Bagi Mama Papa yang merancang untuk bersalin melalui kaedah Pembedahan caesarean section atau czer, perancangan kewangan yang teliti adalah sangat penting. Ini kerana kos bersalin czer berbeza mengikut hospital, jenis perkhidmatan yang disediakan, dan kemudahan yang dipilih.
Dengan pelbagai pilihan hospital yang ada di sekitar KL dan Selangor, Mama Papa perlu membuat keputusan yang bijak berdasarkan bajet dan keperluan masing-masing.
Kos bersalin czer di KL dan Selangor bergantung kepada beberapa faktor seperti kemudahan perubatan, penginapan, dan perkhidmatan lain yang mungkin diperlukan semasa proses kelahiran.
Untuk sesetengah Mama Papa, hospital kerajaan mungkin menjadi pilihan kerana kosnya yang lebih rendah, tetapi ada juga yang lebih suka hospital swasta kerana ia menawarkan keselesaan tambahan dan perkhidmatan yang lebih peribadi.
Apa yang penting, Mama Papa boleh memilih mengikut bajet dan keperluan untuk pengalaman bersalin yang selesa. Mama Siti harap info ini dapat membantu Mama Papa membuat pilihan yang tepat, supaya proses bersalin Mama berjalan dengan tenang dan selesa.
Kos Bersalin Czer di Hospital Kerajaan
1. Hospital Sultan Idris Shah Serdang
Di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, salah satu hospital kerajaan yang menawarkan servis kesihatan dan penjagaan bersalin, dengan anggaran kos bersalin czer di KL dan Selangor yang berpatutan.
Di hospital ini menawarkan 3 kelas untuk Mama yang ingin melakukan czer di sini.
- Kelas Pertama: RM1,200
- Kelas Kedua: RM400
- Kelas Ketiga: RM100
Caj ini juga sudah disertakan sekali dengan penjagaan asas tetapi tidak termasuk servis tambahan serperti x-ray, ujian makmal dan lain-lain klinik prosedur.
Untuk maklumat lanjut mengenai hospital ini, Mama Papa boleh check info lebih lanjut di Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
2. Hospital Shah Alam
Hospital Shah Alam, yang terletak di pusat Selangor, merupakan pilihan popular bagi penduduk yang ingin mendapatkan perkhidmatan bersalin pada kos yang berpatutan.
Kos pembedahan untuk czer ditawarkan dalam dua kelas sahaja, memberikan pilihan yang berpatutan kepada warganegara Malaysia:
- Kelas Kedua: RM400
- Kelas Ketiga: RM100
Caj yang dinyatakan tidak termasuk kos untuk prosedur perubatan tambahan yang mungkin diperlukan semasa rawatan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kos, perkhidmatan, dan kemudahan yang disediakan, Mama Papa boleh layari laman web Hospital Shah Alam atau hubungi pihak hospital secara terus.
3. Hospital Sungai Buloh
Hospital Sungai Buloh menyediakan perkhidmatan czer yang berpatutan di Selangor, bertujuan untuk memastikan Mama semua tanpa mengira latar belakang ekonomi untuk mendapatkan penjagaan yang berkualiti semasa proses kelahiran.
Dengan komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang mesra dan profesional, hospital ini memberi kemudahan kepada Mama-mama di pelbagai peringkat pendapatan untuk menjalani czer dengan harga yang berpatutan.
Kos czer ini ditawarkan dalam dua kelas, kepada warganegara Malaysia:
- Kelas Kedua: RM400
- Kelas Ketiga: RM100
Caj tidak termasuk ujian makmal, X-ray, dan prosedur klinikal lain. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web mereka.
4. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang merupakan satu lagi pilihan yang berpatutan di kawasan Selangor, menawarkan perkhidmatan czer yang mudah diakses bagi Mama mengandung.
Hospital ini komited untuk menyediakan penjagaan perubatan berkualiti dengan harga yang berpatutan, memastikan Mama yang bakal melahirkan dapat menjalani pembedahan dengan selesa dan tanpa tekanan kewangan.
