Kelahiran bayi perempuan merupakan berita gembira buat Caitlin dan keluarga. Keluarga yang berasal dari Kansas ini menyambut kelahiran bayi perempuan mereka sebulan lebih awal daripada sepatutnya. Namun, bayi tersebut sihat dan selamat untuk dibawa pulang. Caitlin dan suami yang sudah mempunyai dua orang anak lelaki, bertambah gembira dengan kehadiran seorang bunga dalam keluarga mereka. Namun, kegembiraan itu hanya sementara.
Pada satu malam, bayinya terjaga kerana asyik terbatuk. Ketika itu bayinya baru memasuki usia enam minggu.
Berjangkit daripada abang-abang.
Dua abangnya sangat menyayangi adik perempuan mereka. Jadi mereka sering belai dan memberikan ciuman kasih sayang kepada adik mereka. Namun suatu hari, adik perempuan mereka dijangkiti selsema daripada abang-abang. Saya memahami keadaan tersebut, tetapi batuk bayi perempuan saya berbunyi sedikit berbeza.
Tulis Caitlin diruang ‘Love What Matters.’
Caitlin terkejut apabila bayi perempuannya menghadapi masalah untuk bernafas. Dia dan suami terus membawa bayi perempuan mereka ke hospital. Mereka kemudiannya dikejutkan dengan berita anak mereka yang baru berusia enam minggu mempunyai 82% oksigen dalam badannya.
Saya ingatkan hanya demam dan batuk biasa. Tetapi, anak saya dijangkiti virus “Respiratory Syncytial Virus” (RSV). Virus ini berbahaya, terutamanya untuk bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. Ianya susah untuk diubati, dan jika dijangkiti, kita hanya akan nampak tanda-tanda virus ini pada hari kelima jangkitan.
Tiada apa yang saya boleh lakukan… Saya hanya mampu melihat tercungap-cungap menarik nafas.
Berada disisi anaknya 24 jam.
Sebagai seorang ibu, Caitlin hanya mampu berada disisi anak perempuannya. Siang malam dia kekal berada di samping si kecil, cuba untuk menjaganya walaupun dia dipenuhi wayar-wayar oksigen dan perubatan.
Walaupun diberi bantuan oksigen dan ventilator, badan anak saya kelihatan seperti mengalah melawan virus RSV tersebut. Setiap kali dia cuba untuk bernafas, dadanya pasti akan naik ke atas, menunjukkan kesukaran untuk bernafas. Hanya selepas berlakunya kejadian itu saya dan suami tahu bahawa dada berombak ketika bernafas merupakan salah satu simptom virus RSV.
Apabila Caitlin menanyakan keadaan anak perempuannya kepada jururawat yang bertugas, dia juga tidak berani untuk memikirkan keadaan yang mungkin berlaku. Jururawat tersebut berkata,
Saya tidak boleh beritahu Puan bahawa bayi Puan akan okay, tapi kami sedang berusaha sebaik mungkin. Namun, virus RSV ini sangat membahayakan nyawa…
RSV sangat berbahaya untuk bayi
Sayu rasa hati melihat bayi saya dengan mukanya yang pucat dan letih. Apa yang saya fikirkan hanyalah bagaimana dia boleh dijangkiti penyakit itu. Hingga ke hari ini, punca sebenar masih tidak diketahui tapi berkemungkinan besar daripada ciuman yang sering diberikan oleh saya dan suami sendiri, atau abang-abangnya. Mungkin demam adalah perkara biasa untuk kita yang dewasa dan kanak-kanak, namun ia boleh jadi sangat bahaya untuk bayi.
ujar Caitlin lagi.
Kini, keadaan bayi perempuannya sudah kembali pulih dan sihat seperti bayi-bayi yang lain. Nasihat Puan Caitlin kepada ibu bapa yan lain,
Bayi perempuan saya sihat seperti biasa pada bulan seterusnya. Saya dan suami kongsikan perkara ini untuk memberi kesedaran tentang bahayanya virus RSV untuk seisi keluarga.
Anak-anak itu sangat berharga dan normal sebenarnya untuk kita cium dan belai mereka. Walau bagaimanapun, mungkin daripada kisah ini akan membuatkan kita lebih berhati-hati selepas ini.