Susu ibu merupakan susu yang penuh khasiat apabila diberikan kepada bayi kita. Seawal kelahiran mereka, susu ibu merupakan makanan utama yang dimasukkan ke dalam mulut bayi kita sehingga dia berusia 2 tahun. Tapi, tahukah Mama bahawa pemerahan susu juga memerlukan teknik yang betul? Bagaimana, bila dan berapa lama susu perahan diperlukan?
APAKAH TEKNIK PERAHAN SUSU IBU YANG BETUL?
Terdapat 2 cara teknik pemerahan susu ibu iaitu:
- Teknik Pam Elektrik/ Manual
Kaedah pam elektrik dan manual adalah lebih cepat dan cekap berbanding menggunakan tangan.
Kaedah pam elektrik
- Letakkan bekas bentuk cawan di atas payudara anda, mulakan mesin dan biarkan ia menyedut susu ke dalam bekas.
- Mudah dan senang. Tanpa perlu anda pegang.
- Pada masa sama boleh membuat kerja anda tanpa gangguan.
Kebiasaannya diguna pakai oleh ibu-ibu yang bekerjaya.
Kaedah pam manual
- Menggunakan cawan sedutan, tetapi menggunakan peranti lain untuk memerah susu. Tidak bergantung pada kuasa motor elektrik
Bagi penggunaan kaedah ini, ia mengambil masa 15 hingga 45 minit untuk sekali sesi bagi kedua-dua belah. Penggunaan pam ini seolah-olah meniru gaya sedutan bayi anda.
Pemilihan pam juga sangat penting kerana perlu ambil kira kekerapan penggunaannya dan masa yang anda boleh luangkan untuk proses pemerahan.
Teknik Mermet/Pemerahan Menggunakan Tangan
Sebelum wujudnya pam pemerahan susu ibu, teknik perahan menggunakan tangan atau teknik mermet ini telah lama diguna pakai oleh orang zaman dahulu.
Walaupun masa kini telah maju dengan penggunaan pam, pemerahan menggunakan tangan kekal sebagai kemahiran yang berharga untuk dikuasai.
KENAPA?
- Ini kerana penggunaan tangan tidak memerlukan bateri atau motor.
- Penggunaan pam elektrik/ manual tidak mampu memerah susu ibu hingga tidak ada yang tinggal.
- Tidak mengganggu sekiranya terlupa bawa pam.
- Ianya flexible sekiranya penggunaan pam menyakitkan payudara anda.
- Jika berlaku susu tersumbat, urutan tangan mampu mencetuskan kelancaran susu.
- Ianya percuma dan sentiasa tersedia.
Sebelum memulakan sesi pemerahan susu, pastikan anda membasuh tangan hingga bersih dahulu.
Cara-caranya adalah:
+1 Mengurut
- Membuat urutan perlahan-lahan dari pangkal bawah ketiak kearah puting
- Jika terdapat benjolan, kemungkinan besar salur saraf tersebut dipenuhi susu
- Urut dengan lebih kuat bagi menggerakkan susu keluar kearah puting
- Sekiranya tidak surut, buat tuaman panas/ hangat keatas benjolan sehingga benjolan tersebut reda.
- Selain tuaman, gunakan sikat yg bergigi lebar untuk meyikat payudara dari bahagian hujung ketiak hingga ke puting
- Posisikan badan anda condong kebahagian depan bagi membantu graviti bumi menarik susu keluar dengan lancar.
+2 Memerah
- Letakkan ibu jari anda diatas dan jari lain dibawah puting luar aerola. Tekan sedikit kearah payudara.
- Perlahan-lahan tekan ibu jari anda bersama-sama dan tolak ke depan berentak.
- Rehatkan jari sebentar dan ulang semula.
- Teknik ini mengambil masa untuk belajar. Apabila sudah masih, anda akan lebih cepat dan mudah.
- Pastikan semua saluran susu dikosongkan
- Kaedah cawan digunakan bagi membantu teknik perahan menggunakan tangan ini.
- Gunakan cawan (atau mana-mana bekas lain yang dibahagian tepi licin) ditekan ke atas payudara pada bahagian bawah puting diluar aerola.
