Resipi siakap kengsom ini berasal dari Thailand dan telah menjadi kegemaran di kalangan penggemar masakan pedas di Malaysia.
Hidangan popular ini sering menjadi pilihan di restoran kerana rasanya yang seimbang dan menyelerakan.
Bagi Mama yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza, siakap kengsom adalah pilihan yang tepat untuk hidangan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.
Jom Mama, kita lihat cara mudah untuk memasak siakap kengsom yang sedap dan beraroma ini!
Resipi Ikan Siakap Kengsom
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap – potong empat
- 1 inci lengkuas – hiris nipis
- 2 batang serai – ketuk
- ¼ biji nenas – hiris menyerong
- 2 sudu besar sos ikan Thai
- 1 ikat kangkung
- 2 biji limau nipis – perah jus
- Air untuk kuah
- Garam secukup rasa
- Tambah gula melaka (jika suka)
Bahan Kisar
- 3-4 biji bawang merah kecil – hiris kasar
- 3 ulas bawang putih – hiris kasar
- 1 ketul kunyit hidup – hiris kasar
- 6-7 tangkai cili padi – buang kasar
- 1 biji cili merah – hiris kasar
- 1 inci belacan
- Nenas – potong cubes
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan kisar ke dalam blender, termasuk nanas dan belacan. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
- Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas, kemudian renehkan selama 10 hingga 15 minit. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan tekstur kuah yang sesuai.
- Masukkan hirisan nanas ke dalam periuk. Biarkan kuah mendidih sehingga aroma nanas menyerlah dan sebati dengan bahan lain.
- Kemudian, masukkan ikan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Tutup periuk dan biarkan ikan masak sepenuhnya.
- Setelah ikan masak, Mama tambahkan sos ikan dan garam secukup rasa.
- Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur, kemudian biarkan kuah mendidih sekejap lagi.
- Akhir sekali, masukkan kangkung ke dalam kuah. Tutup api dan tambahkan perahan jus limau nipis untuk memberi rasa segar pada hidangan.
- Siap dihidang.
Resipi: Che Nom
Lepas ni, Mama tak perlu lagi order di restoran kalau teringin nak makan siakap kengsom. Dengan resipi yang senang ini, Mama dah boleh masak sendiri di rumah dan nikmati bersama keluarga!
Selamat mencuba!
Jom cuba resipi pajeri terung ala-ala masakan mak di kampung. Klik di SINI.