“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yg dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar Makcik Senah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.
Ish ish ish… Mana lah Makcik Senah ni dapat info macam ni. Sejak bila pula kicap ni boleh buat anak jadi gelap? Setahu Mama Siti, kicap diperbuat daripada kacang soya. Kacang soya pula agen pemutih. Jadi macam mana bila tukar jadi kicap, kulit boleh bertukar gelap?
Buat pengetahuan mama, KICAP BUKANLAH FAKTOR UTAMA kenapa kulit si manja menjadi gelap. Mama gunalah kicap brand apa sekalipun, Kipas Udang ke, Jalen ke, kicap Tamin sekali pun dalam masakan mama, anak mama takkan tiba-tiba berubah gelap.
Kenapa anak mama berkulit gelap? Jom baca perkongsian daripada Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, berkenaan kicap dan warna kulit bayi.
Makanan tak mempengaruhi warna kulit
- Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tak bersambung dengan rahim. Makanan yang mama makan akan dicernakan dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
- Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tak akan mempengaruhi warna kulit bayi.
Pigmen kulit yang berbeza
- Warna kulit yang gelap adalah disebabkan KEHADIRAN KOMPAUN MELANIN yang terhasil daripada sel melanocytes.
- Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Contoh terdekat, albino. Bukan setakat kulit saja putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan sangat putih disebabkan sebatian melanin yang terkumpul di tempat tersebut.
Jelas? Mama kena tahu yang pemakanan langsung tak mempengaruhi warna kulit bayi. Mama boleh makan apa saja dan ia takkan beri efek pada kulit bayi. Perubahan warna kulit ini sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.
So, kalau mama nak lahirkan anak yang berkulit putih, solution dia senang saja,mama kawin saja dengan mat salleh yang putih melepak. Sekian.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
BACA JUGA 10 KHASIAT OAT PADA KESIHATAN & KULIT SI MANJA YANG RAMAI TIDAK TAHU
Pesanan Mama Siti:
Apalah yang nak dirisaukan kalau anak mama tu putih ke hitam ke hijau ke kelabu asap ke. Anak mama tetap anak mama. Yang lahir dari kandungan mama. Kalau anak mama berkulit putih ke hitam, semua cantik. Mama kena ingat yang warna kulit bukanlah penentu anak mama sihat ataupun tidak, baik atau jahat. Bersyukurlah mama ada anak. Ramai lagi yang mahukan anak, tapi belum ada rezeki.