Pasti ramai peminat air tebu di sini kan? Air tebu sememangnya sangat terkenal sebagai penghilang dahaga terutamanya semasa hari yang panas. Namun, terdapat beberapa kebimbangan mengenai adakah selamat air tebu untuk ibu hamil minum?
Ramai ibu mengandung yang takut untuk minum air tebu terutamanya pada awal usia kehamilan kerana telah dimomokkan dengan mitos, “air tebu ni tajam, kalau minum air tebu boleh gugur kandungan nanti”. Adalah ianya benar?
Jawapannya adalah tidak benar. Air tebu boleh diminum oleh ibu mengandung dan bahkan ia juga sangat bagus untuk ibu hamil. Tebu sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat kepada wanita hamil. Namun begitu, di atas sebab-sebab tertentu minuman ini tidak digalakkan.
Untuk ketahui apakah sebabnya, teruskan membaca perkongsian di bawah!
Punca Air Tebu Untuk Ibu Hamil Tidak Digalakkan
Berikut merupakan beberapa punca yang boleh menyebabkan bahaya air tebu untuk ibu hamil iaitu:
#1. Tidak Digalakkan atas Faktor Kebersihan
Air tebu tidak digalakkan kepada ibu hamil atas faktor kebersihan kerana pada kebiasaannya batang tebu diletakkan dan disimpan di satu tempat yang dikhuatiri telah dicemari tikus pembawa penyakit.
Kemungkinan untuk tikus makan dan kencing pada batang tebu tersebut adalah tinggi.
Apabila tebu diperah menggunakan mesin tanpa membersihkan batang tersebut dengan sempurna, bimbang ianya akan menjadi penyebab kepada jangkitan kuman terutamanya yang berkaitan dengan kencing tikus.
Kerana inilah ia dikatakan berbahaya untuk wanita hamil.
Jadi, sebelum Mama minum air tebu pastikan terlebih dahulu tebu tersebut datang dari sumber yang bersih (dibersihkan dengan sempurna oleh penjual).
#2. Tidak Digalakkan kepada Ibu Hamil Mempunyai Masalah GDM
Bagi ibu mengandung yang mempunyai GDM, Mama TIDAK digalakkan untuk minum air tebu. Ini kerana, air tebu mempunyai nilai kalori yang tinggi.
Ini pastinya akan meningkatkan lagi bacaan gula dalam darah Mama. Namun, jika Mama teringin, hanya ambil segelas kecil air tebu yang telah diperah lemon atau limau.
Tetapi, ingat tidak boleh diminum dengan kerap ya!
Senarai Khasiat Air Tebu untuk Ibu Hamil
Terdapat beberapa kebaikan air tebu terutama khasiat tebu hitam untuk ibu mengandung iaitu:
#1. Khasiat Air Tebu untuk Ibu Hamil dapat Membantu Masalah Morning Sickness
Sesungguhnya morning sickness ini sangatlah memenatkan bagi ibu hamil yang mengalaminya. Minum air tebu untuk ibu hamil trimester pertama bagus kerana dapat membantu mengurangkan morning sickness yang dihadapi.
Oleh itu, bagi Mama yang berdepan dengan masalah morning sickness, bolehlah cuba minum air tebu untuk membantu mengurangkan morning sickness yang dihadapi.
#2. Memberikan Tenaga
Air tebu mudah dihadam dan kaya dengan kandungan gula semula jadi. Namun, kerana indeks glikemiknya yang rendah tidak akan membuatkannya terus memberi kesan terhadap bacaan gula dalam darah Mama selepas minum air tebu.
Kandungan gula yang tinggi di dalam minuman ini menjadikannya sumber tenaga yang baik untuk ibu hamil.
Namun, jangan menjadikan air tebu sebagai minuman tenaga utama sepanjang tempoh 9 bulan ini ya Mama!
#3. Membantu Kuatkan Sistem Imun Badan
Air tebu mengandungi antioksidan yang tinggi seperti flavonoid dan fenol, yang membantu meningkatkan daya tahan tubuh ibu hamil dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
Ini dapat mengurangkan kebergantungan Mama terhadap ubat-ubatan atau antibiotik.
#4. Mengelakkan Jangkitan pada Saluran Kencing
Jangkitan pada saluran kencing kotor dapat dielakkan dengan minum air tebu. Air tebu yang mempunyai sifat diuretik yang membantu masalah ini.
Antioksida dan mineral yang terdapat dalam air tebu ini dapat mengurangkan rasa pedih yang disebabkan oleh jangkitan pada salur kencing ini.
#5. Membantu Menjaga Berat Badan
Air tebu mengandungi polifenol yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan Mama. Oleh itu, air tebu baik dalam menjaga berat wanita hamil yang sememangnya mempunyai masalah berat badan berlebihan.
#6. Khasiat Air Tebu untuk Ibu Hamil dapat Membantu Masalah Sembelit
Wanita hamil seringkali dikaitkan dengan masalah sembelit. Air tebu dapat membantu masalah sembelit yang dihadapi kerana ianya dapat membantu melancarkan sistem pencernaan Mama.
#7. Sumber Zat Besi, Kalsium dan Magnesium
Seperti yang sedia maklum, ibu hamil sangat memerlukan zat besi, kalsium dan magnesium sepanjang kehamilan. Air tebu mengandungi semua sumber mineral ini.
Sumber mineral ini dapat membantu menguatkan tulang dan membantu masalah haemoglobin rendah.
#8. Khasiat Air Tebu untuk Ibu Hamil dapat Membantu Seimbangkan Kadar Bilirubin
Air tebu dapat membantu menjaga kesihatan hati. Hal ini kerana, dengan meminum air tebu akan dapat membantu mengawal kadar bilirubin yang terhasil.
Oleh itu, air tebu sangat bagus jika diminum oleh ibu mengandung.
Terdapat banyak khasiat air tebu yang dapat diperolehi oleh ibu mengandung. Tetapi, harus diingat!
Minum dengan berpada-pada ya Mama. Jangan minum terlalu banyak dan tanpa kawalan. Ini yang akan menjadikan air tebu berbahaya.
Selain info di atas, Mama boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan kesihatan menarik yang lain terutama ketika kehamilan di SINI!