Umum mengetahui kuantiti air ketuban yang berlebihan boleh menjadi petanda masalah kesihatan terhadap bayi dalam rahim tersebut. Bagaimanapun, mesti Mama tertanya-tanya bagaimana pula dengan keadaan air ketuban yang berkurangan? Adakah ia juga suatu yang perlu dibimbangi?
Menurut laporan Hello Doktor, air ketuban atau juga dikenali cecair amniotik berfungsi sebagai salah satu daripada sistem sokongan kehidupan bayi yang meliputi sepenuhnya si kecil ketika mereka berada dalam rahim. Namun, amaun cecair yang mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit berupaya mengakibatkan infection kepada plasenta.
Pada awal kehamilan iaitu seawal minggu ke-14, cairan ini akan melalui sistem peredaran darah. Ketika permulaan trimester yang kedua, bayi akan mula menelan air tersebut dan kemudiannya mengeluarkannya melalui sistem urin.
Seterusnya, mereka akan mengulangi proses ini dalam tempoh beberapa jam demi memastikan amaun cecair ini berada pada tahap yang sama. Secara amnya, kebanyakan cecair amniotik ini datangnya daripada sistem urin bayi dalam kandungan Mama. Oleh itu, bayi memainkan peranan pentung dalam mengekalkan amaunnya dalam rahim anda.
Namun, jika sistem ini tidak berjalan seperti sepatutnya, ia akan mengakibatkan cecair itu menjadi terlalu banyak atau terlalu sedikit dan seterusnya menyebabkan pelbagai komplikasi lain.
Lazimnya, air ketuban berlebihan bermaksud masalah kesihatan yang mungkin serius terhadap bayi. Bagaimanapun, kekurangan air ketuban pula berupaya menjejaskan keselamatan bayi di dalam rahim itu sendiri.
Ringkasnya, bayi itu mungkin dalam keadaan sihat, namun cecair amniotik yang sedikit mengundang bahaya untuk si kecil di dalam rahim.
Punca Air Ketuban Berkurangan
Memetik laporan Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Subang Jaya Medical Centre, situasi dikenali oligohidramnios ini ialah keadaan di mana air ketuban yang kurang daripada paras indeks AFI kurang daripada lima sentimeter.
Ia hanya berlaku kepada kira-kira empat peratus kehamilan. Menurut Dr Siti Aishah, jika kes oligohidramnios berlaku pada enam bulan pertama kehamilan , ia akan meningkatkan risiko kecacatan pada bayi, keguguran, kelahiran pramatang (bersalin awal) atau bayi meninggal dalam kandungan.
Antara punca dikaitkan dengan oligohidramnios adalah:
1) Gangguan genetik
Bayi mempunyai masalah buah pinggang dan saluran kencing. Oleh sebab itu, dia tidak berupaya untuk memproses air ketuban yang ditelan untuk dikeluarkan sebagai air ketuban semula.
2) Plasenta tidak berfungsi baik
Ia juga boleh disebabkan oleh plasenta tidak berfungsi dengan baik. Kemungkinan di mana aliran darah dan zat yang diperlukan janin tidak disalurkan secukupnya kepada janin menyebabkan penghasilan air ketuban menjadi sedikit.
3) Air ketuban bocor
Selaput ketuban bocor juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia selalunya berlaku semasa proses bersalin (in labor) atau ketika kandungan berusia sembilan bulan ke atas.
4) Tekanan darah tinggi
Pra eklampsia atau kencing kotor juga boleh menyebabkan sawan kepada ibu. Pra eklampsia menyebabkan ditandai dengan sakit kepala, loya, penglihatan yang kabur dan sakit ulu hati. Ia hanya boleh terjadi selepas usia kehamilan lima bulan (20 minggu) ke atas apabila uri mula terbentuk.
5) Overdue
Apabila kandungan melebihi 40 minggu lebih, fungsi plasenta mula menurun. Dengan ini air ketuban akan menjadi sedikit.
6) Komplikasi kesihatan ibu
Ibu yang mempunyai masalah kesihatan akan juga boleh menyebabkan penghasilan air ketuban yang kurang. Antaranya ialah pra eklampsia, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Risiko Jika Air Ketuban Kurang
- Tekanan kepada organ janin (yang berusia 20 minggu ke bawah) di mana pembentukan janin tidak normal seperti paru-paru tidak matang/ kembang, cacat anggota badan, keguguran dan bayi meninggal dalam kandungan.
- Kecacatan pada bayi iaitu pertumbuhan janin terbantut, bersalin awal atau pramatang, masalah kesukaran bernafas atau respiratory distress syndrome pada bayi serta pendarahan otak.
- Akan berlaku komplikasi semasa bersalin di mana berlaku himpitan pada tali pusat di mana menyebabkan aliran darah dan oksigen tidak lancar dan boleh mengakibatkan bayi lemas.
- Ia juga boleh menyebabkan aspirasi mekonium di mana bayi boleh tersedut najis sendiri.
- Air ketuban sedikit juga boleh meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan.
Cara Menambah Air Ketuban Yang Kurang
1. Tingkatkan pengambilan air
Pengambilan cecair yang banyak berupaya meningkatkan paras air ketuban di dalam rahim.
Ini dibuktikan oleh sebuah kajian apabila wanita hamil berusia antara 37 hingga 41 minggu yang kekal terhidrat berjaya menaikkan paras cecair amniotik mereka.
Lagipun, pengambilan air yang cukup bukankah penting dalam melindungi kesihatan setiap orang meskipun bukan ketika hamil?
