“Tahniah, cik mengandung 3 minggu. Kalau cik nak tahu jantina bayi, kena tunggu kandungan dah 5 bulan ye.”
Mama mesti seronokkan bila dengar berita macam ni? First time dapat tahu yang kita akan dapat anak merupakan momen yang paling manis dan menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin.
Lebih-lebih lagi kalau cahaya mata tu memang dah lama sangat ditunggu-tunggu. Bermacam preparation kita buat walaupun tak tau apa jantina bayi. Dia punya teruja tu setinggi langit!
Teruja Sangat!
Bila dah mengandung ni, kita mestilah teruja. Tapi kena ingat, bukan kita saja yang akan rasa seronok. Keluarga dan rakan sekeliling juga kadang-kadang tu excited lebih dari ibu yang mengandung.
Macam-macam soalan dia tembak dekat kita contohnya: “Dah berapa bulan?”, “Bila due?” dan soalan yang paling popular mestilah “Baby boy ke girl?”. Kita pun kadang sampai naik bosan dengan pertanyaan dia. Mana taknya, tiap kali jumpa saja, pertanyaan tu lah yang keluar dari mulut dia.
Scan 3D/4D
Kalau mama nak dapatkan keputusan yang jelas dan cepat tentang jantina bayi dalam kandungan, cubalah kaedah 3D/4D scan di hospital. Bayarannya agak mahal tapi kalau nak tahu sangat apa salahnya melabur duit sikit kan?
Kalau mama jenis yang tak rushing sangat nak tahu jantina bayi mama, Mama Siti nak kongsi beberapa cara dan kaedah orang lama dalam menentukan jantina bayi dalam kandungan. Tak sabar? Ha, jom cepat kita tengok cara-cara nak tentukan mama dapat baby boy ke baby girl.
Tanda Mama Hamil Baby Boy
Kalau mama mengandung anak lelaki, Mama Siti ada list cara nak tahu mama hami anak lelaki:
- Perut mama memboyot ke depan dan kelihatan ‘tajam’
- Mama tak alami ‘morning sickness’
- Wajah mama berseri-seri
- Rambut mama lebih lebat dan berkilat ketika hamil
- Kulit mama kering
- Hidung kelihatan lebih kembang
- Mama mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
- Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
- Sering diserang sakit kepala
- Bayi dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
- Bulu kaki mama memanjang lebih cepat ketika hamil
- Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tak putus
- Cuba ikat cincin perkahwinan mama dan gantung atas perut. Kalau cincin tersebut berpusing-pusing bermakna mama hamil anak lelaki.
- Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing mama berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.
Tanda Mama Hamil Baby Girl
Tapi kalau mama hamil anak perempuan, lain pula tandanya:
- Kalau perut mama memboyot ke depan petanda anak lelaki, perut yang bulat maksudnya anak perempuan
- Mama alami ‘morning sickness’
- Sering mual pada menu yang beraroma tajam
- Wajah mama tak berseri. Sebab apa? Kata orang tua, anak ambil seri.
- Kulit mama jadi lembut
- Rambut mama nipis dan tak bermaya
- Punggung kelihatan lebih besar
- Mama mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
- Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
- Bayi dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
- Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
- Jika mama dukung bayi perempuan, bayi tu akan menangis
- Kali ni, ikat cincin perkahwinan mama dan gantung atas perut. Kalau cincin tu bergerak ke kiri dan kanan maknanya mama hamil anak perempuan.
- Sama seperti cara di atas, kali ni cuba guna soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing mama pada waktu pagi. Kalau air kencing mama tak berbuih maknanya bayi dalam kandungan adalah bayi perempuan.
Akhir Kata
Senarai yang Mama Siti kongsikan tu adalah sebahagian dari petua dan kaedah untuk tahu jantina si manja mama. Sesetengah ibu mengandung mungkin mengalami tanda-tanda ni, sesetengah lagi mungkin tidak. Jadi mama tak bolehlah percaya 100% terhadap tanda-tanda yang Mama Siti kongsikan ni. Apa yang mama kena tahu, segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T.
Baby boy ke baby girl, tak penting pun semua tu. Sebab apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga perkongsian dari Mama Siti ni bermanfaat tu untuk kegunaan ibu-ibu di luar sana ye!
Sumber: SirapLimau
BACA JUGA KHAS UNTUK MAMA: PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU 1 HINGGA MINGGU 40
Pesan Mama Siti:
Dahsyat betul petua orang tua-tua ni. Yalah, zaman dulu mana ada nak scan baby dalam perut. Semua pakat guna cara tradisional untuk pantau perkembangan bayi dalam kandungan. Biasa la orang dulu-dulu ni dia punya pengamatan memang tinggi. Tapi, kalau nak diikutkan ni semua kuasa Tuhan, jadi kalau tilik punya tilik rasa dapat anak perempuan tapi bila bersalin dapat anak lelaki, janganlah mama kecewa pula!