- Letakkan ibu jari di atas putting anda di luar aerola.
- Tolak ibu jari (roll) perlahan-lahan kearah cawan.
- BUKAN SLAID IBU JARI TAPI ROLLING IBU JARI ANDA SEOLAH-OAH MENOLAK SUSU DARI DALAM PAYUDARA KE PUTING SUSU.
- Ulangi gerakan itu. Apabila aliran telah berhenti, gerakan ibu jari anda mengikut arah jam.
Tips sebelum memulakan sesi teknik mermet ini.
- Sandarkan diri pada dinding atau kerusi dan pejamkan mata
- Lapangkan fikiran anda atau bayangkan bayi anda yang comel dan montel itu.
- Gentel puting seketika (warming up)
- Bila puting dah mula mengeras, dan akan terasa susu nak keluar.
- Boleh memulakan sesi pengepaman.
- Sesi pengepaman boleh amik masa 5-7 minit sebelah payudara dan secara puratanya mungkin mengambil masa 20-30 minit sekali sesi.
TEMPOH PEMERAHAN SUSU
Tempoh pemerahan susu ibu adalah bergantung kepada tujuan ibu-ibu memerah susu.
- Bagi bayi yang baru lahir, yang mengalami masalah perlu dipantau di hospital memerlukan susu ibu yang diawal. Susu ibu awal dipanggil kolostrum. Si ibu boleh memerah susu dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Ini bagi mendapatkan sesudu teh kolostrum. Dan ini mencukupi buat si bayi yang baru lahir dalam tempoh satu hingga dua jam.
- Bagi meningkat dan memastikan penghasilan susu ibu yang kosisten dan banyak, adalah perlu diperah 15-20 minit bagi sekali sesi. Dan sekurang-kurangnya 6 kali sesi atau lebih terutamanya pada waktu malam. Ini kerana waktu malam, hormon prolaktin adalah tinggi dan penghasilan susu ibu lebih tinggi.
Bagi melembutkan pembengkakan payudara, memerlukan pemerahan. Tempoh pemerahan ini tidak mengira masa, bergantung pada keadaan payudara anda. Apabila payudara dah lembut, boleh menyusu secara langsung dengan bayi anda.
Jika sekiranya pemerahan ini tidak berhasil, boleh mengurut dahulu bagi kelancaran penghasilan susu ibu. Kadang terdapat saraf yang tersumbat menyebabkan susu tidak lancar pengeluarannya. Urutan di bahagian bawah ketiak sehingga disekeliling aerola payudara dan pastikan ketulan bengkakan surut. Kemudian proses mengepam boleh dijalankan atau menyusu secara langsung dengan bayi anda.
UNTUK IBU YANG MENGUMPUL STOK SUSU IBU UNTUK KEMBALI BEKERJA
- Digalakkan ibu-ibu memerah susu selama 15 hingga 30 minit bagi satu sesi dan setiap 3 hingga 4 jam sekali sesi.
- Juga cadangan menyusu bayi pada sebelah payudara dan sebelah lagi lakukan proses pemerahan menggunakan pam.
- Ibu-ibu boleh memerah dan membuat stok mengikut keperluan bayi dan seelokknya tidak terlalu banyak hingga berlaku pembaziran.
- Selain ianya tidak segar dan enak sekiranya banyak dan terlalu lama menyimpan susu frozen ini.
3 PERGERAKAN YANG PERLU DIELAKKAN!
- Jangan picit puting payudara kerana boleh menyebabkan lebam
- Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara
- Jangan geselkan tangan anda pada payudara kernan ia boleh menyebabkan melecet
Apa yang penting sekali, anda janganlah rasa tertekan atau cuba memaksa payudara anda mengeluarkan susu. Percubaan pertama kali, ianya agak sukar dan mengambil masa.
Masa awal-awal selepas kelahiran dulu pun begitu jugak.. terseksa , tertekan.. Tapi bila dah pandai, sekejap je rasa proses pengepaman ini. Jadi, Mama harus bersabar lebih sikit ya. Selamat berjaya!