Kos pembedahan czer ditawarkan dalam tiga kelas untuk warganegara Malaysia:
- Kelas Pertama: RM1,200
- Kelas Kedua: RM400
- Kelas Ketiga: RM100
Caj yang dikenakan hanya untuk prosedur pembedahan sahaja, manakala kos tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan perubatan lain yang diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, Mama Papa boleh rujuk butiran harga untuk Mama bersalin di hospital ini.
Kos Bersalin Czer di Hospital Semi-Kerajaan
1. Pusat Perubatan Universiti Malaya
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), atau lebih dikenali sebagai University of Malaya Medical Centre (UMMC), adalah sebuah hospital awam terkemuka yang tidak hanya menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan klinikal tetapi juga memainkan peranan penting dalam pendidikan perubatan.
Sebagai salah satu pusat perubatan terunggul di Malaysia, PPUM menawarkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi serta menjadi pusat rujukan bagi pelbagai kes, termasuk kelahiran czer.
Berikut adalah julat harga asas untuk kelahiran czer di PPUM:
- Caesarean elektif: Di bawah RM4,000 (harga tetap)
Namun, Mama Papa perlu take note harga ini hanya meliputi kos prosedur pembedahan itu sendiri dan tidak termasuk caj tambahan lain seperti konsultasi doktor, bayaran bilik, ubat-ubatan, dan prosedur pembedahan kecemasan yang mungkin diperlukan semasa atau selepas pembedahan.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan, adalah sangat penting untuk menjalani sesi perundingan penuh dengan pihak hospital dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kos dan perkhidmatan yang terlibat.
Dengan ini, Mama yang bakal melahirkan dapat merancang dengan lebih baik dan memastikan proses kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang kejutan kos.
Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian hotline PPUM di 03-7949 4422, di mana kakitangan mereka sedia membantu memberikan informasi yang Mama Papa diperlukan.
2. Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Sebagai sebuah hospital pengajaran di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Canselor Tuanku Muhriz tidak hanya menawarkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tetapi juga memainkan peranan penting dalam melatih bakal-bakal profesional perubatan masa depan.
Dengan tujuan untuk memberi pengalaman praktikal kepada pelajar perubatan, hospital ini menyediakan perkhidmatan bersalin yang sangat berpatutan dan mudah diakses oleh orang ramai.
Bagi mereka yang memilih pembedahan czer, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan, iaitu RM1,000 untuk semua kelas.
Harga ini adalah antara yang termurah di kalangan hospital-hospital di Malaysia dan sudah merangkumi penjagaan standard untuk prosedur czer.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa caj tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan khusus seperti ujian makmal, rawatan selepas pembedahan, atau prosedur lain yang mungkin diperlukan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan, caj, atau proses pendaftaran, Mama Papa boleh melayari laman web rasmi Hospital Canselor Tuanku Muhriz atau menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Kos Bersalin Czer di Hospital Swasta
1. Hospital Columbia Asia – Petaling Jaya
Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1996, hospital-hospital Columbia Asia ini memberi tumpuan untuk menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi mudah diakses dalam komuniti setempat.
Berikut adalah julat harga asas untuk Mama yang czer:
- Caj hospital: RM8,000 hingga RM15,000
- Caj pakar perunding: RM4,000 hingga RM6,000
Mereka kini menawarkan promosi bersalin dengan diskaun 30% untuk caj hospital dan diskaun 15% untuk caj pembedahan/prosedur oleh pakar perunding (terpakai untuk pesakit yang membayar sendiri).
Pakej ini juga termasuk hadiah untuk ibu dan bayi, namun tidak merangkumi caj konsultasi dan bayaran lawatan bilik oleh pakar OBGYN, pakar pediatrik, dan ahli anestesiologi.
Bagi bayi baru lahir pula, penjagaan akan diberikan oleh pakar pediatrik, dengan anggaran kos sekitar RM2,000 dan ke atas.
Untuk maklumat lanjut, Mama Papa boleh layari laman web rasmi mereka.
2. Hospital Pantai Cheras
Terletak berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur, Pantai Hospital Cheras terkenal dengan pelbagai perkhidmatan perubatan serta pendekatan yang mengutamakan pesakit.
