Walaupun teori laktasi menegaskan penyusuan susu ibu menggunakan botol adalah tidak digalakkan dan melanggar etika penyusuan namun ia boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam penyusuan terutama bagi ibu bekerjaya. Teknik penyusuan menggunakan botol amat berbeza jika dibandingkan dengan teknik penyusuan ibu secara terus. Jika bayi mula diperkenalkan penggunaan botol dan puting sejak dari kecil, dikhuatiri dia akan mengalami masalah keliru puting dan masalah-masalah lain dalam penyusuan. Walaupun ada alternatif lain selain menggunakan botol tetapi kaedah tersebut agak mencabar dan hakikatnya kebanyakkan ibu masa kini bekerja dan perlu meninggalkan anak sama ada di rumah sendiri, pengasuh atau taska. Atas alasan ini, anda tiada pilihan lain selain menyusukan bayi menggunakan botol sewaktu ketiadaan anda.
PEMILIHAN BOTOL SUSU NUK
Ramai ibu bapa di Malaysia mempercayai produk penyusuan NUK jenama daripada German yang telah mula bertapak sejak tahun 1956 dan memasuki pasaran Malaysia sejak 1993 lagi. Botol susu jenama ini bebas BPA (BPA free). NUK menampilkan botol jenis Premium Choice, PP Botol Classic dan Susu Botol Kaca dengan puting jenis Ortodontik dalam pilihan jenis silikon dan getah. Harga botol susu NUK dipasaran bermula dari RM30.
Puting Ortodontik Jenis Silikon & Getah
- Puting NUK Mesra Bayi
Permukaan puting NUK adalah sangat lembut, namun ia tidak mudah koyak. Dibuat dari bahan silikon dan juga getah berkualiti, puting NUK mempunyai keanjalan yang menyerupai payudara sebenar seorang ibu. Maka ia dapat mengelakkan bayi mengalami kecelaruan puting ketika ibu keluar bekerja. Bentuk Ortodontik puting NUK membuat mulut bayi membuka secara semula jadi, dan menyokong mulutnya secara lembut dan sangat sesuai dengan bibir bayi yang lembut. Tekstur puting NUK memastikan kelembutan ideal dan keanjalan supaya bayi boleh menghisap dengan mudah dan selesa.
- Sistem Botol Susu Dan Puting NUK Berfungsi
Pakar penyelidik berpendapat, puting NUK direka dengan bentuk yang sesuai dan sempurna dengan lidah dan rahang bayi anda. Ia membolehkan pergerakan lidah lancar sambil meminimumkan pengambilan udara semasa menyusu. Inovatif sistem Air Anti-Colic yang terdapat pada produk botol susu NUK dapat mengurangkan risiko kembung perut bayi. Ia mengurangkan gelembung udara semasa bayi minum susu menggunakan botol, sekaligus dapat mengelakkan risiko kolik.
- Mendapat Perakuan Dunia
Kesemua botol susu NUK dan puting telah mendapat kelulusan daripada Yayasan Kesihatan Pergigian yang memperakui produk NUK menggalakkan pembangunan mulut bayi yang sihat. Setiap tahun, lebih 3 juta puting NUK Orthodontic digunakan di wad bersalin dan unit Neonatal di seluruh UK. 93% pakar kanak-kanak dan 87% daripada bidan mencadangkan penggunaan puting NUK.
- Corak & Grafik Label Botol Menarik
Botol Susu NUK Edisi Disney
NUK merupakan antara pengeluar produk penyusuan seperti botol susu paling menarik pandangan kerana mempunyai corak dan grafik label yang cantik dan menarik mengikut tema tertentu berbanding botol susu jenama lain. Corak dan grafik pada botol susu NUK sentiasa diubah dari semasa ke semasa dan tidak akan diulang cetak semula.
CADANGAN NUK
- Jangka hayat botol susu dan puting NUK dinasihatkan oleh pakar ditukar dalam tempoh setiap enam bulan. Untuk botol susu jenis gelas adalah dalam tempoh setahun. Manakala bagi puting silikon pula dalam jangka 3 bulan dan putih getah 3 hingga 4 minggu. (Bergantung kepada penggunaan).
- Setiap kelahiran bayi memerlukan dua botol besar dan dua botol kecil. Ia sebagai persediaan untuk ibu yang bekerjaya mula bekerja selepas tempoh berpantang.
- Setiap puting keluaran NUK terbahagi kepada beberapa saiz mengikut jenis cecair yang digunakan.
- Terdapat juga Learner Bottle keluaran NUK didatangkan dengan pelbagai variasi corak botol yang menarik. Ia berfungsi sebagai botol untuk meminum air. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh menggunakan produk ini sebagai pengganti botol susu dengan menukar puting botol mengikut kesesuaian si kecil minum susu. Botol ini sangat membantu bayi berusia 6 bulan ke atas untuk memegang sendiri botol ketika minum air atau susu tanpa bantuan daripada ibu bapa. Walau bagaimanapun ia masih perlu pengawasan daripada ibu bapa untuk memantau keadaan anak ketika minum atau memegang botol sendiri.
INFO PENYUSUAN MENGGUNAKAN BOTOL UNTUK IBU BERKERJAYA.
Untuk ibu berkerjaya, anda pasti inginkan yang terbaik untuk si manja. Untuk mengelakkan bayi anda kecelaruan puting ketika menyusu badan atau menggunakan botol susu ketika anda keluar bekerja, sarankan ini kepada pengasuh atau penjaga taska bayi anda.
- Susu melalui botol hanya diberi jika bayi menunjukkan tanda lapar dan tidak perlu mengikut jadual seperti mana penyusuan terus dari susu badan ibu. Ini untuk menggelakkan bayi menolak secara langsung menghisap puting ibu kerana terbiasa dengan penyusuan melalui botol.
- Bayi dipangku dalam posisi duduk dan bukannya berbaring. Posisi ini sesuai untuk memastikan pengambilan susu dari botol adalah pada kadar yang sesuai. Ia dinamakan paced bottle feeding. Menyusu ketika berbaring meningkatkan risiko gigi rosak dan jangkitan telinga.
- Sarankan pengasuh anda agar mengubah posisi botol susu dari sebelah bahagian mulut ke bahagian lain. Ini dapat mengelakkan bayi hanya gemar menghisap sebelah payu dara sahaja ketika menyusu badan ibunya setelah pulang dari kerja.
- Menyusu hanya 10 – 20 minit di setiap sesi. Ini bagi meniru langkah penyusuan susu ibu. Pengasuh bayi perlu menyediakan susu dalam kuantiti yang sesuai untuk dihabiskan dalam tempoh 10 – 20 minit.
- Biarkan bayi memasukkan sendiri puting susu ke dalam mulutnya sendiri berbanding pengasuh menolak puting ke dalam mulutnya. Usap bibir bayi dari atas ke bawah dengan puting untuk menggalakkan dia membuka luas mulutnya.
- Pengasuh sepatutnya kerap berhenti seketika sewaktu menyusukan bayi dengan meniru rentak penyusuan susu badan. Langkah ini sangat bagus untuk mengelak bayi keliru puting.
- Bayi tidak sepatutnya dibiarkan menghabiskan baki susu di dalam botol. Jika dia meleraikan botol dari mulutnya, itu bermakna dia sudah kenyang.
Anda boleh dapatkan produk keluaran NUK di pasaraya besar terdekat: AEON, PARKSON, Giant, Manjaku, Robinson, Anakku atau atas talian di Angelland, Motherhood, Anakku, Lazada Malaysia dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, layari www.nuk.my atau kunjungi Facebook NUK Malaysia www.facebook.com/nuk.my