Islam itu cara hidup dan bukan sekadar agama untuk sembahan sahaja. Maka dengan itu, kita juga telah diajarkan tentang adab ziarah kubur supaya tidak berkurangan atau berlebihan semasa mendatangi orang yang telah meninggal dunia.
Mama Siti kongsikan lima adab ziarah kubur, bersama-sama dengan perkara dilarang di tanah perkuburan sebagai panduan sebelum kita menziarahi kubur nanti.
5 Adab Ziarah Kubur
#1 Ucap Salam
Berilah salam ketika kita masuk ke kawasan perkuburan orang islam dengan ucapan;
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ اَلْقُبُورِ
Maksudnya: Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan kami In shaa Allah pasti akan menyusul kalian.
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Ucapan salam itu diberikan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam kubur.
#2 Tidak Melangkah Kubur
Ianya dianggap makruh jika terpaksa berjalan di atas kubur kerana jalannya sempit atau tidak sedar ada kubur di situ.
Tetapi sebenarnya lebih baik kita sentiasa berhati-hati semasa berada di tanah perkuburan kerana ini jika disengajakan, bimbang menjadi penghinaan kepada si mati.
#3 Jarak Penziarah
Di manakah sempadan orang yang ziarah kubur ketika mendatangi kubur seseorang?
Jawapannya, sunat bagi seseorang untuk berada di kubur seseorang sepertimana kedua-duanya dekat semasa hidup.
#4 Bacaan Al- Quran
Luangkan sedikit waktu untuk mendoakan agar si mati mendapat rahmat Allah di alam kubur
Pahala bacaan al-Quran pun boleh sampai kepada orang dalam kubur jika diniatkan untuknya.
#5 Mendoakan
Sebaik sahaja selesai membaca al-Quran, doakan roh si mati dan agar penghuni kubur itu mendapat perlindungan di dalam kubur.
Apalah lagi tanda kasih sayang kita yang masih hidup kepada orang yang telah meninggal dunia selain doa kerana hanya doalah amalan yang bermanfaat buat mereka.
Perkara Yang Dilarang di Tanah Perkuburan
#1 Kawal Suara
Apabila menziarahi kubur, kita semua mesti menjaga tutur kata termasuklah dengan kelantangan suara sekali.
Sentiasa ingatkan diri supaya kawal suara ketika zikir, membaca tahlil atau bercakap. Lebih-lebih lagi kalau ada orang lain yang turut menziarahi perkuburan.
#2 Tak Perlu Bawa Bunga
Sudah menjadi kelaziman orang kita dimana mereka membawa bunga ke tanah perkuburan.
Ketahuilah sebenarnya erbuatan ini dianggap sebagai bid’ah yang haram kerana mengikut budaya agama lain dalam upacara pengebumian mereka.
#3 Kepok Boleh Tapi…
Pembinaan kepok dibenarkan selagi tujuannnya adalah untuk mencegah tanah mendap ataupun bagi membezakan antara tanah kubur dengan tanah biasa.
Hukumnya harus jika kepok itu dibina dengan syarat binaannya rendah, tidak melibatkan pembaziran dan berbentuk sederhana.
Pastikan binaan kepok itu keterlaluan iaitu sehingga melibatkan perbelanjaan yang besar, maka ia merupakan satu bentuk pembaziran yang tidak dibenarkan.
Budaya meninggikan tanah kubur sudah biasa dilakukan oleh kebanyakkan orang di negara kita. Yang selalu dilakukan, belum tentu benar di sisi agama.
#4 Tinggikan Tanah
Menurut sunah dari Nabi SAW, kita boleh meninggikan kubur seseorang dengan paras sejengkal dari tanah tetapi hukumnya jatuh makruh tahrim jika lebih dari itu.
#5 Tidak Meratapi Jenazah
Tahan diri dari meratapi jenazah. Seperti sabda Rasulullah SAW melalui Abu Malik al-Asy’ari:
“Apabila seorang wanita yang meratapi jenazah tidak bertaubat sebelum dia meninggal dunia. Maka, dia akan dibangunkan pada hari kiamat kelak dalam keadaan dipakaikan dengan pakaian yang berminyak dan pakaian kurap.”
(Hadis riwayat Muslim)
Contoh ratapan ialah menghitung hitung kebaikannya atau menangisi jenazah dengan suara yang meraung-raung atau memukul-mukul dada atau menepuk-nepuk kepala atau mengoyakkan baju.
#6 Keluarga Arwah Sediakan Makanan Kepada Tetamu
Satu-satunya masa yang kita tak boleh boleh dihidangkan makanan dan minuman kepada tetamu ialah ketika rumah tersebut baru kematian ahli keluarga.
Ini bukan cara Nabi Muhammad SAW, bahkan hal ini merupakan larangan dan bid’ah yang sangat ditolak kerana bertentangan dengan sunah.
Islam dah ajar kita banyak adab, kita cuma tinggal patuhi sahaja. Cuba bayangkan agama kita tak ada panduan, mesti kita tercari-cari cara nak buat sesuatu kan.
Semoga adab ziarah kubur yang Mama Siti kongsikan kali ini membantu Mama menjadi umat yang lebih baik, insya Allah.
Untuk lebih banyak tips amalan dan doa klik SINI.