KelabMama

KHASIAT EPAL YANG RAMAI TAK TAHU! BEKALKAN SEBIJI EPAL SETIAP HARI KEPADA KELUARGA ANDA.

Sebiji epal sehari menjauhkan anda daripada doktor. Begitulah khasiat buah epal jika anda mengamalkannya dalam diet harian kerana ia kaya dengan sumber antioksida dan vitamin C. Manakala kandungan antioksida seperti flavonoid mampu memerangi penyakit kanser. Kandungan quercitin dalam buah epal mampu mengelakkan kita daripada mendapat penyakit alzheimer.

Mungkin ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal. Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh.

 

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari.

 

 

BUAH EPAL MENCEGAH KANSER

 

Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa.  Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung. Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat).  Epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah. Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA). Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon.

 

 

 

 

Sumber: Kosmo