Hospital ini menawarkan penjagaan yang berkualiti tinggi dan komprehensif untuk Mama yang bakal melahirkan, dengan pakej-pakej bersalin yang dirancang untuk memenuhi keperluan pesakit dari semua lapisan masyarakat.
Bagi mereka yang memilih pembedahan czer, Hospital Pantai Cheras menawarkan pakej istimewa dengan harga yang berbeza mengikut jenis bilik untuk penginapan selama 3 hari dan 2 malam:
- Bilik Single: RM8,888
- Bilik Dua Katil: RM8,688
- Bilik Empat Katil: RM8,588
Pakej ini sudah termasuk caj penilaian bayi baru lahir oleh pakar pediatrik, ujian pendengaran, serta vaksinasi BCG dan Hepatitis B untuk bayi. Ini memastikan Mama dan bayi mendapat penjagaan yang komprehensif semasa di hospital.
Pakej ini sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh didapati untuk Mama melahirkan seorang SAHAJA, tidak untuk Mama yang bersalin anak kembar.
Oleh itu, jika Mama mengandung kembar, disarankan untuk melakukan perbincangan dengan pihak hospital mengenai pilihan lain yang sesuai.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej bersalin ini, termasuk terma dan syarat serta cara pendaftaran, Mama Papa boleh melayari laman web rasmi Pantai Hospital Cheras.
3. Pantai Hospital Ampang
Pantai Hospital Ampang, yang terletak di kawasan Pandan Indah hanya 10 minit dari Kuala Lumpur, terkenal dengan gabungan teknologi perubatan canggih dan penjagaan yang penuh perhatian terhadap pesakit.
Hospital ini menjadi pilihan ramai Mama mengandung kerana kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk kelahiran yang selamat dan selesa.
Bagi Mama yang memilih pembedahan czer, Pantai Hospital Ampang menawarkan pakej yang lengkap dan berpatutan. Berikut adalah maklumat mengenai pakej bersalin mereka:
- Pakej czer: RM8,550 (penginapan 3 hari, 2 malam).
Pakej ini termasuk penginapan di bilik single (tertakluk kepada ketersediaan).
Selain daripada imunisasi bayi baru lahir, pakej ini juga merangkumi hidangan berpantang, perkhidmatan nurseri, kaunseling penyusuan, dan perundingan dengan pakar dietetik.
Semua ini bertujuan untuk memastikan Mama dan bayi mendapat penjagaan yang menyeluruh dan seimbang sepanjang tempoh berpantang.
Namun, perlu diingat bahawa rawatan atau ujian tambahan akan dikenakan adalah caj berasingan dan pakej ini hanya sah untuk pesakit yang membayar sendiri sehingga 31 Disember 2024.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pakej bersalin ini atau sebarang pertanyaan lain, Mama Papa boleh melayari laman web rasmi Pantai Hospital Ampang.
4. Subang Jaya Medical Centre
Subang Jaya Medical Centre (SJMC) menyediakan penjagaan yang komprehensif, termasuk diagnostik canggih, perkhidmatan pembedahan, dan rawatan khas.
Hospital ini menjadi pilihan ramai untuk pelbagai perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi, termasuk penjagaan Mama dan bayi semasa proses kelahiran.
Bagi Mama yang memilih pembedahan czer, SJMC menawarkan pakej dengan harga rata antara RM11,000 hingga RM12,000.
Pakej ini termasuk pelbagai perkhidmatan asas yang memastikan pengalaman bersalin yang selesa dan menyeluruh.
Selain itu, SJMC kini menawarkan promosi pakej bersalin dengan diskaun sehingga 25% untuk caj hospital.
Diskaun ini terpakai untuk penginapan hospital, perkhidmatan kejururawatan asas, bahan guna habis, serta perkhidmatan kejururawatan dan banyak lagi.
Pakej ini juga merangkumi hadiah untuk Mama dan bayi, penilaian pemakanan percuma, hidangan berpantang, serta bimbingan penyusuan dan laktasi.
Semua ini bertujuan untuk menyokong Mama dalam tempoh berpantang dan membantu mereka memberi penjagaan terbaik untuk bayi mereka.
Namun, perlu diingat bahawa caj untuk konsultasi doktor, prosedur pembedahan, dan bayaran lawatan bilik oleh doktor tidak termasuk dalam pakej ini.
