Risau pula Mama Siti dengan ibu-ibu hamil yang berselera besar ni. Mana taknya, lain macam makannya sampai bila jalani ujian air gula saja disahkan GDM.
Time-time mengandung ni, biasalah mama pun. Nak makan kek, piza, burger, aiskrim, segala macam dia nak makan. Katanya berbadan dua, mestilah selera pun macam dua orang makan. Cepat lapar, nak bedal saja semua makanan.
Apa itu GDM?
GDM atau kencing manis semasa mengandung merupakan sejenis kencing manis yang terjadi hanya semasa hamil.
Ia berlaku apabila tubuh tak hasilkan insulin yang mencukupi (hormon yang penting dalam mengawal kadar glukos dalam darah) untuk memenuhi keperluan tambahan dalam kehamilan.
Bahaya GDM mama perlu tahu:
Kalau mama disahkan GDM, mama kena tahu yang anak dalam kandungan akan turut dapat glucose dari mama.
- Glukosa yang berlebihan akan menyebabkan bayi membesar dalam keadaan hyperglycemia (kadar glukosa dalam darah tinggi).
- Proses kelahiran (macrosomia) menjadi sukar.
- Risiko si manja mati dalam kandungan adalah tinggi.
Anak mama juga berpontensi dapat hypoglycemia (kurang gula dalam darah) sebaik saja dia dilahirkan dan bila dia meningkat dewasa, anak mama berkemungkinan untuk mengidap diabetes mellitus.
Kenapa ia boleh berlaku? Kerana keupayaan pankreas dalam menghasilkan insulin dah terganggu masa awal kandungan lagi. Jika GDM tak dikawal, mama berpontensi untuk mengidap pre-eclampsia (tekanan darah tinggi ) dan boleh menyebabkan sawan. Eeeii, takutnya…
“Sebab itulah pentingnya OGTT terutama bagi ibu-ibu berat badan berlebihan dan ada sejarah keluarga yang mengidap diabetes.”
Muhammad Hassan turut berkata, ibu-ibu atau bakal ibu mestilah berusaha untuk kurangkan gula putih dalam pemakanan. Kalau boleh, dapatkan gula yang lebih sihat dari buahan tempatan contohnya jambu air, jambu batu, tembikai, buah mangga tempatan, dan buahan organik yang ada di pasaran.
Penting bagi ibu-ibu di luar sana untuk latih pankreas agar tak ‘stres’ masa mengandung nanti. Tapi buah-buahan yang manis tu kena control juga sebab ada sesetengah buah yang kandungan seratnya tinggi.
Pada awal kehamilan, mama boleh cuba buat seminggu atau 2 minggu sekali pemeriksaan gula 2 jam selepas makan. Kalau nak buat test HbA1c sebelum MGTT pun boleh. Sebab itu pentingnya OGTT(Oral Glucose Tolerance Test) pada minggu ke 23-28.
Tapi mama kena pastikan yang kesihatan mama time tu tip top, tak ada alergi atau sebarang masalah kesihatan. Kalau mama tak sihat, tiada masalah kalau nak tunda pemeriksaan.
“Itu pun tengok kepada keadaan ibu, saya jika ibu itu masih ada alahan teruk macam wife sayalah, memang tangguh dahulu sehingga ok baru buat. Itu pun seminggu sekali dah buat pemeriksaan gula selepas 2 jam makan.“
Bagaimana OGTT dijalankan?
- Ibu hamil kena minum air gula sebanyak 75 gram dibancuh bersama 120-200ml air.
- Selepas 2 jam jika bacaan normal <7.8 mmol/L maka alhamdulillah, SELAMAT.
- Jika borderline, mungkin akan diminta buat sekali lagi untuk minggu akan datang.
- Kalau bacaan masih lagi lebih dari bacaan normal, ibu perlu buat BSP (mama kena consult doktor)
Mama jangan risau. Ujian ni sebenarnya nak lihat keupayaan hormon insulin untuk turunkan gula dalam darah. Kalau dalam tempoh 2 jam tu insulin mama berjaya turunkan gula sebanyak 75gram, InshaAllah kesihatan si manja terjamin.
Sumber: Muhammad Hassan
BACA JUGA IBU HAMIL DENGAN KENCING MANIS BOLEH MENYEBABKAN KANDUNGAN TIDAK NORMAL
Pesanan Mama Siti:
Buat bakal mama yang ada GDM, jangan sedih. Mama Siti tau mama risau. Tapi, mama kena sentiasa berfikiran positif dan happy always bila mengandung ni supaya baby dalam kandungan turut rasa seronok dan riang ketika dalam rahim mama. Also, mama kena sentiasa buat pemeriksaan dengan doktor O&G secara rutin untuk elak apa-apa yang tidak baik berlaku kepada mama dan juga anak mama ya!