Mungkin tidak ramai dari ibu bapa yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki ketika tidur buat bayi, anak anda malahan untuk orang dewasa sendiri. Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stokin ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain dari itu ianya mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan. Jika hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stokin, kaki akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.
“Apa yang berlaku bila memakai stokin ketika tidur, antaranya ialah, stokin akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu bayi, kanak-kanak dan orang dewasa mendapatkan tidur yang berkualiti.” -Dr. Phyllis Zee, MD, PhD, professor Northwestern University’s Feinberg School of Medicine, Chicago.
KEBAIKAN PAKAI STOKIN
- Pemakaian stokin ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Dimana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking tersebut, dan ini dapat megelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.
- Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stokin dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.
- Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar kebahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.
- Pemakaian stokin ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan,ia akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.
- Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa dibetis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
TIP PEMAKAIAN STOKIN
- Sebaiknya, sebelum menyarungkan stokin kepada anak anda, sapukan sedikit losyen kulit atau minyak telon pada kaki dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.
- Stokin yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.
- Jangan gunakan stokin yang sama setiap malam tanpa dicuci, gunakan hanya sekali semalam, dan basuh keesokkan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dll pula akan muncul.
- Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.
Sumber: Internet