Seronok kalau dapat pergi air terjun kan. Dekat Perak pun ada 12 air terjun dengan pelbagai bentuk muka bumi.
Ada juga antara air terjun di Perak ini dengan kawasan yang cetek je. Nak tahu yang mana? Baca artikel ini sampai habis ya!
Senarai Air Terjun di Perak
#1 Air Terjun Lubuk Timah
Suasana alam semula jadi seperti flora dan fauna sungguh mempesona. Menjadikan kawasan ini tenang, bersih dan menyegarkan.
Beberapa kemudahan turut disediakan demi keselesaan pengunjung yang datang.
Pergi bercuti semakin menyeronokkan apabila Mama dan keluarga melawat Air Terjun Lubuk Timah di Perak ini. Kawasan yang agak luas ini amat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Alamat: Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Jalan Keramat Pulai, Kampung Kepayang, 31300 Ipoh, Perak
#2 Air Terjun Lata Iskandar
Lata Iskandar Waterfall terletak lebih kurang 15 km dari pekan Tapah dan berdekatan dengan Cameron Highland juga.
Jika Mama bercuti di sini, jangan lupa untuk mengunjungi gerai-gerai berhampiran untuk mendapatkan kraf tangan. Kemudahan asas seperti tempat letak kereta dan tandas juga tersedia di sini.
Alamat: Air Terjun Lata Iskandar, Jalan Stesen, 35000 Tapah, Perak
#3 Air Terjun Sungai Bil
Air terjun ini mempunyai ruang yang luas yang membolehkan pengunjung bermandi-manda walaupun airnya cetek.
Kanak-kanak pasti akan seronok bermain air di sini. Lata Sungai Bil menawarkan pelbagai kemudahan seperti tempat berkelah, perkhemahan, barbeku dan aktiviti lain.
Tak perlu bimbang tentang tempat rehat kerana terdapat kemudahan seperti tandas, pondok, rumah rehat di sini.
#4 Air Terjun Ulu Kenas
Pengalaman berada di Air Terjun Ulu Kenas sungguh menyeronokkan dengan udara yang sejuk dan air yang menyegarkan untuk mandi-manda.
Di samping itu, aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan termasuk berkhemah, memasak dan berkelah. Kekuatan air terjun yang tidak terlalu deras menjadikannya tempat yang sesuai untuk kanak-kanak mandi.
#5 Air Terjun Ulu Chepor
Air terjun ini terletak di Chemor, Perak dan mengambil jarak kira-kira 10 kilometer dari bandar Ipoh.
Pengalaman beriadah dan berehat di sini amat menenangkan dan menggembirakan. Air terjun di Perak ini amat luas dan sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Alamat: Air Terjun Lata Ulu Chepor, Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak
#6 Air Terjun Lata Kinjang
Air Terjun Lata Kinjang terkenal dengan ciri uniknya sebagai air terjun bertingkat-tingkat. Dengan ketinggian kira-kira 850 meter, ia dianggap sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Jika Mama mencari pengalaman yang berbeza, jangan lepaskan peluang untuk melawat air terjun ini di Perak.
Alamat: Air Terjun Lata Kinjang, 35300 Chenderiang, Perak
#7 Air Terjun Lata Kekabu
Bermandi-manda di air terjun ini sangat menyegarkan kerana airnya yang sejuk dan jernih. Semestinya menyamankan!
Hutan Lipur Lata Kekabu ini sebenarnya terletak di dalam Hutan Simpan Bintang Hijau. Mungkin ada yang belum tahu bahawa air terjun ini berdekatan dengan Geleri Arkeologi Lenggong, sebuah tempat bersejarah di Perak.
Alamat: Air Terjun Lata Kekabu, Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak
#8 Air Terjun Pecah Batu
Air terjun di Perak ini menjadi tumpuan pengunjung tempatan kerana lokasinya yang terletak di kaki Gunung Bubu, Trong.
Terdapat banyak permukaan batu licin di sini, jadi penting untuk sentiasa berhati-hati. Jangan risau jika Mama ada anak kecil kerana terdapat kolam yang cetek dan kolam yang dalam di tempat ini.
#9 Air Terjun Batu Berangkai
Air Terjun Batu Berangkai adalah antara air terjun di Perak yang kurang popular. Mungkin ini disebabkan oleh risiko lemas yang agak tinggi di kawasan ini.
Walau bagaimanapun, tiada masalah untuk mengunjungi tempat ini, tetapi pastikan untuk berhati-hati semasa di sana.
Alamat: Air Terjun Batu Berangkai, Kampung Batu Berangkai, 35300 Kampar, Perak
#10 Air Terjun Buntong
Tempat ini sesuai untuk aktiviti mandi-manda semasa bercuti bersama-sama keluarga atau rakan-rakan.
Tapi ingat ya, ada banyak batu besar yang boleh menjadi di sini yang mungkin licin yang buat Mama tergelincir.. Tambahan pula, pemandangan di sini sungguh memukau.
Alamat: Air Terjun Buntong, Menglembu, Perak
#11 Air Terjun Bukit Jana (Bukit Jana Fall)
Di lokasi yang terpencil di Kamunting, Perak, terdapat air terjun yang dikenali sebagai Bukit Jana Fall.
Walaupun dikelilingi dengan keindahan semula jadi bukit, rupanya terdapat air terjun di sini yang sesuai untuk mandi-manda.
Meskipun tidak sebesar air terjun lain, ianya berbaloi untuk dikunjungi. Air terjun yang jernih ini juga adalah habitat beberapa spesies ikan.
Alamat: Air Terjun Bukit Jana, 34600 Kamunting, Perak
#12 Air Terjun Lata Tebing Tinggi
Air Terjun Lata Tebing Tinggi yang terletak di Selama, Perak ini telah menarik perhatian ramai pengunjung tempatan.
Di sekitar air terjun ini, terdapat chalet atau penginapan yang dengan kadar sewaan terjangkau bagi mereka yang datang dari jauh dan ingin berehat.
Alamat: Lata Tebing Tinggi, Selama, Perak
Antara 12 air terjun di Perak ni, Mama paling teringin nak pergi yang mana? Seronoknya kalau dapat bawa anak-anak datang sini. Tak pun bersantai dengan kawan-kawan.
Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.