2. Amnioinfusion
Bagi meningkatkan paras cecair amniotik, doktor juga akan menggunakan kaedah pancutan salt water solution melalui serviks dan ke dalam kantung.
Kaedah ini berupaya membantu menaikkan jumlah cecair air ketuban untuk tempoh sementara waktu. Selain itu, penggunaan amnioinfusion ini boleh memperlihatkan bayi dengan lebih jelas ketika proses imbasan ultrasound dilakukan.
Malah, suntikan solution juga membantu menyelamtkan bayi yang mengalami kadar degupan jantung perlahan sebelum proses delivery dilakukan.
Menurut kajian oleh UNC School of Medicine, amnioinfusion ini telah terbukti sebagai rawatan yang sangat berkesan khususnya dalam membantu masalah kandungan yang mengalami kekurangan air ketuban.
3. Suntikan cecair sebelum kelahiran
Berbeza dengan amnioinfusion, suntikan cecair yang satu ini pula dikenali sebagai kaedah amniocentesis. Ia adalah cecair yang disuntik secara terus ke dalam kantung Mama menggunakan jarum sangat halus.
Kebiasaannya kes ini akan dicadangkan oleh doktor sebelum proses kelahiran atau ketika menghampiri proses berkenaan.
Ini sekaligus mengurangkan risiko kelahiran secara ceaseran kerana ia berupaya mengekalkan pergerakan bayi yang masih berada dalam rahim dan kadar degupan jantung mereka.
4. Cecair IV
Sesetengah doktor mungkin akan mengesyorkan cecair IV. Ini boleh membantu terutamanya jika Mama mengalami dehydrate akibat loya atau muntah sehinggan menyebabkan pengurangan cecair amniotik dalam rahim.
Malah, jika Mama disarankan untuk menghidrasikan semula tubuh dengan cepat, memasukkan cecair IV adalah penyelesaiannya.
Pada asasnya, ini adalah satu lagi cara untuk memasukkan cecair yang sangat penting ke dalam badan anda.
5. Merawat masalah kesihatan
Sesetengah ibu hamil mengalami masalah kesihatan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya sehingga menyebabkan kandungan cecair amniotik juga terjejas.
Jika ini adalah puncanya, maka kaedah terbaik adalah merawat masalah kesihatan yang dialami wanita hamil itu terlebih dahulu.
Kebiasaannya, doktor akan sarankan pengambilan ubat-ubatan, mengawal bacaan kencing manis dan apa jerr yang bersesuaian.
Masalah kesihatan yang telah wujud sejak sebelum hamil biasanya meningkatkan lagi risiko masalah kekurangan air ketuban. Justeru, merawat masalah kesihatan yang dialami adalah penyelesaian terbaik dan lebih selamat untuk kandungan.
6. Bedrest
Sesetengah doktor tidak menyarankan kaedah bedrest kerana ia tak terbukti menyelamatkan kehamilan yang bermasalah. Namun, sesetengah doktor masih menetapkannya dalam kes air ketuban yang rendah.
Bagi kes yang disarankan bedrest, berehat di atas katil atau sofa (kecuali untuk pergi ke bilik mandi atau mandi). Untuk kes perubatan, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan aliran darah ke plasenta, yang seterusnya membantu meningkatkan cecair amniotik.
Lebih-lebih lagi untuk trimester kedua dan ketiga yang mana ia lebih berisiko jika Mama terlalu aktif dan banyak pergerakan.
7. Penjagaan berterusan daripada doktor
Pemantauan teliti daripada doktor antara kaedah terbaik memastikan bayi Mama selamat di dalam kandungan.
Bagi yang hamil di bawah 36 minggu, doktor mungkin akan mengesyorkan untuk Mama berada di hospital lebih awal daripada tarikh due date untuk pemeriksaan kerap oleh doktor.
Pemeriksaan lanjut dan ujian tambahan termasuklah imbasan ultrasound mungkin akan dilakukan dengan sentiasa bagi mengikuti perkembangan dan keselamatan kandungan Mama.
Mungkin kendegaran leceh, namun percayalah, ini adalah lebih baik dan selamat untuk bayi Mama. Selain itu, ia juga bonus untuk Mama tengok bayi dengan lebih kerap!
8. Diet
Amalan pemakanan ketika hamil juga mempengaruhi paras air ketuban ketika hamil. Diet tinggi lemak dikatakan boleh menyebabkan cecair amniotik juga sedikit terjejas.
Sebaiknya, rujuk doktor atau pakar nutrisi tentang apakah amalan diet terbaik yang Mama boleh amalkan ketika berbadan dua.
Ketahui lebih lanjut apakah menu yang boleh memberikan kesan pengurangan air ketuban dan apa pula makanan terbaik yang boleh menyumbang kepada peningkatan cecair tersebut.
9. Bersalin
Jika kandungan Mama telah memasuki minggu ke-36 atau lebih, doktor mungkin mengesyorkan Mama untuk menjalani proses bersalin dengan lebih awal.
Walaupun ini mungkin menyebabkan Mama bimbang, namun kajian membuktikan kandungan yang memasuki minggu ke-36 dan ke atas adalah selamat untuk dilahirkan.
Sebaliknya, meneruskan kehamilan tanpa cecair ketuban yang cukup adalah lebih bahaya. Ia mungkin menyebabkan kematian atau kecacatan.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk pelbagai info dan tips kehamilan, Mama boleh rujuk di SINI!