Bagi sesetengah ibu bapa, masa mandi dengan anak-anak mereka adalah seperti berada di medan perang. Kebiasaannya ibu dan bapa mengalami kesukaran untuk mengajak anak mandi, membersihkan mereka & mengeluarkan mereka daripada bilik air sejurus selesai sesi mandian. Jadi, Mama perlu siap siaga secara mental dan fizikal kerana kadangkala waktu mandian anak-anak bagaikan menyertai sukan air yang ekstrem. Kalau Mama berasa letih dan terfikir untuk tidak memandikan mereka secara sempurna, Mama bukanlah seorang ibu yang tidak baik, tetapi Mama hanya memerlukan sedikit bantuan.
Dan Mama Siti disini ingin membantu Mama!
Jika Mama terfikir untuk menggunakan rotan, Mama Siti cadangkan sebaliknya kerana menggunakan alatan untuk ‘memenangi’ anak Mama mungkin akan lebih mengeruhkan keadaan tersebut.
Kita perlu berfikir dari segi psikologi, fizikal dan emosi anak kita. Jika Mama mengetahui dan memahami punca ketakutan mereka, ianya bakal membantu Mama dalam jangka masa yang panjang!
Ketakutan untuk mandi dan takut dengan air, yang dikenali sebagai ablutophobia, ternyata, sangat biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan biasanya terjadi ketika mereka berusia satu hingga dua tahun.
Ada sebab kenapa ia terjadi! Ketika umur tersebut, proses perkembangan otak mereka sedang berlaku dan mereka masih memproses pelbagai maklumat dan info baharu yang diterima oleh persekitaran mereka dalam masa yang singkat.
Oleh sebab itu, Mama Siti telah mengumpulkan empat tips yang boleh membantu memudahkan Mama semua ketika waktu mandian anak-anak.
Kurangkan Perkara yang Menyentuh Sensitiviti Mereka
Sesetengah kanak-kanak sensitif kepada bunyi atau suhu, dan jika mereka sensitif, ini adalah antara punca utama yang memberi tekanan kepada mereka apabila tiba waktu mandi.
Kebanyakan ibu bapa akan memandikan anak-anak di dalam tab mandi. Apabila mereka memasuki tadika atau lebih besar, mereka diperkenalkan dengan pancuran air atau shower. Walaupun kedua-dua pengalaman ini berbeza kerana satu memerlukan berendam dalam tab dan satu lagi berdiri sambil air turun membasahi badan mereka; kedua-duanya berpotensi untuk mengaktifkan rasa takut pada kanak-kanak.
Bunyi, suhu air dan pancuran air di sekeliling mereka mungkin memberi tekanan kepada anak-anak.
Untuk mengurangkan rasa kebimbangan mereka, Mama boleh cuba membenarkan anak-anak melihat Mama menyediakan air mandian. Mungkin Mama juga boleh biarkan mereka duduk di dalam tab mandi sambil Mama mengisi air ke dalamnya. Ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan air kerana ia akan menyelubungi badan kecil mereka sedikit demi sedikit. Ia juga akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan suhu air tersebut dan memberi Mama masa untuk menyediakan suhu air yang sesuai dengan anak-anak jika air menjadi terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika mereka tidak sukakan bunyi air yang sedang keluar dari paip, biarkan mereka masuk ke dalam tab mandi apabila air sudah diisi untuk mengurangkan rasa takut.
Masa Mandi adalah Masa Yang Menenangkan!
Adakah Mama menjadikan masa mandi sebagai satu aktiviti yang perlu dilakukan dan berakhir dengan secepat mungkin?
Keadaan yang tergesa-gesa tersebut mungkin menyebabkan anak Mama merasa resah dan memberi tekanan kepada mereka kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk memproses dan menikmati saat-saat mandian tersebut.
Sebaliknya, Mama boleh melakukan sesuatu agar waktu mandian mereka merupakan sesuatu yang mereka nantikan!
Sememangnya, sesetengah kanak-kanak mempunyai kebimbangan perkembangan tipikal waktu mandi. Secara asasnya, anak-anak akan memberi tindak balas kepada jaminan ibu bapa, beralih arah dengan alat mainan mandi yang menyeronokkan dan sedikit masa rehat yang diberikan. Mama boleh mencuba memainkan lagu yang menenangkan atau kegemaran mereka. Mama juga boleh bercerita sambil memandikan anak-anak.
Memilih produk mandian yang mengandungi ekstrak chamomile dan lavender juga sangat membantu. Kedua-dua bahan ini berkesan dalam menenangkan secara semula jadi dan juga dapat melegakan gejala kolik.
Mama juga boleh memperkenalkan produk mandian yang mengandungi bau buah-buahan semula jadi seperti buah pic dan melon. Ia membantu anak-anak memikirkan keseronokkan apabila tiba waktu mandi. Apabila mereka tenang dan menantikan waktu yang menyeronokkan, ia akan mengurangkan kerisauan ibu bapa.
