Resipi agar-agar santan ini adalah pilihan pencuci mulut yang sempurna untuk berbuka puasa. Dengan rasa lemak manis santan dan tekstur yang lembut, ia bukan sahaja menyegarkan tetapi juga mudah disediakan.
Agar-agar santan yang sejuk dari peti ais pasti memberi kepuasan selepas seharian berpuasa. Selain itu, Mama boleh sediakan agar-agar ni lebih awal, jadikan hidangan pembuka selera untuk berbuka bersama keluarga.
Resipi Agar-agar Santan

Bahan-bahan
- 1 ketul/210g gula melaka (boleh ganti 3 keping gula nisan/nise kerek saiz sederhana)
- 1 sudu besar Gula Merah Thai (pilihan)
- 3½ cawan/875ml air
- 1 helai daun pandan
- 1 kotak/200ml santan
- 1 biji telur
- 1¼ cawan/315ml air
- 1 pek/10g serbuk agar-agar (ATAU agar-agar bertali berat anggaran yang sama)
- sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Ketuk kasar gula Melaka supaya senang untuk Mama cairkan dalam periuk.
- Dalam bekas, Mama tuangkan santan, kemudian kocakkan kotak santan dengan air untuk memastikan semuanya digunakan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Kemudian, dalam bekas santan tadi, Mama masukkan air, telur, dan kacau hingga semuanya larut.
- Dalam bekas santan tadi, Mama masukkan air, telur dan kalau sehingga larut.
- Untuk memasak air gula, Mama masukkan air, gula Melaka, gula Thai, serta daun pandan yang sudah dicarik dan disimpulkan.
- Mama masak sampai semua larut dan mendidih. Kemudain Mama tapiskan.
- Masak hingga semua bahan larut dan mendidih, kemudian tapis.
- Setelah itu, masukkan semula air gula ke dalam periuk, diikuti dengan adunan santan yang telah ditapis.
- Gunakan api perlahan dan masukkan esen vanila serta serbuk agar-agar, sambil dikacau dengan kerap. Tambahkan sedikit garam
- Apabila semua bahan sudah larut, kuatkan api dan biarkan campuran mendidih.
- Bila mendidih dan naik buih, Mama kacau dan biarkan meruap sebanyak tiga kali, tetapi jangan sampai melimpah keluar periuk.
- Setelah siap, tuangkan ke dalam bekas pilihan. Bila adunan sudah agak sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
- Apabila agar-agar sudah beku, Mama boleh potong mengikut saiz dan bentuk yang disukai. Selamat mencuba!
Resipi: Che Nom
Tips:
- Bagi Mama yang tidak mahu menggunakan telur, boleh menggantikannya dengan tambahan 60ml air.
- Kalau menggunakan agar-agar bertali, masukkan terlebih dahulu ke dalam periuk sebelum menambah adunan santan.
- Jika Mama menggunakan loyang aluminium, basahkan permukaannya dengan sedikit air terlebih dahulu.
Agar-agar santan bukan sahaja mudah untuk Mama sediakan, tetapi pencuci mulut ini sangat menyegarkan selepas seharian keluarga Mama berpuasa.
Dengan rasa lemak manis dan tekstur lembut, ia pasti menjadi kegemaran seisi keluarga. Cubalah resipi ini untuk menambah keenakan juadah berbuka puasa anda. Selamat mencuba!
Jom cuba resipi terung bakar, ada dua resipi Mama boleh cuba. Klik di SINI.