Pada 2 Disember yang lepas, viral di media sosial gambar tangan seorang bayi mengalami bengkak teruk yang didakwa berlaku akibat kecuaian pihak hospital. Menurut Puan Siti Rohayu Abdul Shukor , kejadian ini berlaku akibat jarum suntikan yang mengandungi ubat terkeluar dari line menyebabkan ia masuk melalui kulit bayi.
Gambar itu dimuat naik apabila beliau bimbang melihat keadaan tangan anak kembarnya, Mubasyir seperti tiada perubahan positif.
Bapa Saudara Berang, Salahkan Pihak Hospital
Berang dengan insiden tersebut, bapa saudara wanita tersebut, Mohd Razman Faizal Sulaiman, telah memuat naik gambar tersebut di laman Facebooknya, mengatakan bahawa keadaan tangan anak saudaranya itu disebabkan oleh kecuaian pihak hospital.
“Adakah kesan bengkak ini normal kat tangan baby sepupu aku? Apa yang aku nampak ini adalah kes kecuaian pihak hospital dan aku harap pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia tak lepas tangan,” tulisnya.
Sementara itu, ada juga netizen yang berpendapat, perbuatan beliau men’viral’ isu seperti itu tak akan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya mewujudkan persepsi yang tak baik kepada pihak hospital.
Salam Encik. Anak encik ni masuk ward sebab apa? Apa diagnosa terkini? Ubat apa yang masuk dalam salur darah tangan anak encik? Antibiotik ke, potassium ke? Dah refer ortho belum?
Tengok gambar latest, nampak swelling and erythema improving, cuma ada necrotic patch. Dressing apa diorang buat?
Viral macam ni tak membantu, hanya create perception and prejudice.
Faizudin Ramly
Tangan Mubasyir Semakin Pulih
Allahu, takutnya. Bayangkan kalau berlaku macam ni kat anak mama. Boleh meroyan tau.
Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Puan Rohayu telah memaklumkan bahawa anaknya kian pulih perkara selepas mereka bertemu dengan pengarah hospital berkenaan. Setiap 2 minggu sekali, mereka berulang alik dari Kulim ke hospital untuk menukar dressing tangan si kecilnya.
Sumber: thereporter
BACA JUGA IBU GEMENTAR KETIKA MEMOTONG KUKU, JARI KAKI BAYI 10 BULAN ALAMI NECROSIS
Pesan Mama Siti:
Alhamdulillah, tangan Mubasyir dah sembuh. Dah boleh main dengan kembar dia, Mubarak. Tapi Mama Siti harap tak berlaku lah insiden macam ni sekali lagi. Sedih tau tengok tangan baby macam tu. Dah la kecil lagi.