Oleh itu, disarankan untuk berbincang dengan pihak hospital tentang kos tambahan yang mungkin timbul.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej bersalin dan perkhidmatan lain yang ditawarkan, sila layari laman web rasmi Subang Jaya Medical Centre.
5. Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) adalah salah sebuah hospital swasta yang terkenal di ibu negara Malaysia, yang dikenali dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan canggih.
Hospital ini menawarkan pelbagai pilihan perubatan untuk memenuhi keperluan pesakit, terutamanya bagi Mama Papa yang memilih untuk bersalin melalui pembedahan czer.
Bagi Mama Papa yang merancang untuk menjalani pembedahan czer, GKL menyediakan pakej dengan harga yang berbeza mengikut jenis perkhidmatan dan rawatan.
Caj untuk pembedahan czer di hospital ini adalah antara RM11,000 hingga RM20,000 (harga tetap).
Sebagai sebahagian daripada promosi bersalin, GKL kini menawarkan diskaun sebanyak 15% untuk caj hospital bagi kelahiran caesarean.
Diskaun ini meliputi semua perkhidmatan yang berkaitan dengan kelahiran di hospital, termasuk kemasukan penjagaan kritikal dan penjagaan asas untuk bayi baru lahir.
Namun, diskaun ini tidak merangkumi caj doktor, dan lawatan luar pesakit semasa tempoh pra dan pasca kelahiran tidak layak untuk diskaun 15% tersebut.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej bersalin dan terma promosi yang ditawarkan, serta perkhidmatan lain yang disediakan oleh Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Mama Papa boleh layari laman web rasmi hospital tersebut.
6. Prince Court Medical Centre
Prince Court Medical Centre adalah sebuah pusat perubatan premium yang terletak di Kuala Lumpur, terkenal dengan penjagaan yang mengutamakan pesakit dan komitmennya terhadap kecemerlangan perubatan.
Hospital ini menawarkan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dalam suasana yang selesa dan mesra.
Bagi ibu yang merancang untuk bersalin di Prince Court Medical Centre, hospital ini tidak menawarkan pakej khusus untuk bersalin, namun mereka menyediakan caj pembedahan czer pada kadar tetap iaitu RM15,000.
Walau bagaimanapun, kos sebenar mungkin berbeza bergantung kepada keperluan spesifik pesakit dan rawatan tambahan yang diperlukan semasa proses kelahiran.
Bagi penginapan, hospital ini menawarkan bilik standard dengan harga bermula dari RM298+ untuk satu malam, memberikan fleksibiliti kepada pesakit untuk memilih bilik mengikut keperluan dan bajet mereka, sama ada untuk rawatan yang lebih meluas atau bilik yang lebih premium.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bersalin dan kemudahan lain yang ditawarkan di Prince Court Medical Centre, Mama Papa boleh melayari laman web rasmi hospital ini.
7. KPJ Tawakkal KL
KPJ Tawakkal KL terkenal dengan perkhidmatan bersalin canggih dan penjagaan yang mengutamakan pesakit.
Hospital ini menyediakan pelbagai pakej pembedahan caesarean untuk memenuhi keperluan Mama yang berbeza, dengan pilihan bilik single, dua katil, dan empat katil untuk memastikan keselesaan Mama.
Berikut adalah pilihan pakej pembedahan caesarean yang ditawarkan di KPJ Tawakkal KL:
- Bilik Single: RM8,800 (penginapan 3 hari, 2 malam)
- Bilik Dua Katil: RM8,700 (penginapan 3 hari, 2 malam)
- Bilik Empat Katil: RM8,600 (penginapan 3 hari, 2 malam)
Setiap pakej termasuk caj perunding, perkhidmatan kejururawatan, dan vaksinasi asas untuk bayi baru lahir.
Dengan perkhidmatan yang komprehensif dan harga yang berpatutan, KPJ Tawakkal KL menjadi pilihan bagi Mama yang mencari pengalaman bersalin yang selesa dan berkualiti.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan, Mama Papa boleh melayari laman web rasmi KPJ Tawakkal KL.