Follow Me Anti-Bacterial Kids Head to Toe Wash memiliki ciri-ciri produk mandian yang menenangkan dan menyeronokkan waktu mandi anak-anak. Ia mengandungi ekstrak lavender dan chamomile dan didatangi dalam dua bauan, Bursting Melon dan Cutie Peach.
Akui Ketakutan Anak-anak
Walaupun Mama mungkin rasakan ketakutan yang dihadapi anak-anak terhadap air adalah tidak munasabah, Mama harus memahami perasaan mereka adalah benar, walaupun Mama telah memberi jaminan kepada anak-anak.
Disini ingin Mama Siti nasihat Mama untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan tersebut, dimana Mama tidak mengendahkan emosi anak-anak apabila ia berlaku. Jangan memarahi mereka, kerana mereka sudah takut. Sebaliknya, pilih untuk menangani ketakutan mereka. Biar anak-anak tahu yang Mama akui dan memahami apa yang mereka takutkan. Mama boleh membantu mengatasi ketakutan anak-anak dengan memberitahu perkara-perkara positif, seperti bagaimana air dapat membersihkan badan, membunuh kuman, dan memastikan mereka tidak jatuh sakit.
Jika ketakutan mereka berada tahap melampau, Mama mungkin harus masuk bersama ke dalam tab (jika tab tersebut cukup besar) atau mandi (ya, itu bermakna Mama turut akan basah kuyup juga) dengan anak Mama untuk memastikan yang semuanya akan baik-baik sahaja.
Elakkan Pedih Mata Akibat Sabun!
Ada sesetengah kanak-kanak sebenarnya okay dengan waktu mandi, sehinggalah sesuatu yang kurang menyenangkan berlaku seperti sabun masuk ke dalam mata mereka dan meninggalkan rasa kurang selesa!
Mama pun masih ingatkan bila terkena dekat mata sendiri? Rasa pedih mata tu tak boleh nak jelaskan dengan kata-kata. Bayangkan satu aktiviti yang kelihatan tidak berbahaya, tiba-tiba bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan!
Tambahan pula, kanak-kanak mempunyai memori yang kuat apabila berkaitan perkara yang menyakitkan, dan hanya kerana satu sabun, ia boleh menjadi drama air mata hanya kerana ingin mengelakkan waktu mandi. Selain daripada mata yang pedih akibat sabun, ada juga kanak-kanak yang tidak sukakan air di wajah mereka. Jadi, Mama harus ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada kedua-dua nightmare ini!
Oleh itu, Mama Siti selalu mengesyorkan untuk Mama menggunakan produk yang tidak memedihkan mata pada anak-anak!
Bagi sesetengah ibu bapa, apabila mereka menukar kepada produk yang tidak memedihkan mata, mereka terus fikirkan mereka sedang menggunakan produk yang tidak memberi tahap kebersihan yang berkesan. Itu adalah tidak betul ya Mama kerana Follow Me Anti-Bacterial Kids Head to Toe Wash tidak memedihkan mata atau tear-free dan masih menawarkan sehingga 99.99% perlindungan bakteria tanpa bahan kimia yang membahayakan.
Sebagai pilihan terakhir atau orang kata last resort, Mama boleh pakaikan visor mandian untuk mengelakkan episod pedih mata anak Mama dan menjadikan mereka lebih yakin ketika mandi. Kalau Mama nak pakaikan goggle atau pakaian renang pada anak Mama untuk membuatkan seperti berada di ‘kolam renang’ berbanding waktu ‘mandian’ pun boleh tau!
Tiada Episod Pedih Mata atau Ketakutan dengan Follow Me Anti-Bacterial Kids Head to Toe Wash
Ketakutan adalah penting untuk diterapkan dalam diri kanak-kanak supaya mereka akan menjauhkan diri daripada masalah. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai ketakutan lain yang anak-anak akan rasai, yang bukan sebahagian daripada apa yang kita cuba ajar untuk mereka takuti. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak berasa takut untuk melompat daripada katil bayi untuk kali yang ke 12987549, tetapi akan terus menangis ketakutan apabila dipanggil untuk mandi.
Sebab itu Mama Siti mencadangkan untuk Mama menjadikan masa mandi sebagai masa yang menyeronokkan dengan Follow Me Anti-Bacterial Kids Head to Toe Wash. Ia memberi perlindungan daripada bakteria sehingga 99.99% tanpa merosakkan kulit halus mereka. Ia juga telah diuji secara dermatologi untuk menjadi lembut, bebas daripada bahan berbahaya seperti triclosan dan paraben.
Ditambah dengan ekstrak lavender dan chamomile, ia membantu meredakan rasa gelisah dan kebimbangan anak-anak disamping melembabkan kulit mereka.
Katakan ya kepada waktu mandian yang lebih menenangkan dan menyeronokkan! Dapatkan rangkaian produk Follow Me Anti-Bacterial Kids di kedai rasmi Follow Me di Shopee!
Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.