Terdapat beberapa tanda bersalin yang menunjukkan anda sudah bersedia untuk melahirkan cahaya mata dalam masa terdekat. Antara tanda-tanda utama yang anda patut tahu adalah seperti berikut.
- KELUAR CAIRAN SEPERTI DARAH
Semasa mengandung, sejenis lendiran darah menjadi palam penutup bukaan servik bagi mengelakkan bakteria memasuki uterus. Apabila servik mula menipis dan terbuka, palam ini akan terkeluar. Anda akan dapati lendiran yang likat berwarna coklat atau merah jambu dan kadangkala berbaur merah darah.
- PECAH AIR KETUBAN
Bayi dalam kandungan membesar dalam satu beg cairan yang dipanggil ‘pundi amnion’. Apabila tiba saat melahirkan, pundi tersebut akan pecah dan cecair amnion akan keluar. Lebih lama masa diambil untuk bayi keluar selepas itu, lebih tinggi risiko jangkitan. Jika kelahiran tidak juga berlaku selepas ia keluar, anda mungkin dipaksa untuk melahirkan.
- DESAKAN MEMBUANG AIR KECIL
Jika anda rasa terdesak untuk membuang air kecil, itu adalah lagi satu tanda bersalin sudah hampir kerana kepala bayi telah mula turun dan menekan pundi kencing.
- KONTRAKSI YANG KERAP
Dalam bulan-bulan terakhir, sekali-sekala akan berlaku kontraksi, dimana uterus mengecut dan mengendur sebagai satu cara badan bersedia untuk melahirkan. Ini menyebabkan bayi tertolak ke bawah dan servik terbuka. Kontraksi yang berlaku sekali-sekala ini biasanya tidak menyakitkan dan dikenali sebagai Braxton Hicks. Jika berlaku lebih kerap, berkemungkinan ia adalah salah satu tanda bersalin. Ianya adalah kontraksi untuk bersalin. Perhatikan perkara berikut:
Kekerapan kontraksi
Adakah kontraksi anda berterusan? Ukur masa kontraksi pertama dan kedua.Pastikan ia mempunyai pola dan teratur, seperti berlaku setiap 5 minit. Kontraksi palsu berlaku tanpa pola tertentu dan sekali-sekala sahaja.
Berapa lama kontraksi berlaku
Ukur tempoh kontraksi. Jika ia berlaku selama 30 saat pada satu-satu masa dan meningkat hingga 90 saat, anda mungkin telah bersedia untuk bersalin.
Bolehkah anda hentikan kontraksi?
Kontraksi sebenar akan berterusan atau bertambah kuat apabila anda bergerak.Jika kontraksi berhenti apabila menukar posisi, berjalan atau melakukan aktiviti lain, besar kemungkinan ia palsu.
3 PERINGKAT KELAHIRAN
Apabila telah sampai waktu melahirkan, ibu-ibu akan melalui 3 peringkat kelahiran. Bagi membantu menghadapi saat-saat ini, anda boleh:
- Bangun dan berjalan-jalan
- Minum air atau minuman isotonik untuk mengekalkan tenaga
- Makan snek ringan
- Minta teman melahirkan menggosok belakang anda bagi mengurangkan kesakitan
1.SERVIK MULA TERBUKA
Kontraksi sememangnya adalah salah satu tanda bersalin awal yang paling utama. Ia membantu melembutkan dan menipiskan servik serta membukanya. Banyakkan berehat dengan tidur atau berendam dalam air panas. Berdiri dan aktif secara perlahan juga membantu bayi untuk turun ke bawah dan servik untuk terbuka. Apabila bukaan melebihi 3cm, kelahiran akan bermula. Bagi kelahiran pertama, masa yang diambil daripada permulaan kelahiran kepada bukaan penuh adalah 6 hingga 12 jam. Anda akan diminta untuk meneran sehingga servik terbuka sepenuhnya dan kepala bayi dapat dilihat. Cuba untuk meghembus nafas perlahan-lahan dan dengan lembut. Jika keinginan untuk meneran terlalu kuat, lakukan dengan hembusan pendek. Jika proses kelahiran dirasakan lama, ia mungkin dipercepatkan dengan memecahkan air ketuban atau memasukkan air yang mengandungi syntocinon dalam darah bagi menggalakkan kontraksi.


