Buat Mama Papa yang mempunyai anak kecil dan sedang merancang pendidikan awal mereka, berita baik! Permohonan prasekolah KPM 2026 kini dibuka mulai 1 Mac 2025.
Mama Papa boleh membuat permohonan melalui sistem ePrasekolah KPM yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kanak-kanak yang mempunyai Kad OKU bagi kategori Pembelajaran, Penglihatan, atau Pendengaran juga layak memohon.
Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas, kerana ia memastikan mereka mendapat pengalaman pembelajaran terbaik sebelum memasuki alam persekolahan formal.
Oleh itu, pastikan Mama Papa tidak terlepas peluang untuk mendaftarkan si manja ke prasekolah pilihan Mama Papa!
Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2026

1. Permohonan Secara Online
- Dibuka: 1 Mac 2025
- Ditutup: 30 April 2025
2. Permohonan Secara Manual
- Dibuka: 1 Mac 2025
- Ditutup: 31 Mei 2025
Syarat Kelayakan Pendaftaran Prasekolah
Bagi memastikan anak Mama Papa layak untuk memohon, berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh KPM:
- Warganegara Malaysia sahaja – Kanak-kanak yang mempunyai status bukan warganegara tidak layak untuk memohon.
- Umur anak dalam lingkungan yang ditetapkan – Hanya kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 sahaja yang boleh mendaftar.
- Satu pilihan sekolah sahaja – Pemohon hanya boleh memilih satu prasekolah di bawah KPM untuk pendaftaran.
- Keputusan adalah muktamad – Pemilihan murid akan dibuat di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan sebarang keputusan adalah muktamad.
Bagaimana Cara Membuat Permohonan?

Terdapat dua cara permohonan yang boleh dipilih oleh Mama Papa atau penjaga:
1. Permohonan Secara Online
Bagi Mama Papa yang ingin memohon secara dalam talian, boleh mengakses sistem ePrasekolah KPM di pautan ini eprasekolah.moe.gov.my.
Langkah-langkah untuk permohonan online:
- Daftar akaun (bagi pengguna baru)
- Log masuk ke sistem ePrasekolah
- Isi borang permohonan dengan lengkap
- Pilih satu sekolah prasekolah yang diingini
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan untuk semakan keputusan
2. Permohonan Secara Manual
Bagi Mama Papa yang lebih selesa dengan kaedah manual, boleh mengunjungi sekolah/institusi prasekolah KPM yang dipilih dalam tempoh pendaftaran untuk mengisi borang permohonan secara fizikal.
Sebelum pergi ke sekolah untuk permohonan manual, pastikan Mama Papa membawa dokumen penting seperti:
- Salinan MyKid anak
- Salinan kad pengenalan Mama Papa/penjaga
- Dokumen sokongan lain yang diperlukan oleh sekolah
Untuk memastikan proses berjalan lancar, Mama Papa dinasihatkan untuk merujuk senarai institusi prasekolah yang terdapat dalam sistem ePrasekolah. Senarai ini hanya boleh diakses oleh pengguna yang telah mendaftar dalam sistem tersebut.
Panduan untuk Mama Papa yang Pertama Kali Memohon

Jika ini adalah kali pertama Mama Papa menggunakan sistem ePrasekolah KPM, Mama Papa perlu membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu sebelum mengakses borang permohonan online.
Hanya Mama Papa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat.
Pastikan Mama Papa membaca manual pengguna yang disediakan sebelum memulakan permohonan supaya semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap.
Nota Penting Untuk Mama Papa
- Semua pemohon hanya boleh memilih satu sekolah prasekolah KPM sahaja. Pastikan pilihan Mama Papa adalah yang terbaik untuk mereka.
- Dokumen yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak. Oleh itu, pastikan semua maklumat telah disemak sebelum menghantar permohonan.
- Permohonan yang lewat daripada tarikh yang ditetapkan tidak akan diproses. Jadi, pastikan Mama Papa tidak menunggu hingga saat akhir!
Daftarkan anak Mama Papa ke prasekolah adalah langkah pertama dalam perjalanan pendidikan mereka. Pastikan Mama Papa membuat permohonan awal dan tidak terlepas tarikh penting supaya proses berjalan lancar.
Jangan lupa untuk berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang mempunyai anak kecil!
Dapatkan berita-berita yang terkini untuk Mama Papa di SINI.