Ha, siapa cakap wanita hamil tak kena pakai seat belt? Hamil tak hamil, driver atau passenger, single or married peraturannya, semua orang wajib pakai seat belt bila memandu di jalan raya.
Sebab seat belt ni lah yang akan jadi penyelamat nyawa kita kalau berlaku kemalangan. Kalau ibu hamil yang memandu untuk pergi kerja atau hobinya memandu, seat belt ni wajib pakai sebab ia dapat menurunkan risiko kemalangan ketika memandu bagi ibu hamil.
Tapi, kalau dah nama pun hamil, nak pakai seat belt ni tak boleh sembarangan. Kena hati-hati, ada cara yang mama perlu ikut. Bukannya pakai macam biasa, ketat di perut tu. Tu yang ada komplen, tak selesa lah, ketat lah, susah nak bernafas lah.
Ha, kali ni Mama Siti akan kongsikan cara pemakaian seat belt kepada ibu hamil mengikut Dr. Muhammad Izzat. Semoga mama mendapat pencerahan!
Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan?
Cara pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :
- Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tak terbelit. Ini utk pastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri bleh sebabkan kecederaan pada organ dalaman – hati, limpa, usus dan pada rahim.
- SENTIASA pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yang duduk kat belakang. Masa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di bawah perut.
- Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
- Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
- Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
- Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
Penggunaan Tali Keledar Yang Tepat Kurangkan Risiko Kecederaan
TAK PAYAH beli pelbagai produk atau sponge untuk cover perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung saja sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai juga. Jangan lah terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.
Malang memang tak berbau, kalau nak accident tu memang accident juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak accident. Perut yang besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag’.
Sumber: Muhammad Izzat, National Highway Traffic Safety Administration
BACA JUGA TIP NAIK KENDERAAN BERSAMA SI KECIL. MAMA PAPA JANGAN PANIK YA!
Pesan Mama Siti:
Undang-undang pakai seat belt ni mestilah dibuat untuk jaga keselamatan mama dan juga anak mama sendiri. Walau pelbagai saranan diberikan tapi kalau tak ada kesedaran daripada diri sendiri, tak ada guna juga. Jadi, beringatlah sebelum terkena, okay?