan anak-anak boleh mandi-manda dengan selesa.
Alamat: –
#3 Kolam Puteri Gunung Ledang
“Puteri Gunung Ledang berasal dari Johor?”
Ya, betul tu. Ada yang berpendapat inilah kawasan tempat tinggal puteri lagenda itu suatu masa dahulu.
Sambil-sambil bersantai, Mama bolehlah kongsikan cerita Puteri Gunung Ledang kepada anak-anak. Orang kata ‘sambil menyelam, minum air’.
Alamat:
26 Batu, Jalan Segamat, Sagil, 84020, Johor
Taman Negara Gunung Ledang
#4 Air Terjun Hutan Lipur Gunung Pulai
Air terjun yang seterusnya berada berhampiran dengan Pekan Nenas Johor. Lebih tepat lagi, di Hutan Lipur Gunung Pulai.
Pada hari biasa, tempat ini agak lengang berbanding pada cuti sekolah dan cuti umum yang meriah dengan kunjungan rombongan keluarga.
Alamat: Gunung Pulai, Kulai, Johor
#5 Air Terjun Kota Tinggi
Mesti anak-anak seronok kalau Mama dan Papa bawa mereka ke sini memandangkan bentuk muka bumi air terjunnya landai dan cetek.
Ini ialah salah satu dari aktiviti bermain dengan alam (nature play) menggalakkan anak-anak aktif iaitu membina ketahanan fizikal.
Alamat: Jalan Lombong, Kota Tinggi, Malaysia
#6 Air Terjun Sg. Bantang, Bekok
Jabatan Hutan Daerah Segamat telah memperkenalkan tema “Destinasi Rekreasi Luar Anda” sebagai usaha menarik lebih ramai pengunjung.
Air terjun ini terletak di Segamat dan berada dalam kawasan hutan lipur yang telah diwartakan sejak 1989. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuklah perkhemahan dan berkelah.
Alamat: Air Terjun Sg. Bantang, Bekok, Segamat, Labis, Johor, Malaysia
#7 Air Terjun Takah Pengkoi
Lihat dari pemandangannya, kawasan air terjun ini sudah dikomersialkan sebagai tapak perkhemahan untuk Mama yang ingin berkelah dan bermalam.
Paras air terjun ini agak dalam. Jadi, ianya sesuai untuk aktiviti berenang atau melompat dari tempat air terjun.
Alamat: Kg Kudong, Bekok, Segamat, Johor
#8 Air Terjun Gunung Pelepah
Perhatian kepada Mama yang gemar aktiviti merentas hutan (jungle trekking), Mama dijemput untuk datang ke Air Terjun Gunung Pelepah.
Lokasinya yang terletak dalam kawasan hutan menyajikan Mama pengalaman berbeza bermandi-mandi di sini.
Alamat: Air Terjun Gunung Pelepah, Kota Tinggi
#9 Taman Negara Endau Rompin Selai
Air terjun ini terletak di dalam Taman Negara Negeri Johor. Semestinya Mama tak cuma dapat menikmati air terjun malahan dapat juga menikmati keindahan alam semula jadi.
Air terjun ini masih terjaga dan Mama Siti harap Mama pun ikut sama menjaga kelestariannya ya.
Alamat: Taman Berjaya, Bekok, 86500 Segamat, Johor
#10 Air Terjun Gunung Muntahak
Terletak tidak jauh dari Air Terjun Tengkil, air terjun ini mempunyai tujuh tingkat batu air terjun kepada para pengunjung yang datang.
Mama Siti nasihatkan agar Mama yang nak bergambar di hamparan batu di air terjun ini supaya berhati-hati mendaki satu persatu bongkah batu itu.
Alamat: Air Terjun Sungai Tengkil Kota Tinggi
#11 Air Terjun Sungai Lebak
Lokasi air terjun yang seterusnya berada agak terpencil dari penduduk sekeliling. Walaupun begitu, itulah keistimewaan air terjun ini kerana suasananya lebih nyaman jauh dari kesibukan kota.
Alamat: Hutan Rekreasi Gunung Panti, 81900 Kota Tinggi, Johor
#12 Air Terjun Buaya Sangkut
Air terjun ini terletak dalam Taman Endau Rompin yang merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia. Mama mungkin memerlukan lebih dari satu hari untuk menerokai Air Terjun Buaya Sangkut.
Alamat: Mini RTC Sungai Rambai Barat, Jalan Parit Putat, Kampung Pengkalan Leban, 77400 Sungai Rambai, Johor
Nikmati keseronokan di lokasi air terjun di negeri Johor bersama anak-anak. Inilah peluang kita mendedahkan mereka agar bermain dengan alam sebagai medium pembelajaran.
Semoga Mama mendapat inspirasi dari perkongsian ini.
Dapatkan lebih banyak informasi tempat-tempat menarik di SINI!