8. Hospital Tung Shin
Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sudah lama bertapak dan menawarkan pelbagai perkhidmatan bersalin.
Hospital ini terkenal dengan komitmennya dalam memberikan penjagaan berkualiti tinggi kepada Mama dan bayi.
Bagi Mama yang memilih pembedahan caesarean, Hospital Tung Shin menawarkan pakej czer yang merangkumi penjagaan asas untuk Mama dan bayi baru lahir dengan harga yang bermula dari RM7,399.
Pakej ini termasuk kos bilik dan makanan, bayaran bilik pembedahan, serta penjagaan neonatal untuk memastikan bayi baru lahir mendapat perhatian yang diperlukan.
Dengan pakej yang menyeluruh ini, Hospital Tung Shin memastikan Mama semua boleh menikmati pengalaman bersalin yang lancar dan berkualiti.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej bersalin dan perkhidmatan lain yang ditawarkan, sila layari laman web rasmi Hospital Tung Shin.
9. Hospital Assunta
Terletak di Petaling Jaya, Hospital Assunta menawarkan perkhidmatan bersalin yang lengkap, termasuk pembedahan caesarean.
Hospital ini terkenal dengan komitmennya dalam memberikan penjagaan menyeluruh untuk Mama dan bayi.
Hospital Assunta menyediakan pakej czer pada harga RM8,688 untuk penginapan selama 3 hari dan 2 malam.
Pakej ini merangkumi bayaran perunding obstetrik dan pakar pediatrik, saringan bayi baru lahir, vaksinasi, serta perkhidmatan kejururawatan.
Dengan pakej yang menyeluruh ini, Mama dan bayi akan menerima penjagaan berkualiti sepanjang tempoh berpantang.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej bersalin dan perkhidmatan lain yang ditawarkan, Mama Papa boleh melayari laman web rasmi Hospital Assunta.
10. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
KPJ Ampang Puteri di Selangor terkenal dengan perkhidmatan bersalin premium, menawarkan pakej pembedahan czer yang lengkap dengan kemudahan tambahan untuk memastikan pengalaman bersalin yang selesa dan menyenangkan.
Pakej yang ditawarkan oleh hospital ini adalah RM12,500 untuk penginapan selama 3 hari dan 2 malam.
Pakej ini termasuk kos bilik, saringan neonatal, serta makanan khas untuk berpantang yang dirancang untuk memberikan keselesaan kepada Mama selepas bersalin.
Dengan pakej yang komprehensif dan perkhidmatan berkualiti, KPJ Ampang Puteri adalah pilihan tepat bagi Mama yang mencari pengalaman bersalin yang premium.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej bersalin dan kemudahan lain yang disediakan, Mama Papa boleh melayari laman web rasmi KPJ Ampang Puteri.
11. UM Specialist Centre
UM Specialist Centre di Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan bersalin berkualiti tinggi melalui pakej pembedahan caesarean yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan ibu-ibu yang mencari penjagaan peribadi.
Pakej czer yang disediakan oleh UMSC adalah pada harga RM9,900 untuk penginapan selama 2 hari dan 1 malam.
Pakej ini merangkumi penjagaan profesional oleh perunding obstetrik dan pakar pediatrik, vaksinasi bayi baru lahir, serta bilik single yang menawarkan privasi dan keselesaan sepanjang tempoh berpantang.
Dengan pakej yang menyeluruh dan perkhidmatan yang memfokuskan pada keperluan peribadi, UMSC memberi Mama pengalaman bersalin yang berkualiti dan selesa.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej bersalin dan perkhidmatan lain, Mama Papa boleh dapatkan info di laman web rasmi UMSC.
Kos bersalin czer di KL dan Selangor memang sesuatu yang perlu diambil kira dengan teliti dalam perancangan kelahiran.
Dengan mengetahui lebih awal anggaran kos bersalin czer di KL dan Selangor, Mama Papa boleh memilih hospital yang sesuai dengan keperluan dan bajet masing-masing.
Ini juga memberi peluang untuk mempersiapkan diri dengan lebih tenang, tanpa perlu merisaukan tentang kos yang tidak dijangka.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk senarai klinik, hospital, dan pusat perubatan berdekatan Mama Papa, lihat SINI.