- Bukaan servik penuh masa bersalin ialah 10 cm. Bukaan serviks masa bersalin ini berlaku pada peringkat 1. Bersalin ada 3 peringkat. Mereka yang bersalin tanpa induce, akan lalui peringkat pertama ini biasa sebelum ke hospital. Ada yang tidak sedar sedang melalui beberapa jam awal. Namun selepas beberapa ketika akan mula rasa tidak selesa, atau mula dapat tanda kontraksi atau keluar darah atau pecah air ketuban. Ibu-ibu mungkin tidak pasti tanda ini. Mungkin false alarm. Jika tidak pasti segera ke hospital. Doktor akan periksa bukaan serviks dan lakukan CTG.
- Jika bukaan serviks pada 3 ke 4 cm dan CTG menunjukan tanda kontraksi, lebih baik ke hospital bersalin. Ketika ini kontraksi lebih kurang setiap ½ jam. Jarak kontraksi akan semakin singkat, setiap 20 min, kemudian setiap 10 minit dan setiap 1 minit iaitu waktu untuk teran bayi. Tempoh bersalin berbeza mengikut orang. Keseluruhan masa bersalin samada dalam 2 ke 3 jam sehingga 18 ke 24 jam untuk bukaan penuh serviks. Jika lebih dari tempoh, doktor akan buat keputusan samada boleh bersalin normal atau perlu bersalin secara bedah.
- Secara purata bukaan serviks masa bersalin 1 cm mengambil masa 1 jam. Jadi akan ambil masa 10 jam untuk bukaan serviks sepenuhnya. Namun jika telah kerap bersalin tempoh akan lebih cepat. Atau ubatan diambil untuk mempercepatkan bukaan serviks akan memendekan masa juga.
- Untuk mereka yang bersalin anak sulung sukar untuk tentukan jangka masa bersalin ini cepat 2 ke 3 jam atau lama. Namun jika sudah pernah bersalin, boleh jangka masa.
2.BAYI TURUN DAN DILAHIRKAN
Peringkat ini bermula dengan servik yang terbuka penuh sehingga bayi dilahirkan. Anda boleh memilih posisi yang dirasakan selesa bagi membantu kelahiran seperti berbaring, berdiri, duduk, melutut atau mencangkung. Jika merasa penat, berbaringlah di sisi. Jika mengalami sakit belakang, melututlah dengan kaki dan tangan. Apabila servik telah terbuka sepenuhnya, anda akan merasa perlu untuk meneran.
Apabila kepala bayi telah kelihatan dan mula keluar, anda akan diminta untuk berhenti meneran dan menarik nafas beberapa kali bagi membolehkan kepala bayi keluar dengan perlahan. Ini memberi masa untuk kulit dan otot perineum meregang tanpa koyakan. Kadangkala bagi mengelakkan koyakan dan mempercepat proses kelahiran, bahagian tersebut akan dibius dan guntingan episiotomi dilakukan.
3.PLASENTA MERENGGANG DAN KELUAR MELALUI FARAJ
Selepas kelahiran bayi, kontraksi seterusnya akan membantu untuk mengeluarkan plasenta. Anda juga akan ditawarkan suntikan syntocinon untuk menggalakkan kontraksi dan membantu mengeluarkan plasenta. Diharapkan dengan perkongsian tanda bersalin ini, ibu dapat bersiap-sedia bagi menempuhi proses tersebut. Selamat berjaya dan semoga segalanya lancar sahaja ya!
Sumber: Lactamilmama.com / mamadamia.com