Kebelakangan ini, terdapat pelbagai berita yang menyayat hati tentang kecuaian ibu bapa di negara kita. Contohnya kes kemalangan yang menyebabkan dua beradik maut dalam kebakaran semasa mak ayah tiada di rumah dan ketika musim banjir yang lalu, sepasang adik-beradik meninggal akibat terkena renjatan elektrik.
Adakah hal tersebut berlaku disebabkan anak-anak yang degil, ataupun akibat ibu bapa cuai dalam menjaga keselamatan anak-anak?
Sebagai ibu bapa, Mama Siti percaya kita sudah cuba dan berikan yang sehabis baik dalam menjaga keselamatan anak-anak dan melindungi diri mereka. Anak-anak adalah amanah, ujian dan anugerah yang sangat berharga kurniaan dari Allah kepada hambanya.
Kali ini, Mama Siti nak kongsikan beberapa perkara yang Mama Papa boleh take note dan praktikkan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan pada anak-anak.
5 Perkara Asas & PENTING Yang Harus Ada di Setiap Rumah
1. Buat Pelan ‘Emergency Exit’
Mama Siti pasti ramai yang tak fikirkan hal ini, terutamanya bagi mereka yang tinggal di rumah jenis high-rise.
Luangkan masa bersama anak-anak untuk pelan satu emergency exit, sekiranya berlaku kebakaran, rompankan, apa-apa situasi yang luar jangkaan. Penting sangat untuk ada jika berlaku apa-apa kejadian.
Adalah penting untuk Mama ajarkan juga pada anak-anak apabila berlakunya kecemasan – apa mereka harus buat, apakah langkah seterusnya, laluan mana yang harus mereka ikut dan sebagainya.
Ajarkan mereka semua ini. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, benda pertama yang harus dilakukan adalah bertindak balas dengan pantas dan jangan panik.
Peralatan kecemasan seperti peti pertolongan cemas, alat pemadam api, lampu suluh dan wisel adalah beberapa peralatan yang berguna sewaktu kecemasan dan harus ada di dalam rumah, di tempat yang mudah dicapai.
2. Pastikan Pintu Bertutup dan Berkunci
Apa pun yang jadi, sentiasa pastikan pintu-pintu utama seperti pintu depan dan pintu belakang, bertutup dan berkunci, lagi-lagi kalau ada si kecil di rumah.
Tetapkan juga beberapa peraturan untuk anak-anak Mama. Kalau keluar PERLU minta kebenaran daripada Mama dan Papa. Pastikan juga anak-anak yang berumur di bawah 5 tahun untuk tidak membuka pintu begitu sahaja apabila loceng berbunyi.
Ajar anak-anak untuk biarkan orang lebih dewasa untuk membuka pintu. Terangkan kepada mereka kepentingannya.
3. Simpan Ubat Penting di Tempat Yang Selamat
Kenapa tempat selamat? Biasa lah, anak-anak suka mencapai barang yang terlarang dan berbahaya. Simpan elok-elok dekat tempat yang Mama ingat dan selamat, jauh dari capaian anak-anak.
4. Pasang Lampu Keselamatan Pada Waktu Malam
Selalu kes rompak terjadi pada waktu malam. Jadi biasakan untuk hidupkan lampu keselamatan pada waktu malam. Kalau apa-apa berlaku, ia boleh nampak dengan lebih jelas pada kamera keselamatan yang dipasang.
5. Babyproof Rumah Mama
Mama ada anak bawah 2 tahun di rumah? Jika ya, pastikan rumah Mama kalis bayi! Antara yang perlu baby proofing adalah soket elektrik, kabinet, perabot, peralatan, tangga, bilik mandi dan tingkap.
Bagi rumah yang mempunyai balkoni di tingkat atas atau rumah jenis high-rise, sangat disyorkan untuk Mama Papa memasang invisible grill di balkoni tersebut.
Ini adalah supaya untuk mengelakkan anak-anak daripada memanjat dan melihat kebawah.
Mama kena tengok betul-betul dan scan apa yang perlu dikaliskan. Jangan menyesal pulak kalau tak kaliskan!
Ok jangan cakap Mama Siti tak cakap pula ya, Mama! Keselamatan ni penting untuk kita dan juga anak-anak. Orang luar seperti makcik, pakcik, dan pengasuh juga harus pastikan mereka selamat semasa berada di dalam jagaan mereka.
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dan sentiasa aware dengan keadaan sekeliling demi keselamatan anak-anak.
Ingat pesan Mama Siti ya~
Dapatkan lebih banyak tips keselamatan anak-anak di SINI!