Macam mana lah nak lembutkan hati si manja mama ni? Kecil-kecil dah pandai betul melawan. Ada saja yang tak kena di matanya…
Anak-anak yang masih kecil ni memang kuat betul meragam. Mama Siti dulu pun kadang-kadang rasa nak meletup kepala melayankan kerenah si kecil. Mana taknya, kalau tak kena dengan angin dia sikit, kadang-kadang barang mainan pun dilemparnya.
Nak marah tak sampai hati, nak pukul apatah lagi. Jadi, kita pun mengalah saja, ikutkan segala apa yang dia nak. Tapi tipulah kalau Mama Siti kata asyik mengalah saja. Kadang-kadang tu sikap keras kepala dan kedegilan anak tu boleh menguji kesabaran Mama Siti juga.
Tapi apa nak buat kalau anak selalu tantrum, tak nak dengar kata mama? Takkanlah kita nak angkat tangan kan? Jadi Mama Siti akan kongsikan 3 tips nak lembutkan hati anak-anak daripada Puan Salinda Sopian. Mama boleh amalkan tips ni, InshaAllah menjadi!
Lembutkan Hati Anak-Anak
Kadang-kadang saya geram dengan Syifaa ni. Mana tak nya, kadang-kadang tak nak dengar cakap langsung.
Dah cakap jangan main, nak main juga. Bila dilarang, mula lah menjerit dan menangis.
Kebiasaannya memang saya abaikan sahaja jeritan dan tangisan dia tu. Tapi kadang kala terganggu juga emosi saya.
Saya amalkan 3 tips mudah ini untuk lembutkan hati anak-anak supaya mereka mudah menerima nasihat dan perkara yang baik.
Tidur
Ketika anak-anak tidur saya akan baca ‘Ya Latif’ dan tiupkan di ubun anak-anak.
Ya Latif adalah salah satu dari nama-nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut.
Semasa tiup tu, doalah pada Allah supaya hati mereka lembut.
Basuh Beras
Semestinya ibu-ibu akan memasak nasi setiap hari untuk keluarga, bukan?
Sewaktu basuh beras tersebut, boleh amalkan langkah ini;
- Basuh dengan tangan kanan
- Cuci beras berlawanan dengan arah jam (ikut arah pusingan tawaf)
- Selawat 3 kali
- Baca doa, ‘ Yang Allah, lembutkanlah hati anak-anak ku untuk menerima kebaikan seperti mana Kau lembutkan beras ni sehingga menjadi nasi.’
Waktu Bermain
Masa tengah layan anak-anak main tu, saya saja-saja bisikkan kat telinga anak-anak.
“Dhuha dan Syifaa good girl. Dhuha dan Syifaa dengar cakap Ummi kan.”
Walaupun dua beradik tu macam tak dengar, sibuk bermain, tapi sebenarnya kata-kata saya itu masuk ke hati dan minda mereka.
Nota Kaki
Yang paling penting, jangan sesekali mak ayah menunjukkan kemarahan yang tidak terkawal sekiranya anak tak nak dengar cakap kita.
Kalau nak anak lembut hati, tak kan mak ayah pula yang nak mengamuk sana sini.
Tak ke begitu? Belajar sesuatu?
Sumber: Salinda Sopian
BACA JUGA PERKEMBANGAN MENTAL SI KECIL YANG MAMA DAN PAPA WAJIB TAHU
Pesan Mama Siti:
Selain daripada 3 cara ni, mama juga boleh berdoa dengan Allah SWT semoga anak-anak mama tak degil, sentiasa dengar cakap mama. Doa tu kan senjata umat Islam. Jadi, jangan putus berdoa untuk anak mama. Mama dah lupa ke doa seorang ibu kepada anaknya sangat mustajab? InshaAllah, usaha mama akan dapat perbaiki komunikasi dan hubungan mama dengan anak mama.